Sunday, March 15, 2015

BAYAN SUBUH MAULANA SAAD DB

Bayan Subuh 21/10/2022 - Masjid Bandar Seri Petaling

1. Asal iman adalah iman dgan perkara ghaib, percaya tanpa musyahadah, seseorang yg menerima kerana pengalaman bukan dinamakan iman, iman perlu percaya dan setiap ahkam yg dibawak oleh rasulullah semata kerana percaya pda nabi dan menerima setiap khabar dan ahkam perintah yg dubwa nabi, inilah iman dan beza antara iman dan kufur. Terima tanpa musyahadah dan tajribah semata2 kerana ihtimat. Kufur adalah menuntut bukti atas perkara tersebut. Sbb tu perintah Allah akan dtg bertentangan dgan haifiyah, keinginan, pengalaman kita. 

2. Kalau kita beriman yg bertepatan dgan zahir, ia bukan iman. Apabila kepercayaan berasaskan ghaib, maka tindakan amali, iqdam, dia akan bertepatan dgan kehendak Allah. Tetapi klu seseorg itu tidak ada iman bil ghaib ia akan jd sebaliknya. Satu lagi perkara, kita faham iman berkaitan dgan akaid smata2, tidak ada hubungan dgn ibadah muamalah seolah2 ia tidak ada hubungan dgan amal agama yg lain, bahkan iman ada hubungan dgan setiap bahagian agama, sgat rapat seperti hubungan ruh dengan badan, dari hujung rambut smpai hujung kaki. Sepertimana Selagi ada ruh pda tubuh selagi tu tubuh akan membesar, seperti itu jugaklah iman dengan kaitannya dengan syukbah agama yg lain. Dri ibadat sehingga perkara berkaitan hajat dan keperluan sebgai manusia pun, ada hubung kait dgan iman. 

Allah berfirman, whai org beriman masuk islam scara sempurna. Apabila seseorg tggal perintah Allah smada ibadat atau cara makan minum seharian, maka dia belum masuk islam scara sempurna. Satu kisah, zman jahiliah org musyrikin, lepas perang mereka akan gantung pedang mereka pda pokok, sahabat tgok, rasakan itu perkara yg bagus. Tp sahabat tidak terus buat apa difikiran mereka melainkan merujuk nabi, sahabat dibentuk fikir supaya xbuat apa yg org kafir buat. Org yahudi puasa 10hb muharram bagi memperingati keselamatam bani israel dri firaun, maka nabi tambah lagi beberapa hari utk puasa supaya tidak sama dgan yahudi. Hrini cara yahudi telah meresap dlm kehidupan kita. Maka sahabat telah tanya baginda, apa kata tuan tentukan kepda kami sebuah pokok supaya dpat kami gantung pedang2 kami, nabi jawab, kamu punya permintaan ini, sama dgn permintaan yahudi, iaitu apabila mereka mntak kpd nabi musa setelah mereka terselamat dri firaun, dan ketika mereka melihat ada satu kaum menyembah berhala, mereka telah memintak musa utk Allah jadikan satu berhala supaya dpat mereka sembah. 

Lihat, padahal sahabat mntak pokok utk gantung pedang semata2. Jadi nabi telah kaitkan iman dgan setiap bahagian agama, iman bukan hanya berkaitan dgan kepercayaan dan tiada kaitan dgan shukbah agama yg lain, bahkan iman mempunyai kaitan penuh dgan bahagian agama yg lain termasuklah keperluan harian. Ketika yahudi masuk islam, mereka jugak mntak nabi utk baca taurat disamping baca al quran, atas permintaan ini, Allah telah turunkan ayat (wahai org beriman masuklah agama dgan sempurna).

3. Iman akan diuji sebagaimana ayat "amanna" Allah akan uji dgan 3 cara, 

A. khabar yg nabi smpaikan, 

B. ahkam perintah Allah, 

C. wa'ad janji2 Allah dan Nabi. 

Melalui 3 bentuk perkara ni Allah akan uji iman bagi melihat siapa yg benar2 taat supaya Allah dpat asingkan mereka yg iman dan kufur. Sejauh mana kita percaya pada khabar kerana percaya nabi walau bertentangan dgan zahir, musyahadah, pun kita akan yakin kerana ihtimat dan kepercayaan kpda nabi, apabila berlaku isra mikraj, lepas berlaku peristiwa tersebut, org pertama diceritakan adalah abu jahal, harini kita sampai berita kpda org yg boleh terima, tapi nabi smpaikan khabar ni kpda smua org walaupun pda mereka yg mendustakan, apabila nabi ceritakan pda abu jahal, abu jahal ckap kejap2 biar aku kumpul org ramai supaya ramai2 dpat dustakan kamu. Tapi bila disampaikan pada Abu Bakar, maka Abu Bakar ckap kalau lebih dri ni pun aku percaya. Percaya walaupun tanpa bukti zahir. Kemudian percaya nabi walaupun diatas perkara peribadi nabi yg berkaitan muamalat peribadinya. Sbgaimana sahabat percaya kpda nabi, begitu jugak mereka percaya pada muamalat baginda.

