Tuesday, February 9, 2016

JALALUDDIN RUMI: "FIHI MAA FIHI”

Di antara Tuhan dan manusia hanya terdapat 2 hijab – iaitu kesihatan dan kekayaan—dimana hijab-hijab yang lain datang dari keduanya.

Orang-orang yang merasa sihat tidak pernah mencari dan melihat Tuhan, tetapi ketika sakit menimpa mereka, mereka pun akhirnya akan menangis dan menyeru, “Oh Tuhan! Oh Tuhan” dan pasrah kepadaNya. Kerana itu, kesihatan menjadi hijab mereka dan Tuhan tersembunyi di sebalik penyakit yang dirasakannya.

Selama manusia memiliki kekayaan, mereka akan memuaskan keinginan-keinginannya, bersenang-senang sepanjang siang dan malam. Tetapi ketika mereka jatuh miskin, semangatnya pun melemah lalu kembali kepada Tuhan.

"Mabuk dan kemiskinan membawamu datang padaku, Aku adalah budak mabukmu dan keperluanmu."

Tuhan telah memberikan Fir’aun 400 tahun kehidupan, kerajaan dan kesenangan. Akan tetapi semua itu menjadi hijab baginya yang menjauhkannya dari Tuhan. Dia bahkan dalam satu hari tidak pernah mengalami sesuatu yang tidak diinginkannya, tidak pernah sakit, sehingga kerana itulah dia benar-benar melupakan Tuhan. Tuhan lalu berfirman: “Turutilah apapun yang kamu inginkan, dan kamu tidak usah memikirkan Aku. Selamat malam!”

"Raja Sulaiman tumbuh dalam pemerintahannya diselimuti kebosanan, Tetapi sakitnya tidak pernah sembuh dengan kesibukan."

No comments:

Post a Comment