Wednesday, February 19, 2014

FADHILAT SIWAK KAYU

1). “Siwak berfungsi sbg pembersih mulut dan meraih redha Allah”. HR Bukhari.

2). “Aku melebihi atas kalian di dlm bersiwak”. HR Bukhari.

3). “Aku disuruh utk bersiwak smpi aku khuatir kalau sekiranya siwak diwajibkan atasku”. HR Ahmad.

4). “Kalaulah sekiranya tidak memberatkan atas umatku, nescaya akan aku perintahkan mrk supaya bersiwak tiap kali (ingin) mengerjakan solat”. HR Bukhari Muslim.

5). “Kalaulah sekiranya tidak memberatkan atas umatku, nescaya akan aku perintahkan mrk supaya bersiwak tiap kali (ingin) berwudhu”. HR Bukhari.

6). “Adalah (kebiasaan) Rasulallah saw manakala terbangun dari tidur mlm, beliau memulai dgn menggosok mulutnya dgn siwak”. HR Bukhari Muslim.

7). “Aku pernah bertanya kpd Aisyah, “Dgn apa Rasulullah memulai pertama kali bila akan masuk rumah? Beliau menjawab, “Dgn siwak”. HR Muslim.

8). Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Amir bin Rabi’ah r.a, beliau menceritakan, “Aku melihat Rasulallah saw sdg bersiwak saat beliau berpuasa tanpa boleh aku hitung (krn bnyknya)”. HR Bukhari.

No comments:

Post a Comment