Wednesday, February 19, 2014

KEUTAMAAN MENDOAKAN KEAMPUNAN UNTUK SAUDARA MUSLIM

Al-Hamdulillah, segala puji milik Allah, Rabb semesta alam. Selawat dan salam atas Rasulullah saw keluarga dan para sahabatnya. Mau Pahala Semiliar dlm Sekejap? Mintakan Ampunan Utk Saudara Seiman! Istighfar memiliki keutamaan yg agung dan bnyk sekali. 

Istighfar boleh menjadi sbb dtgnya keberkatan pada rezeki, keturunandan kekuatan. Istighfar juga menjadi sbb turunnya pertolongan Allah dan penyelesaian dari segala masalah yg dihadapi hamba. Perintah istighfar bukan saja ditujukan utk dosa mustaghfir (org yg beristighfar). Tapi juga diperintahkan utk dimintakan bagi saudara seiman.

Allah swt berfirman,

فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ

“Maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya Tiada Tuhan (Yg Hak) melainkan Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) org2 mukmin, laki2 dan perempuan.” (QS Muhammad:19)

Doa Nabi Ibrahim dan Nuh a.s menjadi bukti akan keutamaan istighfar utk kaum mukminin dan mukminat.

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

“(Doa Nabi Ibrahim): Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian org2 mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)”.” (QS. Ibrahim: 41)

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَنْ دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِنًا 

وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَلَا تَزِدِ الظَّالِمِينَ إِلَّا تَبَارًا

“Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapaku, org yg masuk ke rumahku dgn beriman dan semua org yg beriman lelaki dan perempuan. Dan jgnlah Engkau tambahkan bagi org2 yg zalim itu selain kebinasaan”.” (QS. Nuh: 28)

Allah mengabadikan sifat Ahlussunnah wal Jama’ah dlm Al-Quran, yg salah satu sifat mrk suka mendoakan kebaikan kpd saudara seiman mrk.

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ 

فِي قُلُوبِنَا غِلًّا 

لِلَّذِينَ آَمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ

“Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara2 kami yg telah beriman lebih dahulu dari kamidan jgnlah Engkau membiarkan kedengkian dlm hati kami terhadap org2 yg beriman; Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayg”.” (QS. Al-Hasy: 10)

Doa ini mencakup semua kaum mukminin, terdahulu dari kalangan sahabat, org seblm dan sesudah mrk. Ini merupakan bhg dari keutamaan iman, bahawa kaum mukminin sebhg mrk mengambil manfaat dari sebhg yg lain, sebhg mrk mendoakan kebaikan utk sebhg yg lain krn sbb sama2 beriman. Di mana iman ini mewajibkan adanya ikatan persaudaraan antara kaum mukminin yg di antara cabangnya adalah sebhg mrk mendoakan kebaikan utk sebhg yg lain dan sebhg mrk mencintai sebhg yg lain. 

Memohonkan ampunan utk kaum mukminin adalah bahagian dari mendoakan kebaikan utk mrk. Ini merupakan hak persaudaraan seiman. Iaitu berharap agar Allah memberikan ampunan atas dosa2 mrk dgn dihilangkan dosa tersebut dan hukuman atasnya dari mrk. Ttg keutamaan istighfar utk kaum mukminan ini ditunjukkan sabda Nabi saw,

مَنِ اسْتَغْفَرَ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ كَتَبَ اللهُ لَهُ بِكُلِّ مُؤْمِنٍ 

وَمُؤْمِنَةٍ حَسَنَةً

“Siapa yg beritighfar (memintakan ampunan) utk org2 beriman lelaki dan perempuan maka Allah mencatat kebaikan utknya sebnyk kaum muminin dan mukminat.”(HR Tabrani). Ini dikuatkan dgn keterangan lain, bahawa siapa yg mendoakan saudara muslimnya tanpa diketahui oleh yg didoakan maka ada malaikat yg mengaminkan doanya tersebut dan mendoakan kebaikan semisalnya utk dirinya. Dari Abu Darda’ r.a, Nabi saw pernah bersabda,

دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ عِنْدَ 

رَأْسِهِ مَلَكٌ 

مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لِأَخِيهِ بِخَيْرٍ قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ آمِينَ 

وَلَكَ بِمِثْلٍ

“Doa seorg muslim utk saudaranya (muslim lainnya) yg tidak berada di hadapannya akan dikabulkan oleh Allah. Di atas kepala org muslim yg berdoa tersebut terdpt seorg malaikat yg ditugasi menjaganya. Setiap kali org muslim itu mendoakan kebaikan bagi saudaranya, nescaya malaikat yg menjaganya berkata, “Amin (semoga Allah mengabulkan) dan bagimu hal yg serupa.” (Hr Muslim).  

Keutamaan yg besar ini diberikan kpd mrk yg memiliki sifat rahmat kpd saudara seimannya, menginginan kebaikan utk saudaranya sbgmn ia menginginkan kebaikan itu utk dirinya sendiri. Sehingga rahmah yg diberikan nya kpd saudaranya seiman menjadikan rahmat dari Zat yg dilangit turun kpdnya. Bahkan lebih dari itu, pahala melimpah sebnyk org beriman yg mendpt kebaikan dari doanya tersebut akan diperolehnya.

No comments:

Post a Comment