Allahu Rabbi, Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.
Allah bersama diriku, Allah melihat diriku, Allah memelihara diriku.
Aku (nama bt ibu kdg) tiada daya upaya
kerana Engkau Yang Maha Hidup lagi Kekal Mentadbir segala urusan di semesta alam.
Engkau haturkan shalawat untuk Muhammad Rasulullah
bersama keluarga Baginda sehingga tidak tersisa sedikit pun shalawat.
Engkau kasihilah Muhammad Rasulullah
Engkau rahmatilah Muhammad Rasulullah bersama umat Baginda
sehingga seluruh para Nabi yang Engkau utuskan.
Begitu juga kepada hamba"-Mu yang menyeru kepada kebaikan.
Aku meminta kpd-Mu, jika aku tergelincir menyimpang
dari jalan yang lurus (shira) kerana memohon kpd selain Engkau,
sedang aku tidak mengerti dan mengerti maka aku bertaubat
dan berserah diri dgn mengucap 'La ila illalah Muhammadur Rasulullah.'
Aku meminta kepada-Mu, Tuhan yang tidak beranak dan tidak diperanakkan.
Engkau bantulah aku untuk mengingati-Mu dan bersyukur kpd-Mu.
Dan Engkau jadikanlah aku orang yang mendirikan solat
begitu juga zuriat keturunanku bersama tanggunganku.
Allahu Rabbi, ampunilah segala dosaku dan kesalahanku
begitu juga saudara seiman denganku dan sebelum kehadiranku.
Janganlah Engkau adakan perasaan hasad dengki di dalam hatiku terhadap mereka yang beriman.
Allahu Rabbi, Engkau "Jadikan" (3x) permintaan ini dengan izin-Mu. Amiin (3x) Ya Rabbal A'lamiin.
(dibaca perlahan dan berulangkali sehingga menjadi istiqamah selama 40 hari bersama sedekah Rm 1 setiap hari). Boleh diterjemahkan dalam pelbagai bahasa asalkan jangan syirik.
No comments:
Post a Comment