Friday, February 21, 2014

JANGAN MERASA HINA DENGAN KEMISKINAN

Dari Jabir bin Abdullah r.anhum, "Sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda, "Orang-orang Muslim miskin akan masuk syurga 40 tahun lebih dulu daripada orang-orang Muslim kaya." (HR. At-Tirmidzi, bab dalil bahawa kaum Muhajirin yang miskin. Hadist no.2355). 

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W bersabda, "Orang-orang (Muslim) yang miskin masuk syurga setengah hari lebih dulu daripada orang-orang (Muslim) kaya. Setengah hari bersamaan dengan 500 tahun (menurut perkiraan dunia)." (HR. Tirmidzi, katanya, "Ini hadits Hasan shahih bab Dalil bahawa kaum Muhajirin yang miskin. Hadits no. 2353).

Keterangan: Dalam hadits yang lain disebutkan bahawa orang Muslim yang miskin akan memasuki syurga 40 tahun sebelum orang Muslim yang kaya, sedangkan menurut hadits ini dikatakan 500 tahun lebih dahulu. Secara zahir, nampak kedua hadits ini bertentangan, tetapi sebenarnya dapat diterima sebagai berikut: Perbezaan 40 tahun ini adalah bagi orang miskin yang tamak akan harta dan orang kaya yang juga tamak. Sedangkan bagi orang miskin yang zuhud perbezaannya 500 tahun daripada orang kaya yang cinta harta. (Jami'ul Ushuul IV/672)

Dari Abudallah bin Amr r.hum, dari Nabi S.A.W, beliau bersabda, "Kamu sekalian akan dikumpulkan pada hari kiamat, lalu ditanyakan, "Mana orang-orang fakir miskin dari umat ini?" Nabi S.A.W meneruskan sabdanya, "Mendengar pertanyaan itu, maka bangunlah orang-orang miskin. Lalu ditanyakan kepada mereka, apa yang menyebabkan (dengan kemiskinan kalian di dunia)?" Mereka menjawab, "Wahai Rabb kami, Engkau telah menguji kami (dengan kemiskinan), maka kami bersabar, (sementara) Engkau memberikan harta dan kekuasaan kepada orang lain." Allah berfirman, "Kamu berkata benar." Nabi S.A.W meneruskan sabdanya, "Lalu orang-orang miskin ini masuk syurga sebelum manusia lainnya, dan tinggallah para pemilik harta dan kekuasaan yang akan dihisab yang sangat berat." (HR. Ibnu Hibban).

No comments:

Post a Comment