Hadis Qudsi adalah hadis yg berisi firman Allah swt (makna hadis ini adalah dari Allah swt), sdgkan kalimatnya adalah dgn sebutan Rasulullah saw.
1) Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a, dia berkata; telah bersabda Rasulullah saw, “Ketika Allah menetapkan penciptaan makhluk, Dia menuliskan dlm kitab Nya kettpan utk diriNya sendiri: Sesungguhnya rahmatKu mengalahkan murka Ku” (HR Muslim, Bukhari, Nasai dan Ibnu Majah).
2) Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a., bahawa Nabi saw bersabda, telah Berfirman Allah taala: Ibnu Adam (anak-keturunan Adam/umat manusia) telah mendustakanku dan mrk tidak berhak utk itudan mrk mencelaku padahal mrk tidak berhak utk itu, adapun kedustaannya padaku adalah perkataannya, “Dia tidak akan menciptakankan aku kembali sbgmn Dia pertama kali menciptakan ku (tidak dibangkitkan stlh mati)”, adapun celaan mrk kpdku adalah ucapannya, “Allah telah mengambil seorg anak, (padahal) Aku adalah Ahad (Maha Esa) dan Tmpt memohon segala sesuatu (al-shomad), Aku tidak beranak dan tidak pula diperanakkan dan Tiada bagiku satupun yg menyerupai. (HR Bukhari, Nasai).”
3) Diriwayatkan dari Zaid bin Khalid al-Juhniy r.a, beliau berkata, Rasulullah saw memimpin kami solat subuh di Hudaibiyah, diatas bekas hujan yg turun mlmnya, tatkala telah selesai, Nabi saw menghadap kpd para sahabat, kemudian beliau bersabda, “Tahukah kalian apa yg telah difirman kan Tuhan kalian?”, mrk berkata, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui”, Rasulullah bersabda, “(Allah swt berfirman) Pagi ini ada sebahagian hambaKu yg beriman kpdKu dan ada yg kafir, adapun org yg mengatakan, ‘kami telah dikurniai hujan sbb keutamaan Allah (fadlilah Allah) dan kasih sygNya (rahmatNya), maka mrk itulah yg beriman kpdKu dan kafir kpd bintang2’; dan ada pun yg berkata, ‘kami telah dikurniai hujan sbb bintang ini dan bintang itu, maka mrk itulah yg kafir kpdKu dan beriman kpd bintang2’ ”. (HR Bukhari dan Nasai).
4) Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a, beliau berkata, telah bersabda Rasulullah saw, “Allah Telah Berfirman, ‘Anak2 adam (umat manusia) mengecam waktu; dan aku adalah (Pemilik) Waktu; dlm kekuasaanku mlm dan siang’ ” (HR Bukhari dan Muslim).
5) Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a, beliau berkata, telah bersabda Rasulullah saw “Telah berfirman Allah tabaraka wa taala (Yg Maha Suci dan Maha Luhur), Aku adalah zat yg Maha Mandiri, yg paling tidak memerlukan sekutu, brgsiapa beramal sebuah amal menyekutukan Aku dlm amalan itu, maka Aku meninggal kannya dan sekutunya” (HR Muslim dan Ibnu Majah).
6) Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a, beliau berkata, aku telah mendgr Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya salah seorg yg pertama di hisab di hari kiamat adalah seorg lelaki yg mati syahid kemudian disebutkan baginya semua kenikmatan2 yg diberikan kpdnya dan dia membenarkannya. Kemudia Allah swt bertanya kpdnya, ‘Apa yg kamu kerjakan dgn nikmat itu?’, lelaki itu menjawab, ‘Aku berperang utkMu hingga aku syahid’; Allah menjawab, “Kamu berdusta, engkau berperang agar org menyebutmu pemberani dan org2 telah menyebutkan demikian itu, kemudian diperintahkan (malaikat) agar dia diseret di atas wajahnya hingga smpi di neraka dan dilemparkan kedlmnya”.
Dan seorg lelaki yg mempelajari ilmu dan mengamalkannya serta dia membaca al-Quran, kemudian dia didtgkan, kemudian disebutkan nikmat2 yg diberikan kpd nya dan dia membenarkannya. Kemudian Allah bertanya, ‘Apa yg kamu kerja kan dgn nikmat2 itu?’ lelaki itu menjwb, ‘Aku mencari ilmu, mengamalkannya/mengajar kannya dan aku membaca al-Quran krnMu’. Allah berfirman, “kamu berdusta, kamu mencari ilmu itu agar disebut sbg alim dan kamu membaca al-Quran agar org menyebutmu qari dan kamu telah disebut demikian itu” kemudian diperintah kan (malaikat) kpdnya, agar dia diseret di atas wajahnya hingga smpi di neraka dan di masukkan kedlm neraka” Dan (selanjutnya) seorg lelaki yg diluaskan (rezekinya) oleh Allah. Dan dikuniakan berbagai harta kekayaan.
Kemudian dia dihadapkandan disebutkan nikmat2 yg diberikan kpdnya dan dia membenarkan nya. Kemudia Allah swt berfirman, “Apa yg kamu kerjakan dgn nikmat2 itu?”, lelaki itu menjwb, “Tidak lah aku meninggalkan jln yg aku cintai selain aku meng infakkan hartaku utkMu”, Allah swt berfirman, “Kamu berdusta, ttpi kamu me lakukan itu semua agar org menyebutmu dermawan dan kamu telah disebut demikian”. Kemudian diperintahkan kpdnya, agar dia diseret di atas wajahnya, hingga smpi dineraka dan dimasukkan ke dlmnya. (HR Muslim, Tirmizi, Nasai).
