Thursday, March 5, 2015

AMALAN DARI MARKAZ REIWIND-BHAI WAHAB

1). Setiap hari membaca surat Al An’am 1-3 fadhilahnya akan dikawal 70 ribu malaikat yang membawa pukulan dan siap memukul syaitan apabaila berusaha membuat rasa was-was. Rasa was-was ialah rasa yang menjadikan barang yang manfaat terlihat mudarat dan barang yang mudarat terlihat manfaat.

2). Setiap Malam Jumaat hendaklah membaca 1000 kali surat Al-Ikhlas, fadhilatnya sebelum kematian akan diperlihatkan tempat kedudukannya di Syurga

3). Setiap hari baca surat Al Ikhlas 12 kali maka akan dibangunkan Istana di Syurga. Membaca Bismillahirrohmanirohim disambung dengan Al Hamdulillah ja

بسم الله الرحمن الرحيم الحمد الله رب العالمين

(Perhatikan bacaan yang disambung Milham ..) maka tak akan tersungkur ke neraka

4). Setelah solat Isya:

اللهم اغفرلى وللمؤمنين و المؤمنات

(Allahummaqfirli walil Mu’miniina Wal Mu’minat)

fadhilatnya akan dapat pahala orang Islam beramal seluruh Dunia Bacalah sebanyak 25 kali,

5). Bacalah

بسم الله الذى لا يضرّه مع اشمه شئ فى الارض ولا فى السماء وهو السميع العليم .

(Bismillahi la yadhurruhu ma’a ismihi syai’un fil ardhi wala fisd Samaa i wahuwas sami’un alim)

Sebanyak 11 kali maka akan dijaukan dari semua kemudhorotan dalam hidup kita

6). Bacalah 11 kali, akan selamat dari gempa bumi, tsunami dsb

 وجعلنا فى الارض رواسي ان تميد بهم

(Wa ja’alna fil ardhi Roasiya an tamida bihim)

7). Bacalah 313 kali maka orang yang memusuhi Islam baik Yahudi Nasrani, Munafiqin akan dihancurkan Allo SWT.

 اللهم نجعلك فى نحورهم ونعوذ بك من شرورهم

 (Allohumma inna naj’aluka fi nuhurim wa nauzu bika min syururihim).

8). Bacalah 2 ayat akhir Surat Attaubah 7 kali maka akan dijauhkan dari semua bencana.

9). Membaca sholawat 

Allahumma Sholli Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Ali Muhammadin Fi Awwali Kalaami 

Allahumma Sholli Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Ali Muhammadin Fi Awsatil Kalaami

Allahumma Sholli Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Ali Muhammadin Fi Aakhiril Kalaami 

Maka Fadilahnya sama dengan bersholawat terus menerus

Amalan jika masuk ke rumah yang penting untuk diamalkan:

1. Mengucapkan Salam-keberkahan diri.
2. Membaca Sholawat-keberkahan keluarga.
3. Membaca Surat Al Ikhlas 3 Kali (dengan bismillah)-keberkahan tetangga.

Maka Allah SWT akan keluarkan kesusahan, hutang dsb dari dalam rumah. Haji Sahb cerita banyak orang datang ke Raiwind mengadukan kesusahan hutang dsb, maka beliau bagi tahu amalan ini sehingga dalam hitungan hari masalahnya diselesaikan oleh Alloh SWT. Cara atur rumah, hendaklah memakai cadar di pintu sehingga tak langsung bisa dilihat dari luar ketika pintu di buka. Rumah yang terlihat bahagian dalamnya oleh orang fasiq maka tak ada keberkahan.

No comments:

Post a Comment