Untuk menyatakan yang Allah itu benar-benar Esa, ianya bukan dengan sebutan kalimah syahadah, bukan dengan mengerjakan ibadah solat, puasa, zakat atau bukan dengan ibadah perkerjaan ibadah haji!.
Menyatakan keEsaan Allah itu, adalah hendaknya dan sepatutnya sebelum melafas kalimah syahadah, sebelum ibadah solat atau sebagainya!. Menyatakan Allah itu, bukan perkara untuk dinyatakan sesudah solat atau bukan untuk dinyatakan didalam waktu ketika tengah solat, apa lagi diketika sesudah solat!. Bagi menyatakan Allah itu, bukannya semasa didalam berpuasa atau selepas berbuka puasa!. Ataupun bukan didalam ketika menyebut perkataan syahadah!.
Ilmu makrifat itu, adalah ilmu menyatakan Allah (ilmu menyatakan keEsaan Allah), ilmu mengEsakan Allah dan ilmu menzahirkan Allah, dengan nyata dan senyata-nyatanya!. Bukan ilmu hanya bercakap dibibir!. Kita boleh menyebut perkataan syahadah (perkataan mentauhidkan Allah) sebanyak mungkin yang kita mampu menyebut, tetapi Islam itu bukan agama bunyi atau agama suara yang keluar dari lidah atau dibibir!. Islam itu, adalah agama benar, agama nyata dan agama pasti!. Kemuskilannya disini, apakah kita telah nyata Allah, sebagaimana nyata dan lantangnya suara yang keluar dari kedua bibir mulut kita?.
Ilmu makrifat itu, adalah ilmu yang tidak sekali-kali mengasingkan Tuhan dengan alam!. Ilmu makrifat itu, adalah ilmu menEsakan Allah, iaitu ilmu yang tidak menduakan Allah (tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu). Ilmu makrifat itu, adalah ilmu yang tidak menwujudkan Allah dengan wujud yang lain selain Allah Taala.
Ilmu makrifat itu, adalah ilmu yang tidak memandang bahawa Allah dan makhluk itu, dua wujud yang berbeza atau “dua yang bersifat wujud”. Dari kaca mata ilmu makrifat, barangsiapa yang memandang, barangapan atau beriktikad bahawa adanya wujud Allah dan adanya wujud alam makhluk, bersama-sama dengan wujud Allah, maka hukumnya adalah syirik. Jikalau Allah lain dan makhluk lain itu, maka terputuslah seluruh kesedaran batinnya terhadap Allah Taala dan terputus juga kesedaran rohaninya terhadap makhluk.
Tetapi JANGAN pula hendaknya DISATUKAN MAKHLUK DENGAN Allah! Allah dengan makhluk itu, bercerai tidak dan bersatu tiada, ini adalah terjemahan mengikut suluhan bahasa makrifat dan bahasa rohani yang tidak sama sekali difahami atau dimengerti oleh akal, apa lagi oleh ahl ilmu feqah. Allah dan makhluk itu, bercerai tidak dan berpisah tiada!.
No comments:
Post a Comment