Termasuk jalan mensucikan jiwa seseorang dengan tujuh macam dzikir:
1. Baca ﻻﺍﻟﻪ ﺍﻻ ﺍﻟﻠﻪ sebanyak 70.000 kali (membebaskan dirinya dari nafsu ammaroh menuju nafsu lawwamah)
2. Baca ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﻠﻪ sebanyak 60.000 kali dapat mengokohkan nafsu lawwamah.
3. Baca ﻫﻮ ﻫﻮ sebanyak 50.000 kali memperoleh nafsu mulhimah
4. Baca ﻳﺎ ﺣﻖ (Ya Haqqu) sebanyak 40.000 kali memperoleh nafsu muthmainnah.
5. Baca ﻳﺎ ﺣﻲ (Ya Hayyu) sebanyak 30.000 kali memperoleh nafsu ar-rodhiyah.
6. Baca ﻳﺎ ﻗﻴﻮﻡ (Ya Qoyyuum) sebanyak 20.000 kali memperoleh nafsu mardhiyyah.
7. Baca ﻳﺎ ﻗﻬﺎﺭ (Ya Qohhar) sebanyak 10.000 kali memperoleh nafsu kamilah.
Dimanakah ketujuh “Maqam Nafsu” itu? Setiap manusia hidup mempunyai nafsu yang terbagai dalam 7 tingkatan, peringkat atau istilah biasanya dipanggil “Maqam Nafsu”. Bila disebut nafsu tidak bermakna semuanya merujuk kepada nafsu jahat dan kejahatan, ada nafsu yang mulia di sisi Allah s.w.t, yaitu dari makam nafsu Mutmainnah hingga ke nafsu Kamilah.
Mari kita muhasabah diri dan membuat analisis diri sendiri, di manakah kedudukan kita dan tahap nafsu kita. Hanya kita dan Allah SWT saja yang tahu. Apabila telah mengenal di mana tahap nafsu kita, dapatlah kita berusaha di samping berdoa semoga nafsu kita dapat ditingkatkan ke maqom yang lebih tinggi dengan cara muhasabah diri (menganalisis atau mengaudit diri sendiri bagi meningkatkan ubudiyah), musyahadah (berasa berhadapan dan hampir dengan Allah SWT melalui penyaksian dan pandangan mata batin yang tidak diragukan lagi), mujahadah (bersungguh-sungguh melakukan amal ibadat, taat melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya secara konsisten), dan muraqabah (merasa diri sentiasa diawasi oleh Allah s.w.t, sehingga dengan kesedaran ini mendorong kita sentiasa rajin melaksanakan segala perintah dan menjauhi segala larangan-Nya).
Orang yang berada di peringkat nafsu terendah yang bertaraf binatang, bererti ia sentiasa berada dalam suasana maksiat dan berdosa serta menderhakai Allah s.w.t, maka wajiblah ia meninggalkan segala maksiat dan kembali menjadi hamba Allah yang taat. Jika tidak nerakalah yang akan menunggunya.
1. NAFSU KAMILAH: Ini adalah peringkat nafsu tertinggi di kalangan manusia. Setiap perlakuan orang yang berada pada makam nafsu ini benar-benar mengikut keredhaan Allah dan tidak pernah terdorong oleh hasutan nafsu dan syaitan kepada kejahatan dan kemaksiatan. Cinta, ingatan dan kerinduannya hanya tertumpu pada Allah, tidak pernah putus walaupun sekejap. Hanya para rasul, para nabi dan wali Allah saja yang boleh sampai ke taraf nafsu kamilah. Orang soleh, pejuang kebenaran boleh/bisa menuju ke tingkat nafsu yang tinggi itu dengan proses mujahadah yang bersungguh-sungguh.
2. NAFSU MARDHIAH: Mereka yang telah sampai ke peringkat nafsu mardhiah kelihatan lebih tenang dan tenteram. Hati dan jiwanya telah benar-benar sebati dengan Allah s.w.t. Orang yang dapat mencapai martabat nafsu kamilah digelar wali Allah pada martabat yang istimewa. Di antara sifat orang yang bernafsu mardhiah:
a. Elok dan tingginya budi atau kesusilaan orang ini umpama nabi-nabi.
b. Lemah-lembut dalam pergaulan masyarakat sebagaimana perangai nabi-nabi.
c. Sentiasa ghairah untuk berdamping dan beribadah kepada Allah s.w.t.
d. Sentiasa berfikir akan kebesaran Allah s.w.t.
e. Redha dan rela dengan apa-apa pemberian Allah s.w.t. dan lain-lain sifat terpuji (mahmudah).