7) Diriwayatkan dari Uqbah bin Amir r.a., beliau berkata, aku mendgr Rasulullah saw bersabda, “Tuhanmu bangga terhadap seorg pengembala kambing yg berada di atas gunung/bukit, dia mengumandangkan azan utk solat dan mengerjakan solat, kemudian Allah swt (Yg Maha Perkasa dan Maha Luhur) berfirman, ‘Lihatlah hambaku ini, dia mengumandangkan azan dan medirikan solat krn takut kpdKu, maka sesungguhnya Aku telah meng ampuni hambaku inidan Aku akan memasukkannya ke dlm syurga’” (HR Nasai).
8) Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a. bhw nabi saw bersabda, “Brgsiapa mengerjakan solat dgn tanpa membaca di dlm solatnya umm al-Quran (surah al-Fatihah), maka solatnya kurang (diucapkan beliau 3 kali, sbg penegasan), tidak sempurnalah solatnya.” kemudian dismpikan kpd Abi Hurairah, sesungguh nya kami berada di blkg imam, maka beliau berkata, bacalah dgnnya (umum Quran) utk dirimu sendiri (sbg makmum ttp membaca fatihah), krn sesungguh nya aku mendgr Rasulullah saw bersabda, “Allah swt berfirman, ‘Aku membagi solat antara Aku dan hambaKu menjadi 2 bahagian. Dan bagi hambaKu apa yg dia mohonkan, maka ketika hambaku berkata (Segala Puji Hanya Bagi Allah, Tuhan semesta alam) Allah swt berfirman, Hambaku telah memujiKudan ketika seorg hamba berkata, (Yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayg) Allah swt berfirman, ‘HambaKu telah memujiku’dan ketika seorg mengucapkan, (Yg Menguasai di Hari Pembalasan), Allah swt berfirman, ‘HambaKu telah memulia kan Aku dan (Abu Hurairah) pernah mengatakan (dgn redaksi), ‘Hambaku telah berserah diri kpdku’ dan ketika seseorg berkata, (Hanya kpd Engkau kami menyembah dan hanya kpd Engkau kami memohon pertolongan), Allah swt berfirman, ‘ini adalah bhgKu dan bhg hambaKudan bagi hambaKu apa yg dimintanya’dan ketika seseorg berkata,: (Tunjukilah kami jln yg lurus, (iaitu) Jln org2 yg telah Engkau beri nikmat kpd mrk bukan (jln) mrk yg dimurkai dan bukan (pula jln) mrk yg sesat), Allah swt berfirman, ‘Ini adalah bagi hambaku dan bagi hambaku apa yg dia pinta.” (HR Muslim, Imam Malik, Tirmizi, Abu Daud, Nasai dan Ibnu Majah).
9) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., beliau berkata, telah bersabda Rasulullah saw , “Sesungguhnya perkara/amal seorg hamba yg dihisab pertama kali adalah solatnya. Seandainya (solatnya) baik, maka benar2 paling beruntung dan berjaya dan seandainya (solatnya) buruk, maka dia benar2 akan kecewa dan merugi dan seandainya kurang sempurna solat fardunya, Allah ‘azza wa jalla berfirman, ‘lihatlah apakah bagi hambaku ini (ada amal) solat sunnah (mempunyai solat sunnah) yg dpt menyempurnakan solat fardu nya,’ kemudian begitu juga terhadap amal2 yg lainnya juga diberlakukan demikian” (HR Tirmizi, Abu Daud, An-Nasai, Ibn Majah dan Imam Ahmad.)
10) Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a dari Nabi saw, beliau bersabda, ”Allah Azza wa Jalla berfirman, ‘Puasa itu utkKu dan Aku yg akan memberikan ganjarannya, disbbkan seseorg menahan syahwatnya dan makannya serta minumnya krnKu dan puasa itu adalah perisai dan bagi org yg berpuasa 2 kebahagiaan iaitu kebahagian saat berbuka dan kebahagiaan ketika bertemu dgn Tuhannya dan bau mulut org yg berpuasa lebih harum disisi Allah, dpd bau kasturi’ ” (HR Bukhari, Muslim, Imam Malik, Tirmizi, Nasai dan Ibnu Majah.)
11) Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda, “Allah Subhanahuwa taala berfirman, berinfaklah wahai anak adam, (jika kamu berbuat demikian) Aku memberi infak kpd kalian”. (HR Bukhari dan Muslim).
12) Diriwayatkan dari Abu Mas’ud al-Anshari r.a., beliau berkata, telah bersabda Rasulullah saw “Ada seorg lelaki seblm kalian yg dihisab dan tidak ditemukan satupun kebaikan ada padanya kecuali bahawa dia adalah org yg bnyk bergaul dgn manusia dan dia org yg lapang (berkecukupan) serta dia memerintahkan kpd pegawai2nya utk membebaskan org2 yg kesulitan (dari membayar hutang), kemudian Rasulullah bersabda, Allah swt berfirman, ’Kami lebih berhak utk berbuat itu dpd dia, bebaskan dia’ ” (HR Muslim, Bukhari dan Nasai).
