MUZAKARAH DAIE
a). TIGA FIKIR DAIE:
1. Mewujudkan kerja dakwah: dengan mengeluarkan jama’ah gerak ke seluruh alam.
2. Memelihara kerja dakwah: dengan ikut musyawarah di daerah (markaz), halaqah, dan muhalla serta menghidupkan amalan maqami.
3. Meningkatkan kerja dakwah: dengan menambah korban harta, diri, masa, dan fikir.
b). TIGA BELAS SIFAT DAIE:
1. Mahabbah kepada seluruh makhluk.
2. Semangat rela berkorban harta dan diri untuk agama.
3. Selalu Ishlah diri.
4. Ikhlas semata-mata untuk mencari keridhaan Allah.
5. Beristighfar dalam setiap amalan.
6. Sabar setiap menghadapi ujian.
7. Menisbatkan diri hanya kepada Allah.
8. Tidak berputus asa dalam setiap kegagalan.
9. Tabah seperti unta.
10. Tawadhu seperti bumi.
11. Tegak dan teguh seperti gunung.
12. Berpandangan luas seperti langit.
13. Istiqamah seperti matahari.
c). LIMA KERISAUAN DAIE
1. Bagaimana masjid di seluruh alam hidup seperti Masjid Nabawi di zaman Nabi SAW.
2. Bagaimana agama berjaya di setiap desa, kota, dan seluruh dunia seperti Madinah al Munawwarah di zaman Nabi SAW.
3. Bagaimana semua manusia berpola hidup seperti pola hidup Rasulullah SAW dan para sahabat RA.
4. Bagaimana di saat wanita ketemu wanita, laki-laki ketemu laki-laki, anak ketemu anak, semuanya berbicara agama; kebesaran Allah SWT.
5. Bagaimana setiap rumah-rumah hidup amalan agama sehingga dapat mengeluarkan hafiz-hafizah, daie-daieyah, dan ulama.
d). LIMA TERTIB IBADAH DAIE
1. Menjaga solat fardhu berjamaah di masjid dan solat-solat sunnah.
2. Menjaga tilawah Al-Quran sekurang2nya 1 Juz perhari dan zikir pagi-petang.
3. Menjaga taklim harian di masjid dan di rumah.
4. Menjaga jaulah mingguan di masjid sendiri dan masjid tetangga.
5. Menjaga nisab dakwah 2½ jam setiap hari, 3 hari setiap bulan, 40 hari setiap tahun dan sekurang2nya 4 bulan sekali seumur hidup.
e) ENAM SIFAT AMALAN DAIE
1. Iman: yakin yang benar kepada Allah SWT.
2. Istikhlas: ikut cara Rasulullah SAW.
3. Ihtisab: mengetahui nilai amal.
4. Ihsan: tawajjuh kepada Allah SWT.
5. Ikhlas: mencari ridha Allah SWT
6. Istiqamah: mujahadah melawan hawa nafsu.
f). SEMBILAN SASARAN DAIE
1. Meningkatkan amalan
2. Tahu tugas
3. Merisaukan umat
4. Membawa rahmat
5. Menyatukan umat
6. Membuat suasana agama baik maqomi dan intiqoli
7. Tidak cinta dunia, tidak terkesan dengan suasana dan keadaan
8. Sami’na wa attho’na
9. Mencapai target kalimat LAAILAAHAILLALLAAH di akhir hayatnya.
g). SIAP MENJADI DAIE
Seperti air hujan, mendatangi semua orang tanpa menunggu diundang dan tidak dibayar.
Tidak seperti air sungai, hanya memberi manfaat kepada orang yang berada di sekitarnya dan searah dengan alirannya.
Tidak seperti air sumur, hanya memberi manfaat kalau didatangi dan atau dipasangi saluran.