3. NAFSU RADHIAH: Nafsu radhiah adalah peningkatan daripada nafsu mutmainnah hasil kegigihan melatih diri utk memakrifatkn diri kepada Allah s.w.t Orang ini memiliki keseluruhan sifat mahmudah dan kuat hubungan hatinya dengan Allah s.w.t. Orang ini mendapat pimpinan ilmu laduni dan mempunyai pandangan mata hati yang tajam atau dikenali sebagai ilmu firasat yang betul. Perlakuan orang pada makam nafsu ini adalah luar biasa dan ia tidak takut pada bala Allah dan tidak rasa gembira pada nikmat Allah, semuanya sama baginya, yang ia tahu hanya memandang kepada keredhaan Allah dan hukuman-Nya. Hati nuraninya disinari oleh nur syuhud kepada makrifatullah. Alam di sekeliling mereka laksana cermin.
Apabila melihat alam ia ‘nampak’ (teringat atau terasa) akan Allah. Hal itu berlaku setiap ketika. Makam ini juga disebut sebagai makam musyahadah dan telah mencapai sifat ‘al-ihsan’. Sifat-sifat mahmudah yang terbit dari nafsu radhiah ialah zuhud, ikhlas, wara’, meninggalkan perkara-perkara yang bukan urusannya, memelihara hukum-hakam Allah s.w.t.dan lain-lain sifat kerohanian yang tinggi. Makam nafsu radhiah ini hanya dapat dicapai oleh para wali Allah. Mereka dapat merasakan nikmat melakukan kebajikan dan berbudi luhur. Zikir wiridnya hebat, bukan sekadar di lidah tetapi hatinya penuh khusyu’ dan tawadhu’ mengingati Allah, tanpa lekang.
4. NAFSU MUTMAINNAH: Setelah melalui nafsu mulhamah, dengan latihan zikir dan amal ibadat yang berterusan, seseorang itu boleh meningkat kepada nafsu mutmainnah. Pada makam nafsu mutmainnah ini, hati sudah sampai ke peringkat suci dan tenang. Nafsu mutmainnah adalah martabat nafsu pertama yang telah mula mendapat keredhaan Allah dan baru layak memasuki syurga, sebagaimana Firman Allah s.w.t. “Wahai ‘al-nafs al-mutmainnah’ (jiwa yang tenang). Kembalilah kepada Rab (Tuhan) kamu dalam keadaan reda dan diredai. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam jannah (taman/syurga)-Ku.” (Al-Fajr: 27-30).
Di antara sifat-sifat yang dimiliki oleh orang yang bernafsu mutmainnah :
a. Murah hati dan tidak lekat wang di tangan kerana bersedekah.
b. Tawakkal yang benar.
c. Arif dan bijaksana.
d. Kuat beribadah.
e. Syukur yang benar.
f. Redha atas segala hukuman/bala Allah.
g. Taqwa yang benar dan sifat-sifat terpuji (mahmudah) yang lain.
5. NAFSU MULHAMAH/SAWIYAH: Setelah meleburkan nafsu ammarah dan lawwamah melalui mujahadah yang bersungguh-sungguh seseorang itu akan meningkat kepada nafsu mulhamah. Nafsu Mulhamah ini sudah menerima proses penyucian hati atau mujahadatun nafs. Tiada lagi lintasan-lintasa kotor atau was-was syaitan, sebaliknya malaikat atau Allah s.w.t mengilhamkan kebaikan pada hatinya. Di antara sifa-sifat orang yang bernafsu mulhamah ini ialah :
a. Tidak sayangkan harta, tidak sayangkan dunia.
b. Merasa cukup dengan kurniaan Allah (sifat qanaah).
c. Mendapat ilmu laduni dan ilham.
d. Timbul perasaan merendah diri kepada Allah (sifat tawadhu’).
e. Taubat yang benar-benar (taubat nasuha).
f. Tahan menanggung kesusahan dan mempunyai sifat-sifat terpuji (mahmudah) yang lain.