13) Diriwayatkan dari ‘Adiy ibn Hatim r.a., beliau berkata, ketika aku sdg berada disamping Rasulullah saw, kemudian dtglah dua org lelaki, salah satunya mengadukan ttg kemiskinandan lelaki yg lainnya mengadukan ttg perompakan di jln, kemudian Rasulullah saw bersabda, “Adapun mengenai perompakan, sesungguhnya kelak dlm waktu yg tidak lama, akan dtg suatu masa, ketika sebuah kafilah tidak memerlukan pengawal saat menuju Mekah dan adapun ttg kemiskinan, tidak akan dtg hari Kiamat, sehingga seorg diantara kalian berdiri utk mencari org yg mau menerima sedekah, namun tidak dpt menemu kan seorgpun yg mau menerimanya, kemudian (dihari kiamat) setiap org diantara kalian akan berdiri dihadapan Allah, yg Tiada diantara nya dan Allah hijab/tabirdan tidak pula ada penerjemah yg menerjemahkan utk org tersebut, kemudian Allah swt berfirman, ‘bukankah Aku telah memberimu harta?’ kemudian org itu menjawab, ‘benar’, kemudian Allah swt berfirman, ‘bukankah telah aku utus kpdmu seorg Rasul?’, lalu org itu menjawab, ‘benar’, kemudian ia melihat ke arah kanannya, maka ia tidak mendpti kecuali Neraka, kemudian dia melihat ke arah kirinya dan tidak mendpti kecuali Neraka. Maka jagalah diri-diri kalian dari api Neraka, meskipun dgn separuh buah kurmadan jika dia tidak mendpti nya (kurma/barang utk bersedekah) maka (bersedahlah) dgn perkataan yg baik” (HR Bukhari.)
14) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi saw bersabda, sesungguh nya Allah tabaaraka wa taala (Maha Memberkati dan Maha Tinggi) memiliki bnyk malaikat yg selalu mengadakan perjlnan yg jumlahnya melebihi malaikat pencatat amal, mrk sentiasa mencari majlis2 zikir. Apbi mrk mendpti satu majlis zikir, maka mrk akan ikut duduk bersama mrk dan mengelilingi dgn sayap2nya hingga memenuhi jarak antara mrk dgn langit dunia. Apb para peserta majlis telah berpencar mrk naik menuju ke langit. Beliau melanjutkan: Lalu Allah Yg Maha Mulia lagi Maha Agung menanyakan mrk padahal Dia lebih mengetahui dpd mrk: Dari manakah kamu sekalian? Mrk menjawab: Kami dtg dari tmpt hamba2Mu di dunia yg sdg mensucikan [Tasbih], mengagungkan [Takbir], membesarkan [Tahlil], memuji [Tahmid] dan memohon kpd Engkau. Allah bertanya lagi: Apa yg mrk mohonkan kpd Aku? Para malaikat itu menjawab: Mrk memohon syurgaMu. Allah bertanya lagi: Apakah mrk sudah pernah melihat syurgaKu? Para malaikat itu menjawab: Blm wahai Tuhan kami. Allah ber firman: Apalagi jika mrk telah melihat syurgaKu? Para malaikat itu berkata lagi: Mrk juga memohon perlindungan kpdMu. Allah bertanya: Dari apakah mrk memohon perlindunganKu? Para malaikat menjawab: Dari nerakaMu, wahai Tuhan kami. Allah bertanya: Apakah mrk sudah pernah melihat nerakaKu? Para malaikat menjawab: Blm. Allah berfirman: Apalagi seandainya mrk pernah melihat nerakaKu? Para malaikat itu melanjutkan: Dan mrk juga memohon ampunan dariMu. Beliau bersabda, kemudian Allah berfirman: Aku sudah mengampuni mrk dan sudah memberikan apa yg mrk minta dan Aku juga telah memberi kan perlindungan kpd mrk dari apa yg mrk takutkan. Beliau melanjut kan lagi lalu para malaikat itu berkata: Wahai Tuhan kami! Di antara mrk terdpt si Fulan iaitu seorg yg penuh dosa yg kebetulan lewat lalu duduk ikut berzikir bersama mrk. Beliau berkata, lalu Allah menjawab: Aku juga telah mengampuni nya krn mrk adalah kaum yg tidak akan sengsara org yg ikut duduk bersama mrk. (HR Muslim, Bukhari, Tirmizi dan Nas’i).
15) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., beliau berkata, telah bersabda Rasulullah saw “Telah berfirman Allah swt, ‘Aku adalah sbgmn prasangka hambaku kpdku,dan Aku bersamanya ketika dia mengingatku dan jika hambaku mengingatku dlm sendirian, maka Aku mengingatnya dlm diriKu sendiridan jika dia mengingatku di dlm sebuah jamaah, (maka) Aku mengingatnya dlm kelompok yg lebih baik dari kelompok tersebutdan jika dia mendkt kpdKu sejengkal, Aku mendkt kpdnya sehasta dan jika dia mendkt kpdku sehasta, Aku mendkt kpdnya satu depadan jika dia mendtgiku dgn berjln, Aku mendtginya dgn berlari’ ”(HR Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Ibnu Majah).
16) Diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas r.a, dari Nabi saw, Sesungguhnya Allah menulis semua kebaikan dan keburukan. Brgsiapa berkeinginan berbuat kebaikan, lalu dia tidak melakukannya, Allah menulis di sisiNya pahala satu kebaikan sempurna utknya. Jika dia berkeinginan berbuat kebaikan, lalu dia melakukannya, Allah menulis pahala 10 kebaikan smpi 700 kali, smpi berkali lipat bnyknya. Brgsiapa berkeinginan berbuat keburukan, lalu dia tidak melaku kannya, Allah menulis di sisiNya pahala satu kebaikan sempurna utknya. Jika dia berkeinginan berbuat keburukan, lalu dia melakukannya, Allah menulis satu keburukan saja. (HR Bukhari dan Muslim).