Apalagi seperti air PDAM/PAM, hanya memberi manfaat kalau mau dibayar. (nauzubillahi min zalik)
h). CARA DAIE MENAHAN PERASAAN
1. Tidak suka tidur
2. Tidak suka makan yang enak-enak.
3. Selalu menyalahkan diri sendiri.
4. Selalu mengucapkan salam.
5. Tidak berteman dengan orang kaya.
6. Menghormati orang berilmu.
7. Menutupi kesalahan saudaranya.
8. Tidak mencintai kegemaran2 dunia.
9. Selalu berteman dengan orang miskin.
10. Suka memberi makan orang miskin.
11. Mencintai sunnah Nabi, meninggalkan cinta dunia.
12. Sabar menerima apa adanya.
13. Suka melihat ke bawah.
14. Harus bijaksana dan hati-hati.
15. Sering puasa sunnah.
i). AMALAN DAIE AGAR DAPAT KE SELURUH ALAM
1. Beri nama ketika tasykil.
2. Beri dakwah kepada setiap orang dan bentangkan takaza kepada setiap orang.
3. Nusrah Jamaah yang ada di maqami dengan cara iktikaf dan program bersama jamaah, sedangkan makan bersama isteri (keluarga).
4. Solat hajat dengan sungguh-sungguh.
j). AMALAN DAIE YANG MEMUDAHKAN TASYKIL
1. Niat yang ikhlas.
2. Persiapan yang matang.
3. Sangka baik.
k). CARA DAIE MENDAPAT NAMA KETIKA TAKYKIL
1. Jaga kesatuan hati, amer dengan makmum, sesama makmum, jamaah gerak dengan ahbab setempat, jamaah gerak dengan jamaah masjid dan jamaah gerak dengan masyarakat setempat.
2. Hidupkan 8 amalan ijtimaie - shalat berjamaah, mesyuarat, taklim, jaulah, bayan, makan, tidur, dan safar.
3. Hidupkan 5 amalan infradi - takbiratul ula dalam solat jamaah, solat2 nafil, zikir dan tilawah Al-Quran 1 juz setiap hari, doa memohon hidayah, dan taat keputusan mesyuarat.
4. Hidupkan 5 jaulah - jaulah umumi, jaulah khususi, jaulah taklimi, jaulah tasykili dan jaulah usuli.
5. Mengadakan bayan masturat.
6. Akhirkan waktu makan dan istirahat.
7. Menjaga amalan malam hari.
8. Sambung hati dengan orang yang didakwahi, setelah itu tentukan hari kapan ia bersedia khuruj.
9. Membantu menyelesaikan keperluan orang yang bersedia khuruj.
l). ENAM IKRAM DAIE KEPADA TEMAN
1. Jangan makan secara menyebar.
2. Kunjungi bila sakit.
3. Cerah muka dan lemah lembut.
4. Lihat kebaikannya.
5. Ucapkan salam bila bertemu.
6. Banyak silaturahmi.
m). CARA DAIE MENJAGA KESATUAN HATI
1. Sentiasa meluruskan niat untuk ishlah diri, bukan mengishlah orang lain. Tertib untuk diri sendiri, ikram untuk orang lain.
2. Merapatkan dan meluruskan shaf ketika shalat berjama’ah.
3. Saling menyebarkan salam.
4. Saling memanggil dengan nama atau gelar yang disukai.
5. Saling mendoakan.
6. Selalu melihat kebaikan orang lain dan melihat kekurangan diri sendiri.
7. Jangan merasa lebih tahu atau merasa sudah lama dalam usaha dakwah.
8. Sentiasa duduk berjamaah baik dalam majlis maupun di luar majlis.
9. Saling memaafkan.
10. Saling memberi hadiah.
11. Ikram dengan berkhidmat sesama jamaah, walaupun ada petugas khidmat.
12. Menjaga lisan, hindari menegur langsung teman yang kurang tertib, berilah nasihat melalui muzakarah atau pembicaraan empat mata.
