Sunday, January 26, 2014

DOA YANG DI BACA SETAHUN SEKALI

(KHUSUS UNTUK HARI INI, BA'DA ASHAR)

اللهم اجعلنا من الواقفين والمتضر عين فى عرفات انك على 

كل شيئ قدير.

ALLAHUMMAJ'ALNAA MINAL WAQIFIINA, WAL MUTADHARRI'INA FII 'ARAFATI, INNAKA 'ALA KULLI SYAIIN QADIIR."

DI BACA BA'DA ASHAR, HARI ARAFAH SEBANYAK 100 X.

FAEDAH:

BARANG SIAPA YANG MEMBACA DOA INI PADA WAKTU ARAFAH, INSYA ALLAH AKAN MENDAPATKAN PAHALA ATAU ASRAR ORANG ORANG YANG WUQUF DI ARAFAH. DI KELUARKAN OLEH MAJELIS TAKLIM HABIB ABDULQADIR BIN AHMAD BILFAQIH, DARUL HADITS, MALANG, JATIM. DAN DI IJAZAHKAN OLEH HABIB ABDURRAHMAN BIN ABDULLAH BIN ABDULQADIR BILFAQIH.

PENTING MENGHIDUPKAN MALAM ARAFAH DAN AIDIL ADHA

Assalamualaikum semua. Sheikhul Hadis Maulana Zakariyya rah.a menukilkan di dalam kitabnya Bab Iktikaf “Siapa yg berjaga dalam 5 malam untuk beribadah, syurga diwajibkan untuknya:

1). Malam Tarwiyyah (8 Zulhijjah)
2). Malam Arafah (9 Zulhijjah)
3). Malam Aidiladha (10 Zulhijjah)
4). Malam Aidulfitri
5). Malam Nisfu Syaban

Dalam Kitab Kasyful Ghummah, ada dinukilkan kalam Imam Mazhab kita Imam Muhammad Bin Idris Bin Syafie rah.a iaitu Imam Syafie rah.a. Terdapat 5 malam yg doa diqabulkan:

1). Malam Jumaat
2). Malam awal Bulan Rejab
3). Malam Nisfu syaban
4). Malam Aidilfitri
5). Malam Aidiladha

Dengan keberkatan hari Arafah kita niat untuk berpuasa esok dan malamnya pula ialah malam Jumaat bergabung dgn malam hari raya Aidiladha, jadi bermula malam ni malam Arafah, kita niat untuk bangun Tahajjud, sebelum tidur niat nk solat Subuh berjemaah di masjid.

Banyakkan selawat pada Rasulullah Saw

Petang hari raya Aidiladha pula ialah petang Jumaat, waktu antara Asar dan Maghrib petang hari Jumaat juga waktu yg sangat maqbul berdoa, maka berdoalah. Allah suka hamba yg berdoa, kemudian disambung pula dgn hari Tasriq, 11, 12, 13 Zulhijjah. Sabtu, Ahad, Isnin, waktu2 maqbuliat dan mustajab beramal dan berdoa, apatah lagi kalau sedang berdakwah dan berjuang di jalan Allah.

Usahakanlah untuk bangun malam. Janganlah kerana kesibukkan hari raya menyebabkan kita terlepas beramal di malam yg mustajab ini. Hatinya akan dihidupkan pada hari hati-hati yg lain akan mati.

Kita niat untuk Amalkan Sunnah, jgnlah kita jadi mereka yg hanya cerita sahaja pasal ini sunnah itu bidaah tapi malangnya kehidupan sehari2 jauh dari sunnah yg di ceritakan, kita jadilah org yg tak byk cerita tp amalnya byk, InsyaaAllah dan niat pagi hari raya Aidiladha ini diikuti hari2 Tashriq untuk banyakkan bertakbir raya dan turun padang membantu waktu sembelihan ibadah korban. InsyaaAllah, semoga Allah terima ibadah kita semua. Aamiin. (Ust Khann Daie, Muhajir Madani).

No comments:

Post a Comment