Monday, July 11, 2016

MENGENAL DIRI DENGAN JALAN RASA

Rasa itu suatu kenyataan pada ilmu. 
Rasa itu suatu perjalanan yang tiada berkesudahan. 
Rasa itu suatu manisfestasi daripada kefahaman. 
Rasa itu tidak tertakluk oleh waktu, tempat dan masa. 
Rasa itu suatu perjalanan yang merentasi dunia dan akhirat. 
Sebagaimana di alam Roh itu kita merasa kenal dan merasa menyaksikan Allah, 
begitulah juga di dunia bagi yang telah kembali mampu merasa kenal dan merasa menyaksikan Allah.

Rasa itu penuh dengan warna-warni diliputi keindahannya. 
Rasa itu adalah natijah dari kesungguhan untuk mengenal diri dan mencari Allah. 
Rasa itu cukup subjektif and abstrak untuk dinyatakan dan dihuraikan, 
hanya yang merasa dapat memahaminya. 
Rasa itu tidak dapat dilihat atau dipandang dan dipegang. 
Rasa itu tidak terbatas berbanding akal fikiran yang lemah. 
Rasa itu terbit dari hati nurani yang telah kembali. 
Rasa itu sifat. 
Rasa itu suatu pengalaman untuk mereka yang menikmati dan mengalami. 
Rasa itu suatu nikmat. 

Rasa itu suatu keadaan atau hal atau station. 
Rasa itu berubah-rubah mengikut destinasi yang ditemui. 
Rasa itu bukannya teori atau taklid atau andaian. 
Rasa itu kebenaran kerana sendiri yang mengalami. 
Rasa itu anugerah yang hakiki. 
Rasa itu dari Tuhan yang memiliki segala rahsia Rasa. 
Rasa itu dimiliki oleh jiwa yang luhur dan murni. 
Rasa itu mempunyai pelbagai bentuk dan keadaan. 
Rasa itu ada pelbagai peringkat sesuai dengan tahap adirasanya. 
Rasa itu berbeza-beza menurut peringkat yang mengalami rasa itu. 
Rasa itu datang menyahut pangglian Yang Maha Esa. 
Rasa itu kepunyaan Pencinta Ketuhanan yang hakiki

No comments:

Post a Comment