13. Mentaati hasil mesyuarat dan sentiasa muzakarah usul2 dakwah.
n) SIFAT UNTUK SATU HATI
1. Mahabah / kasih sayang.
2. Sebarkan salam.
3. Saling ikrom.
4. Saling menghormati.
5. Hindarkan perbedaan pendapat.
6. Jangan menyakiti hati orang lain.
7. Jangan sombong.
8. Melihat kebaikan orang lain.
9. Utamakan ijtima’iyat.
10. Hindarkan senda gurau.
11. Jaga taat pada Amir.
12. Jaga akhlak.
14. Saling do’a mendo’akan.
o). CARA UNTUJ MENJAGA SATU HATI
1. Niat islah diri.
2. Taat pada keputusan mesyuarat.
3. Jaga amalan ijtimai.
4. Rela berkorban.
5. Tingkatkan ikram pada orang lain.
6. Lihat kebaikan orang lain dan sebaliknya lihat keburukan kita.
7. Ambil takaza yang berat.
8. Tertibkan diri sendiri.
9. Beri kelonggaran pada orang lain.
10. Ikhlas dan istikhlas.
11. Hargai pengorbanan orang lain.
12. Bandingkan korban kita dengan korban sahabat.
13. Ini kerja saya orang lain hanya membantu.
p). PENYEBAB MATINYA HATI
1. Mengenal Allah SWT tetapi tidak memenuhi haknya.
2. Membaca Al-Quran tetapi tidak mengamalkannya.
3. Mengaku memusuhi syaitan tetapi mengikuti dan mentaatinya.
4. Mengaku umat Rasulullah SAW ttpi tidak mengamalkan sunnah2nya.
5. Ingin masuk surga tetapi tidak beramal untuknya.
6. Ingin selamat dari neraka tetapi melemparkan diri ke dalamnya.
7. Mati itu hak tetapi tidak siap untuk menghadapinya.
8. Meributkan dosa dan aib orang lain tetapi lupa akan aib dirinya sendiri.
9. Merasakan nikmat tetapi tidak mensyukurinya.
10. Kamu telah menguburkan mayat orang lain tetapi tidak dijadikan pelajaran dan peringatan.
q). SEPULUH FITRAH NABI
1. Menghisab air ke hidung kemudian dikeluarkan.
2. Memotong kumis.
3. Bersiwak.
4. Berkumur-kumur
5. Memanjangkan janggut.
6. Mencabut bulu ketiak.
7. Memotong kuku.
8. Istinja dengan air.
9. Memotong bulu kemaluan.
10. Menyela jari-jari tangan dan kaki dengan air.
r). LANGKAH SYAITAN DALAM MASA TARBIYAH
1. Menghalangi insan dari masuk Islam.
2. Menghalangi muslim dari hijrah.
3. Ketika khuruj fii sabilillah dihalang-halangi supaya tidak menyempurnakan waktu.
4. Ketika waktu sempurna, dihalangi supaya tidak menyempurnakan amal.
5. Ketika amal sempurna, dihalangi supaya tidak ikhlas.
6. Setelah ikhlaspun, ketika pulang dari khuruj dihalangi supaya mengerjakan perkara sia-sia dan dibuat perasaan bahwa Allah SWT telah menerima amalnya.
s). SYARAT BERJAYA DALAM TARBIYAH
1. Ada musryid atau murabbi yang terpercaya sebagai ahli iman dan amal.
2. Ada kawan yang selalu mengingatkan atau memberi nasihat dalam kesalahan.
3. Ada lawan yang memberi kritik sehingga kita dapat menyempurnakan kekurangan yang terjadi.
4. Ada muhasabah, “Sudahkah wujud dalam kehidupan saya?”
t). CARA TARBIYAH DIRI
1. Menjaga waktu di saat keluar. Syaikh Ibnul Qayyim rah mengatakan bahwa mensia-siakan waktu lebih besar kerugiannya daripada kematian, sebab mensia-siakan waktu boleh kehilangan Allah, sedangkan kematian hanya kehilangan dunia.
2. Menjaga amal
Ulama mengatakan, “zamanut tarbiyyah auqatut tarbiyyah ”, artinya masa tarbiyah adalah waktu mertarbiyah diri. Maksudnya, jika dalam masa tarbiyah seseorang tidak boleh menjaga amal, maka mustahil di luar masa tarbiyah akan berhasil. Contohnya seorang pelajar yang tidak pernah solat tahajud ketika menuntut ilmu, maka mustahil dia akan menjadi ahli tahajud ketika menjadi ulama.
3. Menjaga empat saluran iaitu mata, telinga, mulut dan fikiran agar hati tidak dimasuki keyakinan yang syirik.
4. Muhasabah iaitu menghisab amalan setiap hari adakah yang ikhtilaf dengan sunnah Nabi SAW.
u). TANDA TARBIYAH YANG BERJAYA
1. Gembira berangkat khuruj sama dengan gembiranya berjumpa dengan keluarga ketika pulang.
2. Sedihnya pulang dari khuruj sama dengan sedihnya tinggalkan isteri ketika berangkat khuruj.
3. Solat lebih khusyuk.
4. Zikir lebih tawajjuh.
5. Menganggap setiap amal agama sebagai perkara yang besar dan utama.
v). SEPULUH AKHLAK DAIE TERHADAP ISTERI
1. Memberi nafkah lahir (keperluan hidup) dan batin (agama).
2. Berhias di hadapan isteri.
3. Meringankan pekerjaan isteri.
4. Puji masakan isteri.
5. Puji sekecil apapun kebaikan isteri.
6. Sayangi anak di depan isteri.
7. Ajak jalan-jalan yang disyari’atkan agama (misalnya nushrah jama’ah masturah, nushrah ahliah yang suaminya sedang khuruj).