17) Dari Abu Zar Al Ghifari r.a dari Rasulullah saw sbgmn beliau riwayatkan dari Rabbnya Azza Wajalla bahawa Dia berfirman : Wahai hambaku, sesungguhya aku telah mengharamkan kezaliman atas diriKu dan Aku telah menetapkan haramnya (kezaliman itu) diantara kalian, maka jgnlah kalian saling berlaku zalim. Wahai hambaku semua kalian adalah sesat kecuali siapa yg Aku beri hidayah maka mintalah hidayah kpdKu nescaya Aku akan memberi kan kalian hidayah. Wahai hambaku, kalian semuanya kelaparan kecuali siapa yg aku berikan kpdnya makanan maka mintalah makan kpdKu nescaya Aku beri kan kalian makanan. Wahai hambaKu, kalian semuanya telanjang kecuali siapa yg aku berikan kpdnya pakaian maka mintalah pakaian kpdKu nescaya Aku berikan kalian pakaian. Wahai hambaKu kalian semua nya melakukan kesalahan pada mlm dan siang hari dan Aku mengampuni dosa semua nya, maka minta lah ampun kpdKu nescaya akan Aku ampuni. Wahai hambaKu sesungguhnya Tiada kemudaratan yg dpt kalian lakukan kpdKu sbgmn Tiada kemanfaatan yg kalian berikan kpdKu. Wahai hambaKu seandainya sejak org pertama diantara kalian smpi org terakhir dari kalangan manusia dan jin semuanya berada dlm keadaan paling bertakwa diantara kamu, nescaya hal tersebut tidak menambah kerajaanKu sedikitpun. Wahai hambaKu seandainya sejak org pertama diantara kalian smpi org terakhir dari golongan manusia dan jin diantara kalian semuanya spt org yg paling durhaka diantara kalian, nescaya hal itu tidak mengurangi kerajaanKu sedikitpun juga. Wahai hambaKu, seandai nya sejak org pertama diantara kalian smpi org terakhir semuanya berdiri di sebuah bukit lalu kalian meminta kpdKu, lalu setiap org yg meminta Aku penuhi, nescaya hal itu tidak mengurangi apa yg ada padaKu kecuali bagaikan sebuah jarum yg dicelupkan di tengah lautan. Wahai hambaKu, sesungguhnya semua perbuatan kalian akan diperhitungkan utk kalian kemudian diberikan balasan nya, siapa yg bnyk mendptkan kebaikan maka hendaklah dia bersyukur kpd Allah dan siapa yg menemukan selain (kebaikan) itu jgnlah mencela kecuali dirinya. (HR Muslim, Tirmizi dan Ibn Majah).
18) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., beliau berkata, telah bersabda Rasulullah saw, sesungguhnya Allah Azza wa Jalla kelak dihari kiamat akan berfirman, “Wahai anak cucu Adam, aku sakit dan kamu tidak menjengukku”, ada yg berkata, “Wahai Tuhanku, bgmn kami menjengukMu sdgkan Engkau adalah Tuhan Semesta Alam”, Allah berfirman, “Tidakkah engkau tahu, sesungguhnya hambaku ya bernama Fulan sakitdan kamu tidak menjenguk nya? Tidakkah engkau tahu, sesungguhnya jika kamu menjenguknya, engkau akan mendptiku didktnya. Wahai anak cucu adam, aku meminta makanan kpdmu, namun kamu tidak memberiku makanan kpdKu”, ada yg berkata, “Wahai Tuhanku, bgmn kami dpt memberi makan kpdMu sdgkan Engkau adalah Tuhan Semesta Alam?” Allah swt berfirman, “Tidakkah engkau tahu, sesungguhnya hambaku fulan meminta makanan dan kemudian kalian tidak memberinya makanan? Tidakkah engkau tahu, seandainya engkau memberi nya makanan, benar2 akan kau dpti perbuatan itu di sisiKu. Wahai anak cucu adam, Aku meminta minum kpdmu, namun engkau tidak memberiKu minum”, ada yg berkata, “Wahai Tuhanku, bgmn kami memberi minum kpdMu sdgkan Engkau adalah Tuhan Semesta Alam?” Allah swt berfirman, “Seorg hambaku yg bernama fulan meminta minum kpdmu, namun tidak engkau beri minum, tidakkah engkau tahu, seandai nya engkau memberi minum kpdnya, benar2 akan kau dpti amal itu di sisi-Ku” (HR Muslim).
19) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, beliau berkata, Rasulullah saw bersabda, “Allah ‘Azza wa Jalla berfirman, ‘Kesombongan adalah seledangku dan keagungan adalah kain(sarung)ku, brgsiapa bersaing (turut memiliki) dlm salah satu dari kedua hal tersebut, maka benar2 akan aku lemparkan dia di dlm neraka’ ” (HR Abu Daud, Ibn Majah dan Imam Ahmad).
20) Dari Abu Hurairah r.a., bahawasannya Rasulullah saw telah bersabda, “pintu2 syurga dibuka pada hari Isnin dan hari khamis, maka diampunilah setiap hamba yg tidak mensekutukan Allah dgn sesuatu apapun, kecuali seorg lelaki yg diantaranya dan saudaranya bermusuhan, maka dikatakan kpdnya, tundalah hingga keduanya berdamai, tundalah hingga keduanya berdamai, tundalah hingga keduanya berdamai ”. (HR Muslim, Imam Malik dan Abu Daud).
21) Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw, beliu bersabda, “Allah Taala berfirman: Ada 3 jenis org yg Aku menjadi musuh mrk pada hari qiyamat, seseorg yg bersumpah atas namaku lalu mengingkarinya, seseorg yg menjual org yg telah merdeka lalu memakan (wang dari) harganya dan seseorg yg memperkerjakan pekerja kemudian pekerja itu menyelesaikan pekerjaannya namun tidak dibayar upahnya” (HR Bukhari, Ibnu Majah dan Imam Ahmad).
