Monday, February 1, 2016

ALAM JIWA INSAN

Diterangkan secara ringkas, 3 alam yang mendominasi setiap jiwa insan yang harus kita fahami. Ini berlaku kepada siapa pun sama ada itu golongan berjubah ataupun golongan lain, 3 alam tersebut ialah:

1. ALAM NASUT(MANUSIA).

Tandanya, apabila kita masih menginginkan dan masih bernafsu kepada hal-hal kebendaan seperti wang, wanita, makanan, batu-batu, pusaka, jawatan, jemaah yg ramai, mengagung-agungkan keturunan, mengagung-agungkan kitab, guru-guru, persekolahan, pertubuhan dan sebagainya. Asalkan saja kebendaan dan duniawi saja yg menguasai (otak nasut) maka keadaan jiwa kita masih tingkat rendah. Apakah kalian pernah mengalaminya? Sangat kotor dan rosak. 

2. ALAM MALAKUT (MALAIKAT).

Tandanya, apabila kita masih tertarik kepada khasiat-khasiat, semangat dan keutamaan, haus akan fadhilat-fadhilat, pahala-pahala, syurga-syurga dan sebagainya. Misalnya kalau sedekah itu ganjarannya begini, kalau puasa ganjarannya sekian, kalau solat syurganya begini dan begitu dan lain lain. Pokoknya, tujuan itu selain dari duniawi dan kebendaan seperti yg pertama tadi. Maka keadaan jiwa itu masih di tingkat menengah. Memang itulah ujiannya apabila mengetahui tentang pelbagai khasiat, keutamaan, pahala, syurga dan sebagainya, setiap perlakuan itu ditujukan untuk itu. Otaknya Nasut Malakut tapi hatinya Malakut Lahut. Apakah pernah mengalaminya? Kotor dan samar, masih tidak jelas. 

3. ALAM LAHUT (TUHAN).

Tandanya, apapun yang dikerjakan, diamalkan, dilakukan adalah tujuan sebagai bakti pengabdian kepada Allah s.w.t semata-mata. Allah… Allah… Allah sahaja. Kemanapun menghadap, itu kepada Allah swt saja tujuannya (hati nurani nya hati lahut). Maka keadaan jiwa sebegini sudah tinggi dan sangat bangus, tinggal akhlak dan ibadahnya saja yang perlu ditingkatkan. Maka itu istiqamahkan dan pertahankan selalu, lambat laun Nur Tulus yang baik akan didapatkan sebagai bekal amal menjadi soleh (diterima). Bersih (kolish). Bagaimana ditugaskan puasa atau wirid agar menghasilkan Nur Jiwa yang terbaik sedangkan wadah batin belum siap dan belum dipersiapkan. Tugas awalan itu wadahnya dulu baru kita fikirkan isinya. 

Ada juga masih golongan campuran antara Alam Nasut dgn Alam Malakut, Antara Alam Malakut dgn Alam Lahut. Itulah keadaan jiwa yg tidak mengenakan sekali, kerana PASTI Sedang LABIL.

No comments:

Post a Comment