(Darul Uloom Zakariyya). Maulana Muhammad Tayyab menulis: CERITA YG SUNGGUH BERINSPIRASI ..... Guru bertanya kepada seorang pelajar: "Siapa nama Rasulullah saw?" Budak itu diam. Soalan yang sama diajukan kepada pelajar tu beberapa kali. Budak itu terus diam dan tidak menjawab.
Ini menyebabkan guru itu jadi marah. Dalam keadaan marah, dia telah menghukum budak lelaki itu dengan teruk sekali kerana budak itu seolah degil. Oleh kerana itu, budak lelaki itu mula menangis dan menangis, sehinggalah loceng waktu rehat sekolah berbunyi. Guru memberi amaran kepada budak itu yang selepas rehat nanti dia akan menghukum dengan lebih teruk lagi.
Selepas rehat, guru terus mengulangi soalan yg sama, pelajar itu terus berdiri dan berkata: "Hazrat Muhammad s.a.w”
Guru bertanya: Mengapa kamu tidak menjawab dari tadi lagi dan kamu tidak akan dipukul? Pelajar tidak menjawab. Selepas tamat waktu sekolah, guru itu ikut pelajar tersebut. Dia tahu mesti ada cerita di sebalik kejadian tersebut.
Dgn sopan dan penuh penyesalan, dia meminta pelajar itu untuk mendedahkan rahsianya. Cerita pelajar itu, “Bapa saya minta saya berjanji bahawa saya tidak akan menyebut nama nabi MUHAMMAD saw tanpa ada WUDHU. Apabila cikgu tanya saya pada kali pertama, saya tidak ada wudhu dan saya berwudhu semasa rehat, selepas rehat, saya menjawab, bila sudah ada wudhu”.
SUNGGUH MENGAGUMKAN. Budak lelaki itu, hari ini telah berusia 60 tahun dan masih hidup. Berterusan ISTQAMAH dgn amalan tersebut sehingga hari ini. MasyaAllah! Budak itu ternyata telah menjadi WALI ALLAH. Dia adalah Shaikh Maulana Hafiz Zulfiqaar Ahmad Naqshbandi Mujaddidi db.
No comments:
Post a Comment