Sunday, January 26, 2014

SEJARAH MELAYU NUSANTARA

Mari kita tengok balik sejarah orang Melayu di nusantara.kerana sejarah itu bukan untuk hanya di kenang tapi untuk kita belajar daripadanya. Mari kita mengimbau sejarah kerajaan Melayu Islam nusantara.

1) Filipina

Dulunya Manila diperintah oleh Raja Sulaiman. Mindanao diperintah oleh Sultan Muhammad Kabungsuwan, kini dan sekarang sudah jadi sebuah negara Kristian. Disamping puluhan agama lagi di dalamnya minoriti agama termasuk islam suatu ketika dahulu Kerajaan melayu islam yang terbilang.

2). Cambodia (Kemboja)

Dulu namanya kerajaan Melayu Islam Champa (Panduranga, Kauthara, Vijaya, Inderapura, Simhapura) berkuasa seawal 192M hingga 1832M. Syair Siti Zubaidah adalah bukti keagungan kerajaan Melayu Islam Champa. Kejatuhan kerajaan Melayu Islam Champa kepada kerajaan DaiViet akibat pengkhianatan laksaman La Khai terus menjadikan melayu Champa merempat tanpa negara di Cambodia dan sekarang dah jadi negara Buddha, tidak semua orang melayu tahu Cambodia (Kemboja) itu dahulu adalah kerajaan Melayu Islam.

3). Selatan Thailand

Sebahagian besarnya dahulu adalah wilayah Melayu Islam dibawah pemerintahan Kerajaan Pattani, merangkumi 4 negeri iaitu Pattani, Yala, Songkhla dan Narathiwat. Memerintah selama lebih 300 tahun bermula 1502, namun runtuh akibat perebutan kuasa pemimpinnya dan kekuatan Siam yang dibantu British. Medan tempat lahir ulamak Islam tersuhur Nusantara Akhirnya kini sudah menjadi negara Buddha sistem pentabiran berajakan agama Budha. Orang Melayu sudah tak reti cakap Melayu dan tak kenal tulisan jawi. Malah ada yg percaya bahawa Kedah / Kelantan adalah asalnya wilayah siam yang dijajah oleh Malaysia.

4). Republik Singapura

Dulunya nama asalnya Temasek dibawah kerajaan Johor Lama, tempat berdagang pelbagai rumpun Melayu Arab Dan Cina. Tempat berlabuh sultan-sultan Melayu Riau Lingga. Namun perebutan kuasa antara Sultan Johor lama dengan keluarga Temenggong telah diambil kesempatan oleh Raffles untuk mengambil Temasek. Sekarang Singapura sudah jadi negara republik yang di tadbir oleh Cina, hanya tinggal mata wang singapura masih kekal Gabenor melayu, segelintir anak-anak generasi millenium sekarang tidak tahu bahawa Singapura ini dulunya adalah Temasek milik negeri Melayu Islam Johor dahulunya.

5). Wilayah Arakan

Bahagian pantai barat Myanmar ini dimana Islam berkembang di Arakan seawal abad pertama Hijrah, zaman sahabat Nabi SAW 1400 tahun yang lalu. Islam masuk dibawa oleh para pedagang Arab pimpinan Waqqash bin Malik dan sejumlah tokoh Tabiiin. Kemudian, gelombang kedua, Islam dibawa oleh para pedagang Arab Muslim pada abad kedua Hijrah, tahun 172 H/788 M di masa Khalifah Harun al-Rasyid. Mereka singgah di Pelabuhan Akyab Ibukota Arakan. Umat Islam terus berkembang di Arakan hingga berdirilah Kerajaan Islam oleh Sultan Sulaiman Syah dan berlanjut hingga 3,5 abad lamanya (1430- 1784 M), dipimpin oleh 48 raja Islam, dan berakhir dengan Raja Sulaiman Syah..

Kemudian kerajaan Islam diruntuh oleh serbuan besar-besaran penganut Agama Buddha pada tahun 1784 Masehi. Sejak saat itulah sampai hari ini umat Islam ditindas, dihina, dikejam tak berperikemanusiaan dan diperlakukan seperti haiwan. Kini mereka menggila seperti kerasukan dan bangsa Islam Ronghiya dijadikan mangsa kekejaman (dibunuh, diperkosa, dibakar2 hidup) agar islam dapat dilupuskan dalam lipatan sejarah.

Kini cuma tinggal sebilangan Negara Melayu Islam bukan sahaja di Nusantara malahan di dunia iaitu Brunei, Indonesia dan Malaysia sahaja yang masih terus bertahan. Apakah kita akan terus berdiam diri melihat agama kita islam dipinggirkan sedikit demi sedikit dengan tidak menyokong undang2 islam yang sebenar dan mengambil islam liberal sebagai panduan dan pemimpin. Ingatlah apabila kita mati malaikat yang diwakilkan oleh allah swt tidak akan bertanya APAKAH BANGSA KAMU? Tapi yang ditanya apakah AGAMA KAMU?

Marilah kita bermuhasabah diri dan bertanya pada diri sendiri. APAKAH YANG AKU TELAH LAKUKAN UNTUK MENOLONG MENEGAKKAN AGAMA ALLAH (Islam)? Fikir2kanlah. Ya Allah jadikan lah aku seorang PEJUANG untuk MEMBANTU dan MEMERTABATKAN syariat islam dibumi mu ini. Aamiin. 

No comments:

Post a Comment