Sunday, March 9, 2014

BETAPA MULIANYA PARA WANITA

Seorang ulama berkata, “Saya cari nama wanita di dalam Al Quran mulai ayat pertama hingga terakhir. Sekali, dua kali, sepuluh kali, seratus kali saya cari. Tidak ada nama wanita disebutkan di dalam Al Quran selain nama Maryam. Setiap wanita disebut dengan nama suaminya, istri Aziz, istri Firaun, istri Nuh, istri Luth. Boleh saja Allah menyebut nama Asiyah, seorang wanita yang solehah. Boleh Dia sebut nama Zulaikha, istri seorang gubernur yang penggoda. Hanya nama Maryam yang Dia sebut. Itu adalah untuk menjelaskan bahawa Isa as bukan putra Allah swt tetapi putra Maryam.” 

Dalam banyak sekali ayat Allah swt sebutkan Isabnu Maryam. Ulama ahli tafsir menulis bahawa Allah Swt tidak menyukai nama wanita dimunculkan, lalu bagaimana wanita dibuka penutupnya dan keluar ke mana-mana? Bagi orang muslim, nama wanita adalah malu untuk disebutkan. Nama istri seorang muslim ditutup. Nama putri seorang muslim ditutup. Kulit delima diletakkan di luar, kulit pisang diletakkan di luar, kulit buah-buahan dibiarkan di luar. Tapi isi buah pisang, isi buah delima dan buah-buah lainnya tidak ada yang dibiarkan di luar.

Kenapa para wanita ingin meniru kehidupan barat? Di sana wanita tidak diterima sebagai ibu, sebagai anak, sebagai istri, sebagai saudari, sebagai nenek. Yang diterima hanyalah sebagai pasangan kencan. Diterima selama masih boleh dinikmati. Tatkala itu hilang, ditinggalkan. Lelaki sangat tidak setia. Lebih mudah mengingkari janji dari pada wanita. Mengobral bicara seperti burung beo. Sedangkan wanita oleh Allah Swt diberi bakat untuk setia lebih daripada lelaki. Di sana, wanita diperlakukan seperti sapu tangan. Untuk menyeka keringat, setelah tidak terpakai lagi dicampakkan. Hanya sebagai pasangan kencan. Lalu ke mana anak putri, ke mana ibu, kemana saudari?

Allah Swt memberikan kepada kita agama yang begitu indah. Terkadang orang-orang yang bodoh menganggap kelahiran bayi wanita sebagai musibah. Lalu marah-marah bahkan menyiksa istrinya. Apakah tidak melihat bahawa keturunan Rasulullah saw yang pertama adalah wanita, Zainab rha? Lalu Ruqayyah rha? Rasulullah saw sampaikan bahawa seseorang yang diberi anak perempuan dan menerimanya dengan gembira, maka wajib syurga untuknya. Dan seseorang yang memiliki tiga orang anak perempuan dididik dengan baik hingga dinikahkannya, maka antara dia dan Rasulullah saw adalah seperti antara jari telunjuk dengan jari tengah. Seseorang bertanya, “Kalau dua orang anak perempuan?” “Bila seperti itu dia pun akan seperti itu dekatnya denganku,” jawab beliau. “Bila hanya satu putri Ya Rasulullah?” “Bila seperti itu dia pun akan seperti itu dekatnya denganku.”

Lalu bagaimana yang tidak punya anak perempuan? Rasulullah saw beritahukan bahawa “Barangsiapa yang memiliki dua anak perempuan atau dua saudari dalam keadaan kekurangan dan dia rawat hingga berkecukupan atau meninggal, maka wajib syurga baginya.” Hari ini saudari haknya diambil. Setelah meninggalnya ibu tidak ada yang boleh menggantikan. Hubungan persaudaraan tidaklah murah, pecah hanya kerana beberapa rupiah. Bahkan Rasulullah saw anjurkan supaya tetap menafkahi mereka walaupun mereka telah menikah dan syurga wajib baginya.

Allah swt dalam Al Quran tentang waris tidak memberikan jawaban tentang bahagian wanita, bahawa bahagian wanita adalah setengah bahagian laki-laki. Tetapi Allah menjawab tentang bahagian laki-laki, seolah-olah bahagian laki-laki ini diragukan berapa besarnya, dapat atau tidaknya. Allah Saw menjelaskan bahawa laki-laki juga mendapat bahagian, bahagian dua wanita itulah bahagian satu laki-laki. Maka bila orang tidak memberi bahagian pada wanita, binasalah dia. Dan tidak ada yang boleh menyelamatkan. Di sini Allah Swt menetapkan bahagian wanita, lalu memerintahkan suami untuk mencari nafkah. Menjadikan suami dalam penunaian hak lebih utama daripada istri. Ini bukan keutamaan darjat, tetapi keutamaan dalam hal pengaturan saja. Lelaki seluruh dunia, adakah yang melebihi Fathimah rha, atau Rabiah Adawiyah?

No comments:

Post a Comment