Satu hari nabi beli kuda, muamalat selesai, tiba2 ada org lain dtg tawarkan kpda penjual kuda dgan harga yg lebih tggi dri nabi, tiba2 penjual tanya nabi adakah nabi betul2 nak beli, tapi nabi bagitau aku dah beli dah pun, dah bagi duit, tapi penjual nafikannya, kemudian penjual memintak saksi, tapi ketika itu tidak ada yg saksikan muamalat tersebut, tiba2 hadrat khuzaimah telah lalu, Allah nak uji Khuzaimah berkaitan urusan peribadi Nabi, kalau seseorg itu xpercaya nabi dah beli walau tak nampak muamalat tersebut, samalah dia syak tentang khabar nabi akan adanya syurga neraka. Sbgaimana kita kena percaya khabar nabi, begitu jugak kena percaya akan urusan peribadi nabi jugak. Maka Khuzaimah terus bagitau yg dia telah jadi saksi yg nabi beli, penjual cakap macamana kau cakap kau jadi saksi pdahal kau tak ada, Khuzaimah bagitau, kami percaya syurga neraka nabi cerita, israk mikraj, siksa neraka azab kubur,  takkan jual beli ini kami tak boleh percaya. Satu percaya khabar ghaib syurga neraka, sehingga percaya akan urusan peribadi nabi berkaitan muamalat jugak. Meninggalkan kepercayaan kerana bertentangan dengan akal, sedangkan Shah Abdul Aziz dlm kitab fathul aziz menyatakan, kalau Allah ciptakan 100 bahagian dri akal, maka 99% akal ada pda nabi. Dan 1% ditaksimkan, diagihkan kepda seluruh manusia. 

Maka tiada akal yg boleh dibandingkan dengan nabi. Nabi paling sempurna akal fikirannya, dan kita kena percaya walaupun zahirnya berbeza akal fikiran kita kerana akal kita tiada bandingan dengan Nabi. Dlm quran menyatakan, wahai org beriman usahakanlah atas iman, iman bukan ucap kalimah dan percaya, bahkan walaupun bahagian setiap kecik juzuk agama adalah bahagian iman. Berapa ramai yg dah tolak, apabila kita merasakan ia perkara kecik dan tiada kaitan dgan iman.

4. Allah akan uji dgan ahkam yakni allah akan tgok sejauh mana ketaatan akan perintah Allah, ketaatan adalah iman, sebabtu Allah samakan solat dengan iman. Ada perintah Allah berlawanan dengan kedudukan haifiyah, jasbah, makbul atau kebiasaan, mahul suasana kita hadapi ketika itu, kemahuan kita, utk uji sejauh mana sesorg itu beriman, kalau org itu dpat taat walaupun bertentangan dengan perkara tadi, inilah bukti keimanan kpda Allah. Pertama Allah uji Malaikat yg bertentangan dengan kedudukan mereka, dan Allah telah perintahkan mereka utk sujud kpd Adam, perintah yg menyebabkan mereka utk menidakkan kedudukan mereka. 

Perintah utk ibadat adalah utk uji ketaatan kpda Allah, adakah ibadat yg kita buat, menyebabkan bertambah ketaatan, atau dengan ibadat dan taat telah meningkatkan kedudukan dan sombong kita. Iblis tidak tunduk pada  Adam, ilmu akal dan ibadat seseorang jugak boleh rosakkan seseorg, walaupun iblis ada ibadat dan ilmu yg banyak dan akal dia bijak, dan 3 perkara ni kebiasaanya akan halang seseorg utk taat Allah. Akal iblis telah rosakkan dirinya sendiri. Iblis gagal dlm ujian ini, kekurangan iblis adalah tidak ada aisy, asyik kpda Allah. Allah jugak uji bertentangan dgan jasbah. Allah pernah uji nabi Ibrahim. Baginda berkeinginan utk dpat anak, kita nak anak utk keduniaan, tapi nabi nak anak utk jaga amanah agama, supaya dpat teruskan legasi mereka dan teruskan dakwah sbgaimana Zakariya mntak anak kpda Allah sungguhpun dia telah tiada asbab utk dpat anak. Yg dpat mewarisi agama dan usaha agama. 

