Menurut Syekh Ibnu Arabi dalam kitabnya 'Futuhat al-Makiyyah' bahwa terdapat tiga kategori di kalangan orang makrifat iaitu:
1. Mereka yang mengenal Allah melalui dalil. Kalangan ini agak ramai bilangannya seperti yang kelihatan di majlis ceramah & forum atau dari buku2 penulisan.
2. Mereka yang mengenal Allah melalui Tajalli yakni kesaksian dalam musyahadah. Kalangan ini adalah orang2 khawas atau pilihan dan bilangannya agak tertentu.
3. Mereka yang diberikan Allah sendiri ilmu tentang ZATNya kerana Allah sendiri yang hendak memperkenalkan DiriNya kepada hamba yang dicintaiNya itu (Al-Abid Al-Ma'bud). Ini adalah tingkatan makrifat yang paling tertinggi sekali dan ilmu Allah yang paling benar dan nyata dalam bidang makrifat yang dimiliki oleh kalangan orang2 pilihan lagi terpilih iaitu khawasus khawas dan tersangat sedikit bilangannya.
Kalangan ini terbahagi pula kepada 2: pertama adalah mereka yang disingkapkan Allah pandangan matabatinnya (kasyaf) melihat kewujudan Al-Haq dalam makhluk (wujud mumkinat). Kedua ialah melihat makhluk (wujud mumkinat) di dalam kewujudan Al-Haq. Dalam ertikata lain ialah bukan hulul tetapi kebersamaan sepertimana firmanNya, "DIA bersamamu di mana saja kamu berada." (QS Al-Hadid:04).
No comments:
Post a Comment