"Tidak ada suatu musibah (bencana) yang terjadi di bumi atau yang mengenai dirimu semua itu melainkan telah tercantum dalam kitab catatan sebelum Kami laksanakan terjadinya. Sesungguhnya hal yang sedemikian itu bagi Allah adalah suatu hal yang mudah sekali. Perlunya ialah supaya kamu semua tidak berdukacita terhadap apa yang lepas dari tanganmu dan tidak pula bangga terhadap apa yang diberikan oleh Allah padamu. Allah tidak mencintai setiap orang yang sombong serta membanggakan diri sendiri."
(Surah Al Hadid : 22-23). Kenapa kita umat Islam diuji? Kerana kita menjadi sombong serta membanggakan diri sendiri (merasa benar sendiri bila menjadi umat Islam).
Aku ingin ceritakan beberapa tahun lepas, selepas aku selesai solat asar. Ada seorang lelaki menahan aku di pintu masjid ketika aku hendak keluar. Dia berkata kepadaku dengan penuh perasaan, "aku ingin tahu, kenapa Allah s.w.t. menimpakan ujian ini kepadaku sedangkan aku tidak melakukan perkara DIA tidak suka?” Aku bertanya, "apakah musibah yang kamu hadapi?” Dia berkata: "Aku ada seorang anak yang masih kecil, tiba2 dia menghidapi penyakit yang sangat merbahaya dan selepas beberapa hari penyakit itu semakin melarat dan dia pun mati.” Dia mula mempersoalkan: "Siapakah yang menyebabkan penyakit ini merebak sehingga berjangkit kepada anakku dan menyebabkan dia mati?"
Ini adalah kritikan dan sepatutnya dia perlu berdoa tetapi doanya dicampur dengan perasaan tidak puas hati. Jawapan yang aku beri kepadanya tidak penting. Tapi yang penting ialah apa yang aku ingin perkatakan sekarang. Dan aku berharap kamu semua ambil pengajaran daripada jawapan ini.
Aku berkata kepadanya: "Aku percaya bahawa kamu tidak melakukan perkara yang Allah tidak suka. Tapi aku ingin bertanya kepada kamu, "Adakah kita hidup di dunia ini dengan syarat2 yang kita tetapkan kepada Allah ataupun tidak hidup di dunia ini dengan syarat2 (qodho dan qodar) yang Allah telah tetapkan kepada kita?"
Jika kamu hidup di dunia ini dengan syarat2 yang telah kamu tetapkan kepada Allah dan syarat2 kamu itu dipersetujui lalu kamu dihidupkan di dunia ini. Demi Allah apa yang kamu persoalkan adalah benar dan kritikan kamu betul. Tapi adakah keadaannya begitu? Aku, kamu dan semua manusia diciptakan daripada sesuatu yang tiada kepada ada ke dunia ini. Kita hidup di dunia ini dengan qodho dan qodar yang Allah telah tetapkan kepada kita. Kita telah dikhabarkan bahawa dunia ini adalah tempat diberi ujian. Akan diuji dengan harta dan jiwa. Dan Allah berfirman maksudnya: "Dan sesungguhnya akan kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar (al-Baqarah 155).
Adakah kita semua orang yang bebas atau hamba? Jika kita bebas, maka kita berhak untuk kata apa sahaja dan persoalkan apa sahaja yang kita suka. Tapi adakah kita orang yang bebas? Kita adalah hamba dan seorang hamba itu tidak berkuasa ke atas dirinya, apatah lagi anaknya dan dia tidak memiliki apa2. Dia adalah milik Allah dan Allah berbuat apa yang dikehendaki-Nya. Lelaki yang aku ceritakan tadi adalah seorang yang baik tetapi dengan ujian kematian anaknya itu membuatkan dia mengeluarkan kata2 begitu. Oleh Shaikh Prof. Dr. Muhammad Said Ramadan al-Bouti rah.
No comments:
Post a Comment