Namun jasbah tersebut pun Allah perintahkan Ibrahim utk korbankan iaitu, Allah perintah Ibrahim utk sembelih Ismail, pdahal setiap bapak pasti tidak rela anak dia mati, dan kat sini jugak, kita belajar supaya bapak ajar anak betulkan niat, Nabi Ibrahim ckap Allah perintah aku utk sembelih kau kerana Allah, apa pendapat kamu? Ismail cakap buatlah apa yg Allah perintah kamu. Sini kita belajar utk betulkan niat anak2 kita dlam setiap amalan. Ibrahim berjaya zahirkan ketaatan dgn korbankan anaknya. Di hudaibiah, nabi mimpi yg dia akan kerjakan umrah, dan bagitahu sahabat, mereka sangat berkobar2.

Sahabat sangat seronok utk buat ibadah, satu jasbah ketaatan yg baik, namun tiba2 sahabat perlu balik, sehingga umar bagitahu padahal kita berada diatas agama yg haq kenapa kita tunduk kepada mereka, namun sahabat bagitahu, sesungguhnya Allah dan nabinya lebih mengetahui, bila sahabat tunduk dengan perintah ini, maka Allah turunkan ayat menceritakan kemenangan sahabat. Ujian Perintah Allah jugak dtg dengan makmul atau kebiasaan kita. Contohnya, 7 bulan nabi dan sahabat meghadap baitul maqdis utk solah, Allah perintah waktu zohor utk perintah tukar arah kiblat, tengah2 solat bila nabi ubah arah kiblat, terus sahabat ikut tanpa tanya apa faedah dan bukti kena tukar kiblat. 3 golongan yg Allah benci dlm hal ini 1. yahudi, kata kenapa tggalkan kiblat kami, 2. org musyrikin mekah kata kenapa ikut arah kami, 3. org munafiq kata kenapa tak teruskan sahaja. Allah bagitahu 3 golongan ni adalah org bodoh, sahabat ikut tanpa mintak bukti dan faedah. 

Ada perintah Allah bertentangan dgn kemahuan. Cthnya seorang sahabat yg terkenal sbgai seorang yg sangat syg dan taat kpda bapak dia. Tiba2 nabi dtg kepda lelaki tu, dan ckap supaya pergi pancung bapak kamu, tanpa bagi targhib kelebihan utk bunuh bapak dia sendiri, namun lelaki itu terus bangun dan berlari, namun nabi hentikan lelaki itu dan bagitahu aku dtg bukan utk pecahkan silaturahim tapi utk pecahkan penyembahan berhala. Org taat ni mcm anjing buruan, halal kita makan  kalau anjing buruan bawak kepada kita binatang buruan, itupun dgan 3 syarat. 1. ckap bismillah bila ambik binatang dri mulut anjing itu, 2. Anjing itu tak makan utk diri dia, 2 perkara ni senang tapi ketiga sangat susah iaitu, 3. halal kalau anjing tu sangat taat, disuruh berhenti, berjalan, duduk, berdiri, baru dia buat, kalau tidak daging itu haram. 

Perintah Allah diuji jugak dengan keadaan dan suasana, pda masa tersebut, sahabat dan nabi dlm safar pda ketika itu keldai halal, apabila mereka tiada apa utk dimakan, mereka sembelih keldai dan masak. Setelah siap masak dan tggal nak makan sahaja, perintah dtg utk haramkan keldai. Sahabat terus taat. Imam ghazali mengatakan kalau kita buat takwil maka ia akan melemahkan takwil itu sendiri, kita cuba takwil utk mengelak diri dari taat. Dlm safar yg smaa nabi telah lalu perkampungan kaum tsamud, nabi tanya, adakah diantara kamu telah ambil dari telaga mereka, sedangkan kamum tsamud dgan nabi telah jauh zaman berlalu, namun nabi tetap taknak bagi sahabat guna bekas kaum tsamud, sahabat bagitahu kami xminum tapi kami guna utk campur air dengan roti utk uli roti, nabi ckap jangan makan, bagi binatang je makan. Tapi kita harini, apa yg musyrikin makan itu yg kita makan. Air yg pernah turun azab Allah, dan zaman pun dah lama berlalu tetap nabi tak bagi. Harini kita senang2 makan makanan musyrikin. 

