Sunday, April 10, 2016

BILA DI AMBANG KEMASYHURAN

Al-Habib Ali Al-Jufri bercerita bahawa beliau pernah meminta nasihat secara peribadi daripada al-Marhum al-Muhaddith Sayyid Muhammad Zaki Ibrahim dengan berkata, "Sayyidi! Saya merasakan saya telah hampir kepada ambang kemasyhuran. Apa yang perlu saya lakukan untuk mengelakkan fitnah kemasyhuran ini?"

Al-Marhum menjawab, "Saya berikan kamu DUA nasihat :

Pertama - tundukkan pandangan mata hati kamu daripada melihat kepada ganjaran manusia.

Kedua - luangkan masa bersama ALLAH di waktu malam walaupun sekadar lima minit dengan melakukan ketaatan sama ada bersolat dua rakaat, membaca al-Qur'an, berzikir atau berdoa.

Jika kamu lakukan perkara ini, ALLAH akan mencampakkan rasa lazat bermunajat kepada-Nya di hati kamu sehinggakan walaupun kamu sekadar meluangkan masa bersama-Nya selama lima minit, hakikatnya kamu mengecapi kelazatan itu selama berjam-jam tanpa kamu sedari."

Ya Subhanallah!! Pesanan untuk sesiapa saja yang telah mula dihinggapi populariti dan kemasyhuran agar tidak timbul rasa 'ujub dan takbur.

2). KOSONGKAN HATIMU

Telah dijelaskan oleh Allah Swt dalam hadis qudsi, Dia Azza wa Jalla berfirman: “Telah Kucipta seorang malaikat di dalam tubuh setiap anak keturunan Adam. Di dalam malaikat itu ada shadr. Di dalam shadr itu ada qalb. Di dalam qalb itu ada fu`aad. Di dalam fu`aad itu ada syagf. Di dalam syagf itu ada lubb. Di dalam lubb itu ada sirr. Dan di dalam sirr itu ada Aku”.  

Sabda Nabi Muhammad Saw: “Allah menciptakan qalb-qalb empat ribu tahun lebih dahulu daripda jasad. Setelah itu, Dia meletakannya di tempat yang dekat dengan-Nya. Sementara itu, arwah diciptakan oleh Allah Swt. Tujuh puluh ribu tahun lebih dahulu daripada hati. Setelah itu, ia diletakkan di taman kelembutannya (rawdah al-uns). Sebelumnya, Allah telah terlebih dahulu menciptakan sirr (rahsia) daripada ruh dan menempatkan sirr tersebut di taman keintiman-Nya (rawdah al-wishl).” 

Dan juga firman-Nya yang ditujukan kepada Nabi Daud a.s: “Wahai Daud! Kosongkan untuk-Ku sebuah rumah, agar Aku dapat tinggal di dalamnya!” Mendengar perintah tersebut Nabi Daud a.s. tidak mengerti dan lantas bertanya, ‘Bagaimana caranya wahai Tuhanku?’ Lantas Allah berfirman, “Kosongkan hatimu hanya untuk-Ku!” (Susunan: Tn. Hj. Ir Alias Hashim Asy Syattari, Zawiyah Asy Syattari)

3). JIKA ada orang yang meminta sesuatu kepada manusia, maka yang demikian itu disebabkan ia jahil atau bodoh tentang Allah, lemah imannya, kurang pengetahuannya tentang hakikat, kurang keyakinan dan kesabaran. Dan jika ada orang yang meminta kepada Allah, maka hal itu adalah petanda bahwa ia penuh dengan Ilmu Allah Yang Maha Agung dan Maha Kaya, petanda bahwa ia memiliki keimanan yang teguh dan keyakinan yang pasti, petanda bahwa Ilmu Allah selalu bertambah setiap saat di dalam hatinya dan petanda bahwa ia malu kepada Allah Yang Maha Gagah Perkasa. (Syeikh Abdul Qadir Al Jaelani).

No comments:

Post a Comment