Tuesday, February 9, 2016

BUNGA MAWAR

"Di dalam karya Sastera Sufi, "bunga mawar" bukanlah sebagaimana dihayati umum sebagai satu perlambangan biasa untuk melahirkan perasaan dari keindahan cinta sesama manusia. tetapi "bunga mawar" itu ialah lambang "Hakikat Tersembunyi" atau apa yang disebutkan oleh sufi sebagai 'Ayan Thabitah, yang di dalam rahsia "bunga mawar" itulah terkandung rahsia-rahsia ajaran Ilahi dan merupakan 'irfan' yang disauk oleh Para Sufi. 

Jika dikatakan kita menanam benih kerana hendak menumbuhkan pohon yang menghasilkan bunga mawar, namun bagi Ahli Sufi bukan pohon itu yang melahirkan bunga mawar, sebaliknya bunga mawar itulah yang melahirkan pohonnya.

Bagi Para Syeikh Sufi, haruman mawar yang tersebar di seluruh dunia ini, adalah doa-doa yang mereka panjatkan kepada Tuhan untuk kesejahteraan semua umat manusia di dunia ini tanpa mengira apa kepercayaannya dan agar harumannya itu sampai sebagai seruan kepada jiwa-jiwa untuk kembali mencintai Tuhan.

Alangkah beruntungnya mereka yang dapat menangkap dan menghidu harum mawar, apatah lagi yang sedang berada di dalam kebun mawarnya."

No comments:

Post a Comment