Monday, August 1, 2016

JUMAAT YANG BARAKAH

Imam Ja’afar Ash-Shadiq berkata: “Malam Jumaat dan hari Jumaat mempunyai hak, maka janganlah sia-siakan kemuliaannya, jangan mengurangi ibadah, dekatkan diri kepada Allah dengan amal-amal soleh, tinggalkan semua yang haram. Kerana di dalamnya Allah swt melipatgandakan kebaikan, menghapus keburukan, dan mengangkat derajat. Hari Jumaat sama dengan malamnya. Jika kamu mampu, hidupkan malam dan siangnya dengan doa dan solat.

Kerana di dalamnya Allah mengutus para Malaikat ke langit dunia untuk melipatgandakan kebaikan dan menghapus keburukan, sesungguhnya Allah Maha Luas ampunan-Nya dan Maha Mulia”. Imam Ja’far Ash-Shadiq juga berkata: “Jika kalian memasuki hari Jumaat, maka janganlah kalian disibukkan oleh sesuatu selain ibadah, karena hari itu adalah hari pengampunan bagi hamba2 Allah; pada hari Jumaat dan malam Jumaat Allah menurunkan kepada mereka rahmat dan kurnia lebih banyak daripada mengambilnya dalam waktu yang singkat.”

PERTAMA: Memperbanyak membaca tasbih, tahmid, takbir, tahlil dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW dan keluarganya. Kerana dalam hadis dikatakan bahawa malam Jumaat adalah malam yang mulia dan harinya adalah hari cahaya. Dalam suatu hadis dikatakan: paling sedikitnya membaca selawat 100 kali, lebih banyak lebih utama.

KEDUA: Membaca Yasin.

KETIGA: Membaca Surah Al Kahfi sepenuhnya atau semampunya.

KEEMPAT: Berqiamullai dan perbanyakkan doa.

KELIMA: Perbanyakkan sedekah.

No comments:

Post a Comment