Hadis No. 621:
Dari Ibnu Abbas r. bahawa Nabi saw mengutus Mu’az ke negeri Yaman (ia meneruskan hadis itu) dan didlmnya (beliau bersabda): “Sesungguh nya Allah telah mewajibkan mrk zakat dari harta mrk yg diambil dari org2 kaya di antara mrk dan dibagikan kpd org2 fakir di antara mrk” Muttafaq Alaihi dan lafaznya menurut Bukhari.
Hadis No. 622:
Dari Anas bahawa Abu Bakar ash-Shiddiq r.a menulis surah kpdnya: Ini adalah kewajiban zakat yg diwajibkan oleh Rasulullah saw atas kaum muslimin. Yg diperintahkan Allah atas rasulNya ialah setiap 24 ekor unta ke bwh wajib mengeluarkan kambing iaitu setiap kelipatan lima ekor unta zakatnya seekor kambing. Jika mencapai 25 hingga 35 ekor unta, zakatnya seekor anak unta betina yg umurnya telah menginjak tahun kedua, jika Tiada zakatnya seekor anak unta jantan yg umurnya telah menginjak tahun ke3. Jika mencapai 36 hingga 45 ekor unta, zakatnya seekor anak unta betina yg umurnya telah menginjak tahun ke3.
Jika mencapai 46 hingga 60 ekor unta, zakatnya seekor anak unta betina yg umurnya telah masuk tahun keempat dan boleh dikawini unta jantan. Jika mencapai 61 hingga 75 ekor unta, zakatnya seekor unta betina yg umurnya telah masuk tahun ke5. Jika mencapai 79 hingga 90 ekor unta, zakatnya dua ekor anak unta betina yg umurnya telah menginjak tahun ke 2. Jika mencapai 91 hingga 120 ekor unta, maka setiap 40 ekor zakatnya seekor anak unta betina yg umurnya masuk tahun ke3 dan setiap 50 ekor zakatnya seekor unta betina yg umurnya masuk tahun ke 4. Bagi yg hanya memiliki 4 ekor unta, tidak wajib atasnya zakat kecuali bila pemiliknya menginginkan. Mengenai zakat kambing yg dilepas mencari makan sendiri, jika mencapai 40 hingga 120 ekor kambing, zakatnya seekor kambing.
Jika lebih dari 120 hingga 200 ekor kambing, zakatnya dua ekor kambing. Jika lebih dari 200 hingga 300 kambing, zakatnya 3 ekor kambing. Jika lebih dari 300 ekor kambing, maka setiap 100 ekor zakatnya seekor kambing. Apb jumlah kambing yg dilepas mencari makan sendiri kurang dari 40 ekor, maka tidak wajib atasnya zakat kecuali jika pemiliknya menginginkan. Tidak boleh dikumpulkan antara haiwan2 ternak terpisah dan tidak boleh dipisahkan antara haiwan2 ternak yg terkumpul krn takut mengeluarkan zakat. Haiwan ternak kumpulan dari dua org, pada waktu zakat harus kembali dibagi rata antara keduanya. Tidak boleh dikeluarkan utk zakat haiwan yg tua dan yg cacat dan tidak boleh dikeluarkan yg jantan kecuali jika pemiliknya menghendaki.
Ttg zakat perak, setiap 200 dirham zakatnya seperempatnya (2 1/2%). Jika hanya 190 dirham, tidak wajib atasnya zakat kecuali bila pemiliknya menghendaki. Brgsiapa yg jumlah unta nya telah wajib mengeluarkan seekor unta betina yg seumurnya masuk tahun kelima, padahal ia tidak memilikinya dan ia memiliki unta betina yg umurnya masuk tahun ke 4, maka ia boleh mengeluarkannya ditambah 2 ekor kambing jika tidak keberatan atau 20 dirham. Brgsiapa yg sudah wajib mengeluarkan seekor anak unta betina yg umurnya masuk tahun ke 4, padahal ia tidak memilikinya dan ia memiliki unta betina yg umurnya masuk tahun ke 5, maka ia boleh mengeluarkannya ditambah 20 dirham atau 2 ekor kambing. HR Bukhari.
