Beberapa ucapan sahabat2 Rasullulah yang menggambarkan betapa rahsianya Ilmu Hakikat itu antara lain ucapan Abu Hurairah, “…Apabila aku ceritakan nescaya Halal darahku”, apabila hakikat itu diceritakan dengan bahasa salah maka nyawa sebagai taruhan. Atau ucapan Saidina Husaen ra, “Apabila aku jelaskan hakikat itu kepada para mukmin nescaya para mukmin akan menuduh aku sebagai penyembah berhala”. Orang yang telah mencapai kaji disana akan tersenyum membaca ucapan dari Saidina Husein, dan andai hakikat itu dibuka di zaman sekarang pasti orang akan menuduh yang sama yaitu dianggap orang yang mengamalkan hakikat itu sebagai penyembah berhala.
Sungguh luar biasa Allah melindungi ilmu-ilmu berharga tersebut demikian rahsianya, ditempatkan di dalam qalbu para kekaseh pilihannya sehingga tidak seorangpun boleh mengambilnya. Allah telah melindungi ilmu-ilmu berharga tersebut dengan hijab (penghalang) cahaya sehingga manusia tidak akan melihat kerana begitu terangnya cahaya tersebut. Rahsia itu hanya boleh dimiliki oleh orang-orang yang telah bermandikan cahaya, larut dalam Dzat-Nya sehingga apa yang menjadi rahsia tidak lagi menjadi rahsia.
Apa yang saya sampaikan disini bukanlah hakikat, tapi tulisan-tulisan untuk memberikan semangat kepada kita semua untuk mencari kebenaran, mencari pembimbing yang menuntun dan membimbing kita semua kepada Allah. Dengan mendapat bimbingan kepada Allah sehingga kita tidak lagi tersesat dibelantara jalan tanpa arah tuju dan dengan tenang kembali kepada asal kita masing-masing.
Rahsia tetaplah rahsia dan tetap akan menjadi rahsia sepanjang masa kecuali orang-orang yang telah berada dalam rahsia tersebut. Rahsia tersebut hanya boleh terbuka lewat Qalbu kepada Qalbu, diturunkan dengan Amalan khusus yang diajarkan Rasulullah saw kepada para sahabat dan dari para sahabat kepada sekalian Guru Mursyid sampai saat sekarang ini. Rahsia itu tidak akan pernah boleh ditembus kecuali oleh orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah SWT. Semoga Allah yang Maha Pemurah selalu berkenan membuka hijab-Nya sehingga kita boleh memandang keindahan wajah-Nya dari dunia sampai akhirat., Amin ya Rabbal ‘Alamin!
No comments:
Post a Comment