22) Diriwayatkan dari Abu Sa’id r.a., beliau berkata, Rasulullah saw telah bersabda, ““Jgnlah salah seorg mencela dirinya sendiri.” Mrk bertanya, “Wahai Rasulullah, bgmn seseorg mencela dirinya sendiri?” Beliau menjawab: “Dia melihat perkara Allah diperbincangkan, lalu dia tidak mengatakan (pembelaan) kpdnya, maka Allah swt akan berkata kpdnya kelak di hari Kiamat; ‘Apa yg mencegahmu utk mengatakan begini dan begini! ‘ lalu ia menjawab, ‘Saya takut terhadap manusia’. Maka Allah pun berfirman: ‘Aku lebih berhak utk kamu takuti’.” (HR Imam Ibnu Majah dgn sanad yg sahih).
23) Dari Abi Hurairah r.a, beliau berkata, telah bersabda Rasulullah saw, sesungguhnya Allah swt berfirman di hari kiamat, “Dimanakah org2 yg saling mencintai krnKu, dihari ini (kiamat) aku menaungi mrk dlm naunganku, dihari dimana Tiada naungan kecuali naunganku” (HR Bukhari dan Imam Malik).
24) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., beliau berkata, Rasulullah saw ber sabda, “Sesungguhnya jika Allah mencintai seorg hamba, Dia mmggil Jibril dan berfirman, ‘Sesunguhnya aku mencintai fulan, maka cintailah dia.’”, Rasulullah selanjutnya bersabda, maka Jibril pun mencintainya, kemudian Jibril menyeru penduduk langit, “Sesungguhnya Allah mencintai fulan, maka cintailah dia”, maka para penghuni langit pun mencintainya, selanjutnya Rasulullah saw bersabda, “dan kemudian dibumi diapun menjadi org yg diterima”. Dan ketika Allah membenci seorg hamba, maka Dia mmggil Jibril dan kemudian berfirman, “Sesungguhnya aku membenci si fulan, maka bencilah dia”, maka Jibril pun membenci si Fulan, kemudia Jibril menyeru penduduk langit, “sesungguhnya Allah membenci si fulan, maka bencilah dia”, Rasulullah saw melanjutkan, “maka penduduk langit pun membenci fulan, kemudian diapun dibenci di bumi”. (HR Muslim, Bukhari, Malikdan Tirmizi).
25) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., beliau berkata, telah bersabda Rasulullah saw, sesungguhnya Allah ‘azza wa jalla berfirman, “Siapa yg memusuhi seorg kekasihku, maka Aku menyatakan perang kpdnyadan tiada mendkt kpdku seorg hambaku, dgn sesuatu yg lebih kusukai dpd melaksana kan kewajibannyadan selalu hambaku mendkt kpdku dgn melakukan sunnah2 sehingga Aku sukai, maka apb Aku telah kasih kpdnya, Akulah yg menjadi pendgrannya dan penglihatannyadan sbg tgn yg digunakannya dan kaki yg dijlnkannyadan apb ia memohon kpdku pasti kukabulkan dan jika perlindung kpdku pasti kulindungi” (Hadis riwayat Bukhari).
26) Diriwayatkan dari Abi Umamah r.a., dari Nabi saw, beliau bersabda, Allah Azza Wa Jalla berfirman, Sesungguhnya wali-wali (para kekasih) yg terbaik menurutku adalah seorg mukmin yg ringan kondisinya, punya bhg dari solat, menyembah Tuhannya dgn baik, menaatiNya saat sepi (dlm keadaan sirri/tersembunyi), tidak dikenali org dan tidak ditunjuk dgn jari, rezekinya mencukupi (hanya cukup bagi dirinya sendiri) lalu ia bersabar atas hal itu”. Stlh itu beliau SAW mengetuk2kan tgn beliau, kemudian beliau bersabda, “Kematiannya dipercpt, sedikit wanita yg menangisi dan sedikit harta peninggalan nya.” (HR At-Tirmizi, Imam Ahmad dan Ibnu Majah).
27) Dari Masyruq, beliau berkata: kami bertanya (atau aku bertanya) kpd Abdullah, maksudnya adalah Abdullah Ibn Mas’ud mengenai ayat berikut: Jgnlah kamu mengira bahawa org2 yg gugur di jln Allah itu mati; bahkan mrk itu hidup disisi Tuhannya dgn mendpt rezeki. (Ali-Imran:169). Ibnu Abbas berkata, ketahuilah sesunguhnya aku benar2 telah menanyakan ayat tersebut (kpd Rasulullah saw), maka beliau bersabda, “ruh-ruh mrk didlm burung2 berwarna hijau yg memiliki pelita2 yg tergantung di Arasy, (ruh mrk) terbang ke syurga sesuai kehendak mrk dan kemudian kembali ke pelita, kemudian Tuahan mrk mendtgi mrk dan berfirman, ‘Apakah ada sesuatu yg kalian inginkan?’, mrk menjawab, ‘adakah lagi yg kami inginkan, sdgkan kami bebas terbang ke syurga sekehendak kami’dan hal tersebut ditanyakan kpd mrk 3 kalidan ketika mrk menyadari bahawa mrk tidak akan ditinggal kan (tidak ditanya lagi) hingga mrk meminta sesuatu, mrk selanjutnya berkata, ‘Wahai Tuhan kami, kami berharap kiranya Engkau kembalikan ruh kami ke dlm jasad kami, hingga kami terbunuh kembali di jlnMu utk kedua kalinya’, tatkala Allah melihat bahawa mrk tidak memiliki hajat/keinginan lain lagi, maka mrk ditinggalkan (tidak ditanya lagi)”. (HR Muslim, Tirmizi, An-Nasai dan Ibnu Majah).