Hadis No. 623:
Dari Muaz Ibnu Jabal r.a bahawa Nabi saw pernah mengutus nya ke negeri Yaman. Beliau memerintahkan utk mengambil (zakat) dari 30 ekor lembu, seekor anak lembu berumur setahun lebih yg jantan atau betinadan setiap 40 ekor lembu, seekor lembu betina berumur 2 tahun lebih dan dari setiap org yg telah baligh diambil satu dinar atau yg sebanding dgn nilai itu pada kaum Muafiry. Riwayat Imam Lima dan lafaznya menurut riwayat Ahmad. Hadis hasan menurut Tirmizi dan ia menunjukkan perselisihan pendpt ttg maushulnya hadis ini. Ibnu Hibban dan Hakim menilainya hadis sahih.
Hadis No. 624:
Dari Amar Ibnu Syuaib dari ayahnya, dari datuknya r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Zakat kaum muslimin diambil di tmpt2 sumber air mrk.” HR Ahmad. Hadis menurut riwayat Abu Daud: “Zakat mrk tidak diambil kecuali di kampung mrk.”
Hadis No. 625:
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Tidak wajib zakat bagi org islam atas hambanya dan kudanya.” Riwayat Bukhari. Menurut riwayat Muslim: “Tiada zakat bagi hamba kecuali zakat fitrah.”
Hadis No. 626:
Dari Bahz Ibnu Hakim dari ayahnya dari datuknya r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Pada setiap 40 ekor unta yg dilepas mencari makan sendiri, zakatnya seekor anak unta betina yg umurnya memasuki tahun ke3. Tidak boleh dipisahkan anak unta itu utk mengurangi perhitungan zakat. Brgsiapa memberinya krn mengharap pahala, ia akan mendpt pahala. Brgsiapa menolak utu mengeluarkannya, kami akan mengambilnya beserta stgh harta nya krn ia merupakan perintah keras dari Tuhan kami. Keluarga Muhammad tidak halal mengambil zakat sedikit pun.” HR Ahmad, Abu Dauddan Nasai.
Hadis No. 627:
Dari Ali r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Apb engkau memiliki 200 dirham dan telah melewati satu tahun, maka zakatnya 5 dirham. Tidak wajib atasmu zakat kecuali engkau memiliki 20 dinar dan telah melewati setahun, maka zakatnya 1/2 dinar. Jika lebih dari itu, maka zakatnya menurut perhitungannya. Harta tidak wajib dikeluarkan zakat kecuali telah melewati setahun.” HR Abu Daud.
Hadis No. 628:
Dari Ibnu Umar r.a: “Brgsiapa mengembang kan harta, tidak wajib zakat atasnya kecuali stlh mencapai masa setahun.” HR Tirmizi
Hadis No. 629:
Ali r.a berkata: Tiada zakat atas lembu yg dipekerjakan. HR Abu Daud dan Daruquthni.
Hadis No. 630:
Dari Amar Ibnu Syuaib dari ayahnya dari Abdullah Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Brgsiapa mengurus anak yatim yg memiliki harta, hendaknya ia memperdagangkan harta itu utknya dan tidak membiarkannya sehingga dimakan oleh zakat.” HR Tirmizi dan Daruquthni.
Hadis No. 631:
Dari Abdullah Ibnu Aufa bahawa biasanya bila suatu kaum dtg membawa zakat kpd Rasulullah saw, beliau berdoa: “Ya Allah, berilah rahmat atas mrk.” Muttafaq Alaihi.
Hadis No. 632:
Dari Ali bhw Abbas bertanya kpd Nabi saw penyegeraan pen geluaran zakat seblm waktunya, lalu beliau mengizinkannya. HR Tirmizi dan Hakim.
Hadis No. 633:
Dari Jabir bahawa Rasulullah saw bersabda: “Tak ada zakat pada perak yg kurang dari 5 auqiyah (600 gram), unta yg jumlahnya kurang dari 5 ekor dan kurma yg kurang dari 5 ausaq (1050 liter).” HR Muslim.
