Tuesday, February 2, 2016

APA KAH "DIRI" ITU?

“Barangsiapa mengenal ‘diri’ maka kenallah dia akan Tuhan nya”. Untuk pengetahuan bahawa "DIRI" itu mendatang kemudian setelah roh memasukki jasad, bagaimana ini berlaku? Apabila Roh berada di dalam Jasad maka perkembangan cahaya Roh itu yang memenuhi dalaman Jasad keseluruhan nya, ini telah menyebabkan ujudnya "Diri" yang berupa saperti jasad nya memenuhi ruang dalaman jasad nya. Maka ujudlah "Diri" sebenar "Diri" dan "DIRI" ini lah yang harus di kenal.  (kenal lah diri maka kenal tuhan).

BAGAIMANA MENGENAL "DIRI" SEBENAR “DIRI"

Ada berbagai cara dan kaedah digunakan untuk mengenal "DIRI" ini, bergantung kepada perguruan dan kaedah guru guru mengajar kepada murid murid nya. Semua perguruan ini betul dan cara apa sekali pun di gunakan, tujuan nya satu ya itu untuk mengenal "DIRI" sebenar “DIRI”. Untuk mengenal "DIRI" ini ada 3 cara:

1). Terbuka dengan sendiri nya
2). Ushakan sendiri untuk membukanya
3). Dibuka oleh guru. (guru-guru yang berpengalaman)

Apakah yang di maksudkan “dibuka”. Di buka maksudnya ialah membukakan jalan-jalan pancaran cahaya "DIRI" itu hingga keluar dari jasad dan terpancarlah cahaya "DIRI" itu keluar dari jasad melalui jalan-jalan nya dan dengan rasa yang bergetar-getar pada jalan keluar nya, rasa ini dapat dirasakan dengan nyata oleh murid murid yang mempelajari ilmu ini. Ini lah rahsia hidup kita dan "DIRI" ini lah yang menghidupkan jasad selagi ada hayatnya di dunia ini, "DIRI" ini harus di kenal dan dirasai sepenuh nya oleh kita, kerana ia mengandungi banyak rahsia dan serba guna, di dunia dan akhirat, InsyaAllah. Kenal kah "DIRI" tadi kepada Tuhan nya? Sudah tentu kerana dia datang dari sana, dari MAHA pencipta dan MAHA besar. Banyak lag persoalan yang akan timbul apabila kita dapat mengenal "DIRI" kita yang sebenar benar "DIRI" ini, kita harus belajar dari "DIRI" ini:

- Dia mengetahui kerana dia datang dari yang MAHA mengetahui
- Dia bijak kerana datang dari yang MAHA bijaksana
- Dia lah sebaik baik Guru

Kehidupan sebenar ialah di dalam, dan kehidupan dunia ini mendatang kemudian. Kesimpulan nya kenali lah "DIRI" kita ini yang dia lah sebenar benar "DIRI" dan kemukakan lah dia dalam segala urusan kita di dunia ini sementara menunggu hari yang kekal abadi, kerana dia kekal kerana di kekalkan. Ilmu Mengenal "DIRI" ialah satu ilmu pengetahuan yang harus di ketahui oleh semua orang kerana tiap tiap maanusia membawanya di dalam jasad kasar mereka, harus kah penghidup jasad kita ini kita biarkan begitu saja tanpa mengenali dan merasakan nya, hanya semasa maut hampir datang menjemput baru kita sedar yang dia akan meninggalkan kita.

No comments:

Post a Comment