Dengan Tauhid yang kuat, maka akan terbentukkan pelbagai dorongan yang ada dalam jiwa manusia. Dia akan takut hanya kepada Allah swtdan berani mempertahankan keyakinannya seperti yang dipersaksikan dalam Sirah Rasulullah saw dan Para Sahabat:
1. Rasulullah saw pernah memerintahkan Ali RA agar tidur di atas katilnya sebelum Baginda keluar berhijrah ke Madinah, sedangkan musuh Islam begitu giat mengintip. Namun Sayyidina Ali sanggup berbuat mengikut perintah Rasulullah saw kerana beliau yakin atas Kehendak dan Kekuasaan Allah.

2. Khalid Ibn Al-Walid ra pernah mengalami banyak calar dan luka pada badannya kerana berperang di jalan Allah. Namun dia tetap yakin dgn Kekuasaan Allah. Dia tetap meneruskan pertempuran melawan musuh.
3. Bilal bin Rabah ra sanggup diheret di padang pasir, dijemur di bawah kepanasan matahari dan disiksa dengan batu besar diletakkan di atas tubuhnya. Dia tetap mempertahankan keimanannya.
Kini, ramai manusia yang kehilangan keyakinan ini. Mereka masih yakin kepada yang lain daripada Allah. Mereka takut kepada kegagalan, ketua, kematian dan sebagainya. Oleh itu menjadi kewajipan bagi Pendakwah2 Islam untuk mengembalikan manusia kepada keyakinan yang betul.
No comments:
Post a Comment