28) Dari Jundub ibn Abdillah r.a., beliau berkata, telah bersabda Rasulullah saw, “Terdpt seseorg lelaki dari org2 seblmmu yg memiliki luka, kemudian dia meng ambil pisau dan melukai tgnya, maka darahnya pun terus mengalir keluar hingga dia meninggal, Allah swt berfirman, ‘hambaku telah bergegas menemui ku krn ulahnya, maka aku haramkan baginya syurga ‘” (HR Bukhari).
29) Dari Abu Hurairah r.a., sesungguhnya Rasululah saw bersabda, Allah swt telah berfirman, ‘Tiada bagi hambaku yg beriman balasan dariKu, ketika aku ambil org yg saling dia sygi (kekasihnya) dari penduduk dunia, kemudian dia mengharapkan keridhaan Allah (balasan pahala dari Alah), kecuali (pasti akan Ku balas dgn) syurga’. (Diriwayatkan oleh Bukhari).
30) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah saw bersabda, Allah ‘Azza wa Jalla berfirman, “Ketika hambaku menyukai utk bertemu dgnku, akupun senang utk bertemu dgnnyadan ketika hambaku benci utk bertemu dgnku, akupun benci bertemu dgnnya” (diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Malik.). (Dan di dlm riwayat Imam Muslim, yg menjelaskan makna hadis tersebut): dari Aisyah r.anha, beliau berkata, telah bersabda Rasulullah saw: brgsiapa senang bertemu dgn Allah, Allah pun juga senang bertemu dgnnya dan brgsiapa yg benci bertemu dgn Allah, Allah pun juga benci bertemu dgnnya. Aku (Aisyah r.a) pun bertanya, “Wahai Nabi Allah, aku membenci mati? kita semua membenci kematian”, Rasulullah saw bersabda, “Tidak demikian (maksudnya), akan ttp, seorg mukmin ketika diberikan khabar gembira dgn rahmat Allah, keredaanNya dan syurgaNya, maka dia pun senang bertemu dgn Allah dan Allah pun senang bertemu dgnnya, sdgkan org kafir ketika diberitakan kpd mrk dgn azab Allah dan murkaNya maka mrk benci bertemu dgn Allahdan Allah pun juga benci bertemu dgn mrk”.
31) Diriwayatkan dari Jundub r.a., bhw Rasulullah saw diberitakan bhw seseorg berkata, “Demi Allah, Allah tidak akan mengampuni fulan” dan sesungguhnya Allah swt berfirman, “siapakah yg telah bersumpah dgn namaKu, bahawa aku tidak akan mengampuni fulan, sesungguhnya aku benar2 mengampuni fulan dan Aku membatalkan amal2mu”atau spti sabda yg serupa kalimat tersebut. (HR Muslim).
32) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw, beliau bersabda, seorg lelaki yg telah berbuat melampau batas atas dirinya sendiri, maka ketika ajalnya akan dtg, dia berwasiat kpd anaknya, kemudian dia berwasiat: Ketika aku telah mati, bakarlah (jasad) aku, kemudian hancurkanlah smpi halus, selanjutnya sebarkanlah abu (jasad)ku di udara di laut, krn, demi Allah seandainya Allah menetapkan kpdku utk mengazabku, Dia akan mengazabku dgn azab yg blm pernah ditimpakan kpd seorgpun (selainku). Maka mrk melakukan apa yg diwasiatkan kpdnya. Kemudian Allah berfirman kpd bumi, Kumpulkanlah apa yg telah kamu ambil, maka ketika lelaki itu berdiri (dibangkitkan kembali), selanjut nya Allah berfirman, “Apa yg mendorongmu utk melakukan perbuatan ter sebut?”, lelaki itu menjawab, “krn aku takut ( خشي ) kpdMu wahai Tuhanku, (dlm kalimat lain: krn aku takut kpdMu dgn menggunakan خائف )”. maka Allah pun mengampuni lelaki tersebut disbbkan hal tersebut (krn rasa takut kpd Allah). (HR Muslim, Bukhari, An-Nasai dan Ibn Majah).
33) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw, salah satu dari yg di wahyukan dari Tuhannya ‘Azza wa Jalla, adalah sabdanya, “telah berbuat dosa seorg hamba dgn suatu perbuatan maksiat/dosa, kemudian dia berkata, Ya Tuhanku ampunilah bagiku dosaku. Maka Allah swt berfirman, ‘hambaku telah berbuat dosa dgn suatu perbuatan dosadan dia mengetahui bahawa Tuhannya maha mengampuni dosa dan menghukum perbuatan dosa.’, kemudian hamba tersebut berbuat dosa kembalidan kemudian berdoa (lagi) iaitu: Tuhanku, ampunilah bagiku dosaku. Maka Allah swt berfirman, ‘hambaku melakukan perbuatan dosadan dia mengetahui bahawa Tuhannya mengampuni dosa dan mengazab perbuatan dosa’. Kemudian hamba tersebut berbuat dosa kembali dan kemudian berdoa kembali iaitu: Tuhanku, ampuni lah bagiku dosaku, maka Allah tabaraka wa taala berfirman, ‘hambaku telah berbuat dosadan dia tahu , dia memiliki Tuhan yg Mengampuni dosa dan mengazab perbuatan dosa. Lakukanlah apa yg kamu kehendaki, krn aku benar2 telah mengampunimu’ ”. (HR Bukhari dan Muslim).