5. ......(terlelap)

Allah akan uji dgan bertentangan dngan Janji2 Allah. Org beriman tak terkesan dgan suasana semasa. Salah faham kita adalah, tanda org kuat iman, bila buat amal dapat apa2, kalau xdapat itulah iman lemah, tanda sempurna iman dia sempurnakan taat dan iktibaq pda Allah, bila dia sempurnakan perkara itu Allah akan sempurnakan janji Allah. Dia yakin apa Allah janji psati berlaku, kerana janji Allah dlm Ahkam, bila seseorg sempurnakan Allah dengan kudratnya akan sempurnakan janji. Nabi buat usaha di Mekah dlm keadaan tiada siapa yg sedia dengar dakwah nabi, nabi pergi kabilah ke kabilah, siapa sedia ikut, tolong bagi perlindungan. Wail bagitahu dia tak dpat nak bagi perlindungan dan kalau jemput nabi buat dakwah di tempatnya. Kerana parsi merupakan penguasa mereka. Pada masa tiada siapa pun sedia terima dakwahnya, nabi telah janjikan wail bahaea isteri2 mereka akan jadi hamba2 kamu berada diatas katil kamu dan anak2 mereka akan jadi hamba dan khidmat kamu. Begitu jugak surakah bila kejar nabi, Nabi telah janjikan kepda dia bahawa gelang2 kisra akan dipakaikan ditangan kamu. Walaupun ketika itu semua org sedang menentang nabi. Usaha dakwah adalah satu perintah Allah dan kita kena jalankan ikut sunah nabi.

Harini maulana sangat sedih kerana 2 usaha nabi yg merupakan maksud nabi dihantar iaitu taalim dan dakwah, tidak dijalankan dengan sempurna diseluruh dunia, menyebabkan dengan dakwah tidak terbina iman, dan dgan taalim tidak terhasil tarbiah. Sangat2 penting kuta perlu jalankan 2 usaha ni ikut sunah. Dan sunah yg besar dlm taalim adalah guna diri kita utk buat dakwah, bukan dengan alat, kitab tulisan. Kitab bukanlah muallim dan tarbiah, bahkan muzakkir muallim murabbi adalah insan. Lebih2 lagi alat yg kita guna masa sekarang. Utk itu kita kna guna tulang 4 kerat kita utk kedua2 perkara ini, sepertimana solat, kita tidak boleh ganti dgan benda lain utk suruh solat bagi pihak kita, begitu jugak dakwah taalim tidak ada ganti. Naklul harkat jugak perlu bergerak bukan duduk setempat. Amar makruf syarat kamalul iman. Sebab utama sempurna iman adalah melakukan dakwah. Walaupun seorangbbegitu hebat beribadah sehingga solat dia tinggalkan bekas didahi dan puasa dia begitu hebat hingga kering lidah namun agama dia tak sempurna tanpa dakwah. Dia perlu buat islah umat amar makruf nahi munkar, barulah iman dia sempurna. Sebab itu ita buat AMM kerana ini adalah usaha atas iman, sebagaimana kita berhajat utk hari2 iman kita sempurna iman, sebab itulah perlu buat ghast hari2. Setiap org yg kita pergi, bwak dia kepda masjid, tanpa amar makruf nahi mungkar iman kita tak sempurna. 2 perkara yg Maulana bgtahu dlm kitab. 2. Hanya dgan buat amalan yg terkait dgan diri kita, tanpa fikir masyarakat sekeliling kita, dengan usaha cara nabi haq akan diwujudkan. Usaha nabi adalah usaha atas umat bukan hanya tumpu pada diri. Ada nabi dihantar ke kampung, daerah, negeri, negara. Medan usaha Nabi Muhd adalah seluruh alam seluruh umat, dengan dtgnya nabi, cara terhadnya medan dakwah nabi terdahulu telah termansuh, dan medan usaha umat ini adalah seluruh alam. Cara sunah bergerak seluruh alam, gunakan alat, tidak ada pahala dan tiada janji Allah, tidak akan ada kesan sedikit pun. Maulana Yusuf bagitahu apabila kita terbiasa dgan cara biasa kita, makan kita akan menentang cara sunnah. 

6. Oleh kerana itu kita kena anggap dakwah adalah perintah Allah. Imam radhi bgitahu tnggal dakwah, dosanya lebih besar dri solat. Tinggalkan dakwah menyebabkan banyak solat dan kemurtadan berlaku dlm umat. Utk jalankan dakwah kena ada khuruj, hanya ada khuruj dakwah dpt dibuat.

No comments:

Post a Comment