Hadis No. 634:
Menurut riwayatnya dari hadis Abu Said r.a: “Tiada zakat pada kurma dan biji-bijian yg kurang dari 5 ausaq (1050 liter).” Asal hadis dari Abu Said itu Muttafaq Alaihi.
Hadis No. 635:
Dari Salim Ibnu Abdullah, dari ayahnya r.a, bahawa Nabi saw bersabda: “Tanaman yg disiram dgn air hujan atau dgn sumber air atau dgn pengisapan air dari tanah, zakatnya seper10 dan tanaman yg disiram dgn tenaga manusia, zakatnya seperduapuluh.” HR Bukhari. Menurut riwayat Abu Daud: “Bila tanaman ba’al (tanaman yg menyerap air dari tanah), zakatnya seper10 dan tanaman yg disiram dgn tenaga manusia atau binatang, zakatnya setengah dari seper10 (1/20).”
Hadis No. 636:
Dari Abu Musa al-Asyary dan Muaz r.a bahawa Rasulullah saw bersabda kpd keduanya: “Jgn mengambil zakat kecuali dari keempat jenis ini, yakni: syair, gandum, anggur keringdan kurma.” HR Tabrani dan Hakim.
Hadis No. 637:
Menurut Daruquthni bahawa Muaz r.a berkata: Adapun mengenai ketimun, semangka, delima dan tebu, Rasulullah saw telah membebaskan (zakat)nya.
Hadis No. 638:
Sahal Ibnu Abu Hatsmah r.a berkata: Rasulullah saw memerin-tahkan kami apb kamu menaksir, maka kerjakanlah, ttp bebaskan 1/3. Apb kamu tidak mahu membebaskan 1/3, maka bebaskan 1/4. Riwayat Imam Lima kecuali Ibnu Majah.
Hadis No. 639:
Attab Ibnu Asid r.a berkata: Rasulullah saw memerintahkan agar anggur ditaksir sbgmn kurmadan zakatnya diambil stlh dlm keadaan kering. Riwayat Imam Lima dan sanadnya terputus.
Hadis No. 640:
Amar Ibnu Syuaib dari ayahnya dari datuknya r.a bahawa seorg perempuan dtg kpd Nabi saw bersama putrinya yg mengenakan 2 gelang emas ditgnnya. Lalu beliau bertanya: “Apakah engkau mengeluar kan zakat gelang ini?” Dia menjawab: Tidak. Beliau bersabda: “Apakah engkau senang pada hari kiamat nanti Allah akan menggelangi kamu dgn 2 gelang api neraka?” Lalu perempuan itu melepaskan kedua gelang tersebut. HR Imam 3.
Hadis No. 641:
Dari Ummu Salamah r.a bahawa dia mengenakan perhiasan dari emas, lalu dia bertanya: Ya Rasulullah, apakah ia termasuk harta simpanan? Beliau menjawab: “Jika engkau mengeluarkan zakatnya, maka ia tidak termasuk harta simpanan.” HR Abu Daud dan Daruquthni.
Hadis No. 642:
Samurah Ibnu Jundab r.a berkata: Rasulullah saw memerintahkan kami agar mengeluarkan zakat dari harta yg kita siapkan utk berjualan. HR Abu Daud.
Hadis No. 643:
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Zakat rikaz (harta peninggalan purbakala) adalah seperlima.” Muttafaq Alaihi.
Hadis No. 644:
Dari Amar Ibnu Syuaib dari ayahnya, dari datuknya r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Ttg harta simpanan yg ditemukan seseorg di suatu tmpt yg tidak berpenghuni. Jika engkau menemukannya pada kampung yg dihuni org, maka umumkan. Jika engkau menemukannya pada kampung yg tidak dihuni org, maka zakatnya sbg rikaz itu seperlima.” HR Ibnu Majah.
Hadis No. 645:
Dari Bilal Ibnu Harits r.a bahawa Rasulullah saw mengambil zakat dari barang2 perlombongan di Qalibiyah. HR Abu Daud.
No comments:
Post a Comment