Wednesday, June 29, 2016

HIKMAH SUFI

Qalan-Nabiy, "Idkhalus Sururi Ila Qalbil Abd Minal Iman.” (Rasulullah SAW bersabda, "Membawa kegembiraan ke dalam hati seorang hamba adalah sebahagian daripada iman).  Membuat orang lain gembira adalah sebahagian daripada iman. Iman adalah untuk tersenyum, bukan serius sentiasa seperti saya, tetapi tersenyum. Senyuman adalah sedekah, kebajikan. Jika kamu senyum di hadapan saudaramu ia seumpama kamu bersedekah kepadanya, kerana jika kamu memberi duit kepada seorang miskin dia akan tersenyum. Jika kamu memberinya makanan dia akan tersenyum, jadi jika kamu senyum di hadapannya dia akan tersenyum. Ia adalah sebuah sedekah dan sesuatu yang kamu berikan untuk membuat seseorang gembira. Allah mahukan semua orang gembira. (Shaykh Hisham Kabbani).

No comments:

Post a Comment