Tuesday, February 2, 2016

JISIM MANUSIA

Jisim adalah tubuh yang batin, hakekat sifat jisim harus selalu tunduk pada Qudrat Iradat Allah kerana sesungguhnya jisim adalah bentuk kekuasaan yang berdiri antara alam dunia dan hakikat sifat Allah. Jisim diri bertumpu pada penyatuan sifat Baqa dengan HaqNya. Jisim alam juga terdapat dalam diri manusia, jisim alam diri manusia memiliki hubungan dengan jisim makhluk dan seluruh alam ini. Segenap makhluk memiliki jisim termasuk juga alam semesta, flora dan fauna. Jisim diri adalah keseluruhan alam ini, dimana ruh sejati insan berada dibalik rab alam tersebut. Jisim alam merupakan himpunan kemufakatan antara Qudrat Iradat dengan Rasa. Rangkaian Dasar jisim manusia itu adalah tujuh sifat yang dititipkan bagi kita dari sifat duapuluh.

Ketujuh sifat itu yaitu:

1. Q : adalah Qudrat » Kuasa (Tenaga).
2 I : adalah Iradat » Kehendak (kemauan).
3. IL : adalah Ilmu » Pengetahuan.
4 H : adalah Hayat » Pengrasa .
5. S : adalah Sama’ » Pendengaran
6. B : adalah Bashor » Penglihatan.
7. K : adalah Kalam » Perkataan .

Tujuh sifat ini adalah anugerah bagi kita. Dengan ketujuh sifat ini kita bisa mengetahui hakikat diri kita, dan yang membezakan kita dari makhluk lainnya. Dari ketujuh sifat ini bila dirangkai maka rumusnya adalah :

(Q + I) –> (IL) = Kemampuan Mengetahui.
(Q + I) –> (H) = Kemampuan Merasa.
(Q + I) –> (S) = Kemampuan Mendengar.
(Q + I) –> (B) = Kemampuan Melihat.
(Q + I) –> (K) = Kemampuan Berkata.

BISMILLAHIRROHMANNIRROHIM. ALLAH Itu HATI Badan Itu JISIM.

ALHAMDU LILLAHI RABBIL ALAMIN. Alhamdu » BADAN. Lillah » HATI. Rabbi » NYAWA. Alamin » RASA.

Jisim diri adalah pengembalian atau menghadapnya tubuh kepada hakekat sifat Allah. Dimana jasad (4 tubuh) naik ke arasy dalam rangka menghadapkan diri.

1. Badan » Tubuh tanah –> Jisim tanah, menghadap kepada Qudrat Allah
2. Hati » Tubuh Air –> Jisim air, menghadap kepada Ilmu Allah.
3. Nyawa » Tubuh Angin –> jisim angin, menghadap kepada Hayat Allah.
4. Rasa » Tubuh api –> jisim api, menghadap kepada Bashar Allah.

Maka yang tersebut dalam peristiwa itu adalah:

-La Qodirun ilAllah (nafi tubuh Tanah)
-La Alimun ilAllah (nafi tubuh Air)
-La Hayyun ilAllah (nafi tubuh Angin)
-La Bashirun ilAllah (nafi tubuh Api)

Keempat kalimat tersebut adalah petunjuk.

-Menunjuk adanya tubuh Iradah berada dibalik jasad.
-Menunjuk nafinya tubuh Iradah dan isbatnya Iradah mutlak.
-Menunjuk Iradah mutlak pada adanya jisim tubuh.
-Menunjuk nafinya Iradah mutlak isbatnya Iradah Haq.

Pada isbatnya Iradah Haq kata tunjuknya adalah:

-Qodirun ilAllah
-Alimun ilAllah
-Hayyun ilAllah
-Bashirun ilAllah

Pada kenyataan ini Syeikh Abdul Qadir mendapatkan nama Al Jilani (telah tajalli Allah) padanya.

No comments:

Post a Comment