Orang yang berada pada martabat ini mulai masuk ke sempadan makam wali dan mulai mencapai fana yang menghasilkan makrifat dan hakikat (syuhud). Namun begitu, sifat-sifat baik (mahmudah) sama ada zahir atau batinnya belum benar-benar berakar umbi dengan teguh dalam diri dan hatinya. Oleh itu, ia perlu menjaganya dgn mengawal diri dan hatinya serta perlu meningkatkan mujahadah dan meningkatkan amalan solehnya. Ujian ke atasnya sentiasa ada dan sekiranya ia tidak berjaga-jaga dan leka nanti Allah akan mencabut kembali makam itu dan turun balik ke makam nafsu lawwamah.
6. NAFSU LAWWAMAH: Nafsu lawammah ini lebih baik sedikit daripada nafsu ammarah. Nafsu lawwamah ialah nafsu yg selalu mengkritik atau mencela diri sendiri apabila melakukan sesuatu dosa atau kejahatan. Hatinya menyesal dan segera memohon ampun kepada Allah dan memperbaiki amal ibadatnya. Bila terlajak berbuat dosa, ia segera menyesal. Walau bagaimanapun, untuk berbuat kebajikan dan taat, ia masih terasa berat dan dilakukan dalam keadaan terpaksa dan tidak terasa nikmatnya. Orang yang bernafsu lawwamah mempunyai ilmu, namun hatinya masih lemah dan nafsunya masih rakus dan masih banyak sifat mazmumah, cuma dia mudah tersedar apabila ditegur. Walaupun hatinya boleh dan mudah terdorong ke arah melakukan ibadah dan kebaikan tetapi nafsunya masih belum dapat ditundukkan sepenuhnya. Di antara sifat-sifat orang bernafsu lawammah ialah :
a. Mencela kesalahan diri sendiri.
b. Selalu berfikir (bertafakur) mengenang dosa dan keburukannya.
c. Rasa takut bila rasa bersalah apabila melakukan dosa dan kejahatan.
d. Mengkritik terhadap apa jua yg dikatakan kejahatan.
e. Mudah merasa riya’ iaitu hendak menunjuk-nunjuk kepada orang lain apabila membuat kebaikan.
f. Mudah merasa sum’ah, iaitu ingin mmperdengarkan atau memberitahu atau menghebahkan kepada orang lain sesuatu kebajikan yg dibuatnya supaya mendapat pujian orang.
g. Mudah juga merasa ujub, yaitu perasaan dalam hati yang merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain, walaupun pada zahirnya ia menunjukkan sifat tawadhu’ atau tidak mahu terkenal atau pemurah. Sifat ini yang paling sukar dihapuskan.
h. Sifat-sifat mazmumah yang lain dalam hati masih tidak mampu dilawan dan sedang menguasai hatinya.
Tahap nafsu lawwamah terdapat pada kebanyakan orang awam yang zahirnya kelihatan lebih baik daripada orang jahat. Orang yang bernafsu lawammah belum terjamin syurga untuknya, kecuali jika mendapat keampunan dan rahmat Allah s.w.t. Oleh itu, jalan selamat bagi orang mempunyai nafsu lawwamah ini ialah dengan sentiasa bergaul dengan oran-orang baik dan sentiasa berada dalam lingkungan (suasana) yang baik. Ia hendaklah menjauhi kawan-kawan dan suasana yang tidak baik karena hatinya mudah tergoda, terpengaruh dan terikut-ikut dengan kejahatan dan kemaksiatan. Di antara langkah yang boleh dilakukan bagi memperbaiki nafsu ini supaya meningkat kepada nafsu yang lebih tinggi (bukannya menurun ke nafsu ammarah) ialah :
a. Belajar dan berusaha utk melatih diri bermujahadah bagi melawan hawa nafsu dengan cara menanamkan rasa benci kepada maksiat dan menanam rasa cinta kepada kebajikan dan majlis-majlis ilmu.
b. Melakukan zikrullah supaya hati lebih lembut.
c. Berdoa bersungguh-sungguh memohon pertolongan Allah untuk memudahkan ia melawan nafsunya.