8. Apabila pergi tinggalkan pesan dan ketika pulang membawa hadiah.
9. Cerita (kargozari) di malam hari sebelum tidur.
10. Mendoakan isteri untuk kebaikan dunia dan akhirat.
w). SEPULUH CARA DAIE MEMELIHARA ISTERI
1. Jangan jadikan isteri sebagai hamba.
2. Kerja isteri kerja kita.
3. Tidak pernah mencaci dan memukul isteri.
4. Selalu memaafkan kesalahannya.
5. Memberi contoh.
6. Menjadikan isteri sebagai abid.
7. Jangan mendatangkan kebendaan dunia ke dalam rumah.
8. Beri targhib dengan mahabah / kasih sayang.
9. Tidak pernah mengeluh dengan apa yang diberikan isteri.
10. Dengan banyak berdakwah.
x). KENAPA KARKUN?
- Kenapa karkun berhenti kerja dakwah:
1. Keletihan.
2. Tersakiti hatinya.
- Kenapa dakwah terhalang:
1. Karkun kaya takut miskin.
2. Karkun miskin ingin kaya.
- Kenapa karkun rosak:
1. Tidak jaga nisab.
2. Tidak buat maqami.
- Kenapa karkun jadi sejuk dlm kerja dakwah:
1. Waktu keluar tidak niat islah diri.
2. Waktu pulang tidak jadikan dakwah jalan hidupnya.
- Kenapa umat merugi:
1. Tidak paham tujuan hidup.
2. Tidak paham maksud hidup.
y). YANG MENDATANGKAN SIFAT MUNAFIK
1. Pilih-pilih dalam bersahabat (dalam berjamaah)
2. Masih menyukai yang enak-enak
3. Tidak mau ditarghib dan dinasihati
4. Takut miskin, takut mati dan takut menderita
5. Suka mencari kesalahan orang lain
6. Sering berteman dgn org2 yg cinta dunia dan org2 yg tidak menjaga solat berjemaah.
7. Masih ada sifat pemarah.
z). SIFAT-SIFAT IBLIS.
1. Sombong merasa paling hebat.
2. Melaksanakan perintah Allah SWT tapi penuh memikir-mikir.
3. Suka membeda-bedakan.
4. Suka mengadu domba.
5. Ingin menang sendiri.
6. Tidak yakin pada kekuasaan, kehebatan, dan keangungan Allah SWT.
7. Berbangga diri.
aa). JIKA ISTERI TIDAK MENYOKONG
Kalau isteri kita tak mendukung/menentang usaha dakwah maka hal-hal yang harus kita lakukan di antaranya :
1. Kita harus tetap tunaikan hak-hak istri kita walaupun dia menentang dan tidak setuju dengan usaha dakwah ini, kasih sayang kita janganlah berkurang sedikitpun kepada dia, jangan main ancam2 untuk melakukan poligami kalau istri kita menolak dakwah, jangan pernah punya pikiran seperti itu, kita harus tetap tunaikan keperluan dan hak dia.
2. Kita jangan menuntut hak kita ditunaikan, kalau sekiranya isteri kita tidak mau mencucikan baju kita maka kita cuci sendiri, kalau isteri kita tidak mau masak maka masak sendiri bahkan kalau isteri kita tidak mau diajak ”tidur” ya kita tidur sendiri. Intinya kita jangan menuntut hak kita.
3. Tetap lakukan dakwah secara istiqamah, waktunya nisab kita tetap berangkat walau isteri tidak setuju, kalau kita pulang isteri kita marah, maka kita diam saja dengan tetap jaga kasih sayang, jangan pernah lupa hak istri walau dia mati-matian menentang dakwah.
No comments:
Post a Comment