34) Diriwayatkan dari Anas r.a., beliau berkata, aku mendgr Rasulullah saw bersabda, Allah swt berfirman, “Wahai anak cucu Adam, sesungguhnya bagimu apa yg kamu pintakan kpdku dan kamu mohonkan kpdku, aku mengampunimu atas apa yg ada padamu dan aku tidak memperdulikannya (berapa besar dan bnyk dosa yg ada padamu), wahai anak adam, seandainya engkau dtg dgn dosa2mu sebnyk awan di langit, kemudian engkau memohon ampunanku, maka aku mengampunimu, wahai anak cucu Adam, sesungguhnya seandainya engkau dtg kpdku dgn dosa sepenuh bumi, kemudian engkau menemuiku dgn tanpa menyekutukanku sama sekali, maka kutemui engkau dgn ampunan sejumlah itu pula”. (HR at-Tirmizi, Imam Ahmad)
35) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah saw bersabda, Tuhan kita swt setiap mlm turun ke langit dunia ketika sptga mlm terakhir, kemudian berfirman, “Brgsiapa berdoa kpdku, akan aku kabulkan dan brgsiapa meminta kpdku, maka akan aku beridan brgsiapa memohon ampunanku, maka aku ampuni”. (HR Bukhari, Muslim, Imam Malik, Tirmizi dan Abu Dauddan dlm riwayat Muslim, dgn tambahan: Allah turun (di langit dunia) hingga terbitnya fajar.)
36) Diriwayatkan dari Anas r.a., dari Nabi saw, beliau bersabda: org2 yg beriman berkumpul pada hari kiamat, kemudian berkata, “Hendaknya kita memohon pertolongan kpd Tuhan kita”, kemudian mrk mendtgi Nabi Adam dan berkata, “Engkau adalah ayah umat manusia, Allah swt telah menciptamu dgn TgnNya dan telah bersujud kpdmu para Malaikat dan engkau telah diajarkan (oleh Allah swt) nama2 segala sesuatu, maka mintakanlah pertolongan bagi kita kpd Tuhanmu sehingga kita boleh beristirahat dari tmpt kita ini”, Nabi Adam menjawab, “Aku tidak dpt menolong kalian (memintakan pertolongan kpd Allah),” dan kemudian Nabi Adam menyebutkan kesalahan2nya dan diapun merasa malu (kpd Allah, utk memintakan pertolongan) kemudian dia berkata, “Pergilah menemui Nuh, krn sesungguh nya dia adalah Rasul pertama yg diutus Allah kpd penduduk bumi”, kemudian mrk pun mendtgi Nabi Nuh, maka Nuh a.s pun menjawab, “Aku tidak dpt menolong kalian”, kemudian dia menyebutkan kesalahannya yg mempertanyakan sesuatu yg dia Tiada pengetahuan ttgnya, krn itu dia merasa malu (utk memintakan pertolongan), kemudian Nabi Nuh berkata, “Temuilah Kekasih Allah Yg Maha Pengasih (Khalilullah, Nabi Ibrahim a.s)”, mrkpun menemuinya. Nabi Ibrahim pun menjawab, “Aku tidak dpt menolong kalian”, kemudian beliau berkata, “Temuilah Musa, seorg hamba yg Allah bercakap dgnnya dan diturunkan kpdnya Taurat”, mrkpun menemui nabi Musa a.s.dan beliau pun menjawab, “Aku tidak dpt menolong kalian”, kemudian beliau menyebutkan kesalahan nya yg telah membunuh seorg manusia utk menyelamatkan diri yg lain. Dan beliau merasa malu kpd Tuahnnya. Kemudian Nabi Musa berkata, “Temuilah Isa, hamba Allah dan RasulNya, kalimat Allah dan Ruhullah”, kemudian mrk pun menemui Nabi Isa a.s, Nabi Isa pun menjawab, “Aku tidak dpt menolong kalian, temuilah Muhammad, seorg hamba Allah yg telah diampuni dosa2nya baik yg telah lalu maupun yg akan dtg”, maka mrkpun menemuiku (Nabi Muhammad saw), maka akupun berangkat (menemui Allah) sehingga meminta izin kpd Tuhanku maka Dia memberikan izin kpdku. Dan ketika aku melihat Tuhanku, akupun jatuh bersujud dan Dia pun membiarkanku selama yg dikehendakiNya, kemudian Allah swt berfirman, “Angkatlah kepalamu dan mintalah, Aku akan berikan (yg kau pinta)dan berkatalah, maka perkataanmu akan didgrkan dan mintakanlah syafaat dan syafaatmu akan dikabul kan”, maka akupun meng angkat kepalaku dan aku memuji Allah dgn segenap pujian yg telah Allah beritahu kpdku, kemudian aku memberikan syafaat dan Allah menetapkan bagiku batasan (jumlah org yg dpt diberi syafaat), kemudian mrk semua dimasukkan ke dlm syurga. Kemudian aku kembali menghadap Allah swt dan ketika aku melihat Tuhanku (aku pun jatuh bersujud) sbgmn seblm nya. Kemudian aku memberikan syafaat dan Allah swt menetapkan bagiku batasan (jumlah org yg diberi syafaat), maka mrk semua kemudian dimasukkan ke dlm syurga. Kemudian aku kembali menghadap Allah swt utk ke3, keempat, hingga aku berkata, “Tidak tersisa di dlm neraka kecuali org2 yg telah dittpkan di dlm al-Quran,dan org2 yg dittpkan kekal di dlmnya.” dan di dlm riwayat yg lain oleh Imam Bukhari, dgn tambahan: Nabi saw bersabda: dikeluarkan dari api neraka, seseorg yg pernah berkata: LAA ILAHA ILALLAH dan di dlm hatinya terdpt kebaikan seberat biji jagung dan kemudian juga dikeluarkan dari api neraka, seseorg yg pernah berkata LAA ILAHA ILALLAH dan di dlm hatinya terdpt kebaikan seberat biji gandum dan juga dikeluarkan dari neraka seseorg yg pernah berucap LAA ILAHA ILALLAH dan di dlm hatinya ada kebaikan seberat biji sawi. (HR Bukhari, Muslim, Tirmizidan Ibnu Majah),
37) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., beliau berkata, telah bersabda Rasulullah saw, telah berfirman Allah swt, “Aku telah mempersiapkan bagi hambaku yg soleh, syurga yg tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didgr oleh telingadan tidak pernah terlintas di benak manusia”, Abu Hurairah selanjutnya berkata, maka bacalah jika kamu kehendaki: “seorg pun tidak mengetahui apa yg disembunyikan utk mrk iaitu (bermcm2 nikmat) yg menyedapkan pandangan mata” (QS As-Sajadah:17) (HR Bukhari, Muslim,Tirmizi dan Ibnu Majah.)
38) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah saw bersabda, ketika Allah menciptakan syurga dan neraka, Dia mengutus Jibril utk melihat nerakadan kemudian berfirman: Lihatlah apa yg ada di dlmnya dan kenikmatan yg aku janjikan kpd penghuninya di dlmnya. Baginsa melanjutkan: Kemudia Jibril dtg ke syurga dan melihat di dlmnya dan pada kenikmatan ya disiapkan oleh Allah swt kpd para penghuninya di dlmnya, kemudian Rasulullah saw mengatakan: kemudian Jibril kembali kpd Allah swt dan berkata, “Demi kemuliaanMu, tidak seorgpun yg mendgr ttgnya, kecuali akan memasukinya”. Kemudian Allah swt memerintahkan utk menyelimuti syurga dgn perkara2 yg dibenci (berbagai kesulitan), kemudian Allah swt berfirman (kpd Jibril): kembali lah ke syurgadan lihatlah apa yg telah aku persiapkan utk para penghuninya di dlmnya. Rasulullah saw melanjutkan, “kemudian kembalilah Jibril ke syurga, maka ketika dia smpi di sana, benar2 (syurga) telah terlingkupi dgn berbagai kesulitan, kemudia Jibril kembali menemui Allah swt dan berkata, ‘Demi KemuliaanMu, aku benar2 khuatir, bahawa tidak akan seorgpun masuk ke dlmnya’. Kemudian Allah swt berfirman, ‘Pergilah ke nerakadan lihatlah di dlmnya dan perhatikan terhadap apa yg aku persiapkan bagi para penghuni nya’. kemudian ketika Jibril smpi di neraka, dia melihat neraka terdiri dari beberapa tingkatan, yg satu di bwh yg lain, kemudian dia kembali menemui Allah swt dan berkata, ‘Demi KemuliaanMu, tidak seorg pun yg mendgr ttgnya akan memasukinya’. Kemudian Allah swt memerintahkan utk menyelimuti Neraka dgn syahwat/kesenangandan kemudian berfirman kpd Jibril, ‘Kembali lah ke Neraka’, kemudian Jibril pun kembali ke Nerakadan kemudian berkata, ‘Demi KemuliaanMu, hamba benar2 khuatir, tidak seorg pun terbebas kecuali akan memasukinya’” (HR At-Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah).
39) Diriwayatkan dari Abi Sa’id al-Khudri r.a, dari Nabi saw, beliau bersabda, “syurga dan neraka berdebat, kemudian neraka berkata: ‘bahagianku (aku dimasuki) org2 yg suka menindas dan sombong’dan syurga berkata, ‘bahagian ku org2 yg lemah dan org2 miskin’, maka Allah memberi keputusan diantara mrk, ‘Sesungguhnya engkau syurga adalah kasih sygku, dgnmu aku kasihi siapa saja yg aku kehendaki dan engkau neraka adalah azabku, dgnmu aku mengazab siapa saja yg aku kehendakidan bagi kamu berdua, akulah yg menentukan isinya’”. (HR Muslim, Bukhari dan Tirmizi).
40) Diriwayatkan dari Abi Sa’id al-Khudri r.a., beliau berkata, telah bersabda Nabi saw, sesungguhnya Allah berfirman (kpd semua penduduk syurga), “Wahai para penghuni syurga”, mrk menjawab, “Kami dtg memenuhi panggilan mu wahai Tuhan kami dan kebaikan ada dlm kekuasaanMu”, Allah berfirman, “Apakah kalian redha/puas (terhadap segala nikmatKu)?”, mrk menjawab, “apakah lagi yg membuat kami tidak redha wahai Tuhanku, sdgkan engkau benar2 telah memberikan nikmat yg tidak engkau berikan kpd seorg lainpun dari makhlukmu”, kemudian Allah berfirman, “maukah kalian aku berikan nikmat yg lebih baik dari itu semua?”, mrk menjawab, “Wahai Tuhanku, nikmat yg mana lagikah yg lebih utama dari nikmat itu semua?”, Allah swt berfirman, “Aku melimpahkan kpdmu keredhaanKu, maka tidak akan ada lagi kemurkaan ku pada kalian stlh ini, selamanya”. (HR Bukhari, Muslim & Tirmizi).
No comments:
Post a Comment