d. Mendapatkan guru mursyid (sanadnya menjadi jelas)
7. NAFSU AMMARAH: Nafsu ammarah ialah nafsu tingkat yg paling jahat. Ia sentiasa mengajak manusia yang dikuasainya ke jalan kejahatan, melakukan maksiat dan seronok melakukannya. Di antara sifat-sifat orang yang mempunyai nafsu ammarah ini yaitu :
a. Selalu tergoda kepada godaan nafsu dan syaitan. Nafsu ammarah sentiasa menyuruh seseorang itu melakukan kejahatan sama ada ia faham perbuatan itu jahat atau tidak.
b. Tidak merasa duka atau sesal atas perbuatan jahatnya, malah perasaannya lega dan gembira. Contohnya, bila tertinggal solat, hatinya tidak rungsing dan kesal sedikit pun, bahkan kadang-kadang merasa gembira dan senang hati.
c. Terlalu gembira bila mendapat nikmat dan berputus asa bila ditimpa bala dan kesusahan.
d. Sifat-sifat yang terbit dari benih nafsu ammarah ini ialah bakhil, tamak dan haloba akan harta dunia serta terlalu cintakan keduniaan, panjang angan-angan, sombong, takabur, sukakan kemegahan, ingin namanya terkenal dan masyhur, hasad dengki, dendam kesumat, khianat dan niat jahat, lalai terhadap Allah dan lain-lain sifat mazmumah bersarang di hatinya.
Jika seseorang itu mendapati di hatinya ada salah satu sifat tersebut, ini tandanya dia termasuk dalam golongan bernafsu ammarah, iaitu serendah-rendah darjat dan sejahat-jahat nafsu dalam Tasawwuf. Orang berilmu atau tidak berilmu boleh saja terjebak dalam golongan ini kerana nafsu lebih menguasai diri. Jika tidak bertaubat, golongan ini akan mendapat azab yang pedih di akhirat nanti.
Sedang Nafsu yang lebih rendah daripada nafsu ammarah semuanya di kategorikan dalam nafsu Hayawani, yaitu:
1. NAFSU KALBIAH, Nafsu Kalbiah ini mempunyai sifat anjing, yang antara lain suka memonopoli sendiri.
2. NAFSU HIMARIAH, Nafsu Himariah ini mempunyai jiwa keledai, iaitu pandai memikul namun tidak mengerti sedikit pun apa yang dipikulnya. Dengan kata lain, ia tak memahami masalah.
3. NAFSU SABU’IAH, Nafsu Sabu’iah ini pula berjiwa serigala iaitu suka-suka menyakiti atau menganiaya orang lain dengan cara apa sekalipun.
4. NAFSU FA’RIAH, Nafsu Fa’riah ini adalah seperti tikus, iaitu bangsa perusak atau seumpamanya.
5. NAFSU KHINZIRIAH, Nafsu Khinziriah ini bersifat babi, iaitu suka kepada yang kotor, busuk dan yang menjijikkan.
6. NAFSU THUSIAH, Nafsu Thusiah ini pula ialah nafsu merak iaitu suka menyombongkan diri, mempamerkan diri, berlagak, mendabik dada dan sebagainya.
7. NAFSU JAMALIAH, Nafsu Jamaliah ialah nafsu unta iaitu tidak ada rasa santun, kasih sayang, benci bersosial, tidak pedulikan kesusahan orang, yang penting dirinya selamat dan untung.
8. NAFSU DUBBIAH, Nafsu Dubbiah ini mempunyai jiwa beruang. Biarpun kuat dan gagah, tapi pendek akal atau dungu.
9. NAFSU QIRDIAH, Nafsu Qirdiah ini berjiwa beruk atau monyet iaitu apabila diberi ia mengejek, tidak diberi ia mencebek, sinis, dan suka melecehkan/memandang mudah. Ringkasnya sifat orang yang memang tidak tahu hendak bersyukur.
10. NAFSU ZATIS-SUHUMI WA HAMATI WAL-HAYATI WAL-AQRABI, Nafsu Zatis-Suhumi Wa Hamati Wal-Hayati Wal-Aqrabi ini pula berjiwa binatang penyengat berbisa sebagai ular dan kala jengking. Orang ini senang sindir-menyindir orang, menyakiti hati orang, dengki, dendam, dan seumpamanya.
No comments:
Post a Comment