BismillahirRahmanirRahim. Tanggal 3 Mac 1924 merupakan detik yang amat memilukan dalam sejarah Islam. Pada tanggal itu Khilafah Islamiyah yang telah berdiri sejak masa Khulafa-ur Rasyidin rasmi dihapuskan. Majlis Nasional telah menyetujui penghapusan Khilafah dan pemisahan agama dari urusan-urusan negara. Arahan telah dikeluarkan oleh Parlimen Turki, kerana pada masa itu, mereka tidak lagi mengisytiharkan diri sebagai Uthmaniyyah. Sidang Parlimen Turki telah menegaskan betapa perlunya Turki mencabut dan membuang Islam dari politik negara itu yang telah bertapak sejak berkurun lamanya. Berita pembubaran sistem khilafah dan pemisahan antara agama disiarkan secara rasmi.
Pada malam itu, mereka memasuki kamar Khalifah Islam di Istana Dolmabahçe. Kamarnya adalah satu-satunya bilik yang diterangi cahaya lampu. Kamar-kamar yang lain diselubungi kegelapan. Pada ketika itu, Khalifah Islam, Khalifah terakhir Islam sedang membaca al-Quran e-Kerim. Mereka masuk ke dalam kamarnya untuk menyampaikan arahan. Walau teragak-agak pada mulanya, mereka mula membaca pengisytiharan. Khalifah terakhir enggan berganjak. Namun apakan daya, istana telah dikepung oleh tentera. Mereka bersedia untuk melepaskan tembakan pada bila-bila masa untuk menembak sasaran. Pada ketika itu terdapat juga kaum wanita dan kanak-kanak di pekarangan Istana.
Di tengah malam yang sayu, sambil pistol diacu ke arah mereka, Sultan bersama para anggota keluarganya dengan hanya mengenakan pakaian yang di pakai pada malam tersebut telah di angkut di tengah gelap gelita menuju ke stesen kereta api. Di situ, apabila fajar menyingsing, mereka telah diarahkan untuk menaiki keretapi yang akan membawa mereka ke Eropah. Khalifah Islam terakhir berserta keluarganya terpaksa hidup dalam buangan di bumi Eropah. Sejak detik itu, tiada lagi Khilafah memerintah umat Islam. Tiada lagi syariah di dunia. Sejak itu hinggalah kini huru hara dunia semakin menghimpit kita menjadikan kita terus bercelaru. Tiada Rahmat, tiada Barakah. Ya, Mereka diusir pergi meninggalkan bumi Khilafah. Khalifah terakhir umat Islam, dan keluarganya berdiri di stesen keretapi. Angin lesu bertiup bersama gerimis hujan di malam itu. Pohon-pohon yang meliuk lintuk ditiup angin, seakan turut sedih mengiringi tragedi memilukan itu. Kelihatan seorang pegawai stesen keretapi di situ. Dia menghampiri Khalifah dan berkata, ‘Ya Khalifah, sila masuk ke dalam bilik saya,’ kerana manusia yang berperangai haiwan itu telah meninggalkan mereka anak beranak terbiar begitu sahaja. Mereka hanya dibenarkan membawa sebuah beg berisi pakaian dan diberi wang dua ribu pound, sama seperti apa yang telah mereka lakukan terhadap Sultan Wahid ad-Din yang akhirnya mati akibat kebuluran, sama keadaannya seperti Sultan Abdul Hamid Khan di mana beliau telah diletakkan ke dalam gerabak keretapi yang dikhaskan untuk haiwan yang kotor dan berbau busuk, seperti babi.
Pegawai stesen itu berkata kepada Khalifah, 'Tuanku, silakan masuk ke pejabat saya, sekurang-kurangnya dapat berteduh dari hujan.' Dia kemudian menyediakan teh panas untuk Khalifah dan keluarganya. Khalifah berkata, 'terima kasih.' Pegawai itu mula menangis. Beliau berkata, ‘Tuanku mengucapkan terima kasih kepada saya? Saya yang sepatutnya mengucapkan terima kasih kepada Tuan, kerana selama ini, Tuan telah melindungi dan menjaga kami dengan baik.’ Siapakah gerangan pegawai stesen itu? Tahukah kamu siapa beliau?
Ya, ketahuilah bahawa yang dimaksudkan itu adalah seorang yang berbangsa Yahudi. 'Uthmaniyyah sentiasa melindungi kami,' katanya, 'sekurang-kurangnya kini saya berpeluang untuk berkhidmat kepada Khalifah.' Mereka memiliki iman pada waktu itu. Ahli Kitab. Dimana Letaknya Iman Di Hati Orang Islam kini? Di setiap negara Islam, mereka beramai-ramai menyanyikan lagu kebangsaan dengan perasaan bangga terhadap kelahiran negara mereka. Hari kebangsaan diraikan dengan penuh bersemangat oleh pelbagai umat Islam. Fahamilah bahawa kamu meraikan hari kebangsaan, hari kelahiran negara kamu adalah kerana secara kolektif kamu telah mengkhianati dan mengirimkan Khalifah untuk hidup dalam buangan.
Keruntuhan kekhalifahanan terakhir, Kekhalifahan Turki Uthmaniyyah, telah membuka laluan kepada kelahiran negara-negara Islam moden, sekaligus melahirkan semula kebangkitan negara-negara Jahiliyah bagi seluruh dunia. Dengan terlantiknya pemimpin sekular, maka dengan rasminya sistem khalifah tidak dibenarkan lagi beroperasi di Turki pada 3 Mac 1924. Dengan itu berakhirlah sebuah kerajaan Islam yang agung, digantikan oleh sebuah kerajaan sekular. Republik Turki diisytiharkan dan polisi negara mereka juga telah berubah kepada mengadaptasi sistem yang lebih terbuka, liberal dan mengamalkan sekular. Agama tidak lagi menjadi perkara penting di dalam pertimbangan sebarang polisi negara. Khilafah Islam, sang pelindung umat sudah tiada lagi. Ini memunculkan kegundahan di seluruh dunia. Kaum Muslimin berpecah belah dan menyebar pada jalan yang berbeda-beda laksana domba di malam hujan, dimana kemudian kawanan serigala menerkam kaum Muslimin yang tercerai berai tersebut. (Sheykh Lokman Effendi Hz)
No comments:
Post a Comment