Sunday, March 9, 2014

HADITS-HADITS SHAHIH TENTANG SYURGA

Rasulullah saw telah menerangkan sifat-sifat Syurga yang dijanjikan Allah kepada orang-orang yang bertaqwa dengan keterangan mendalam, detail dan gamblang. Keterangan ini membuat tenteram hati orang-orang yang beriman. Orang-orang yang saleh merasakan kenikmatan dengan mengetahuinya, sementara orang-orang yang bertaubat merasakan kesenangan dengan mengingatnya.

1). Orang yang Pertama Kali Masuk Syurga.

Dari Annas bin Malik r.a, ia berkata bawa Rasulullah saw bersabda, “Pada hari Kiamat nanti, aku akan mendatangi pintu Syurga, kemudian aku meminta untuk dibukakan (pintunya), maka penjaganya bertanya, “Siapa Anda?” Aku menjawab, “Muhammad”. Selanjutnya dia berkata, “Hanya untukmu aku diperintahkan agar membuka pintu ini dan dilarang bagi seorangpun sebelummu”. (HR. Muslim no. 188).

Dari Huzaifah ra, ia berkata bawa Rasulullah bersabda, “Semua anak adam berada di bawah panjiku pada hari Kiamat dan aku orang pertama yang dibukakan pintu Syurga”. (lihat Shahiihul Jaami no. 6995).

2). Sifat Rombongan Pertama yang masuk Syurga.

Dari Abu Hurairah ra ia berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya orang yang pertama kali masuk Syurga laksana bulan di malam pertama. Orang yang masuk setelah mereka laksana bintang yang sangat terang di langit yang cerah. Mereka tidak buang air kecil, tidak buang air besar, tidak beringus dan tidak meludah. Sisir mereka terbuat dari emas. Keringat mereka adalah minyak kasturi. Tempat BUKHUR (PEWANGI RUANGAN DAN TUBUH) mereka adalah batang kayu gaharu. Isteri-isteri merreka semuanya adalah bidadari,bentuk tubuh mereka semuanya sama yaitu seperti bentuk tubuh bapak mereka Adam, “tingginya enam puluh hasta di langit”. (HR Bukhari dan Muslim).

3). Pintu-Pintu Syurga.

Dari Abu Hurairah ra ia berkata, bahawa Rasulullah bersabda, “Barangsiapa menginfakkan sepasang hartanya (emas, perak dan lain-lain) di jalan Allah, maka dia akan dipanggil dari pintu-pintu Syurga, “Wahai hamba Allah, ini baik.” Barangsiapa yang termasuk ahli solat, dia akan dipanggil dari pintu ahli solat. Siapa yang termasuk ahli jihad, akan dipanggil dari pintu jihad. Siapa yang termasuk ahli puasa akan dipanggil dari pintu “Ar-Rayyan.” Siapa yang termasuk ahli sedekah akan dipanggil dari pintu sedekah. Abu Bakar ra berkata, “Ayah ibuku menjadi tebusanmu Wahai Rasulullah, tidak mengherankan orang-orang itu masing-masing dipanggil dari pintu tersebut, tetapi apakah ada yang dipanggil dari seluruh pintu tersebut?” Beliau menjawab, “Ya, semoga engkau termasuk dari mereka.” (HR Bukhari dan Muslim).

Dari Sahl bin Saad ia berkata, Rasulullah bersabda, “Di dalam syurga ada delapan pintu, diantaranya ada yang bernama ar-Rayyan. Pintu itu tidak dimasuki kecuali hanya oleh orang-orang yang berpuasa”. (HR Al-Bukhari)

4). Tidak Ada Kematian Dalam Syurga.

Dari Abu Said dan Abu Hurairah ra, Rasulullah bersabda, “Jika penduduk Syurga sudah masuk ke Syurga, maka ada yang berseru, “Sesungguhnya kalian akan hidup dan tidak akan mati, kalian akan tetap sehat dan tidak akan sakit, kalian aka tetap muda tidak akan tua, kalian juga akan selalu hidup senang dan tidak akan mendapat kesusahan.” (HR Muslim & Ahmad dan Tirmizi)

5). Kedudukan Penghuni Syurga dan Tingkatan-Tingkatan Syurga.

Dari Abu Hurairah ra ia berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda, “Sipa yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, mendirikan solat dan berpuasa di bulan Ramadhan, maka wajib bagi Allah untuk memasukkannya ke Syurga, baik dia hijrah di jalan Allah atau tetap tinggal di tanah airnya. Para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, bolehkah kita memberitahukan ini kepada orang banyak?” Beliau berkata, “Sesungguhnya di Syurga ada seratus tingkatan yang telah disediakan oleh Allah bagi para Mujahidin fii Sabilillah, setiap dua tingkatan seperti jarak antara langit dan bumi, maka jika kalin memohon kepada Allah, mohonlah Syurga Firdaus yang tinggi, kerana Syurga Firdaus itu ada di tengah-tengah Syurga dan paling atas dan di atsnya terdapat Arsy ar-Rahman. Dari san sungai-sungai mengalir.” (HR Bukhari)

Jihad yang dimaksud adalah sebenar-benarnya jihad, bukab jihad menurut pemahaman mereka yang membuat kerusakan di muka bumi dengan menggunakan bom (kecuali bom tersebut diledakkan di daerah orang-orang kafir dalam peperangan yang benar-benar memerangi islam secara nyata, seperti di Palestina dan negara-negara lain dan juga di negara kita ini). Ironisnya peristiwa yang ter jadi di negara kita ini, mereka (pelaku bom) bangga dengan apa yang mereka lakukan. Mereka beranggapan perbuatan mereka adalah Jihad fii Sabilillah. Allahu alam itu adalah urusan mereka dengan Allah.

6). Sifat-Sifat Penduduk Syurga.

Dari Muaz bin Jabal ra, bahawa Nabi saw bersabda, “Penghuni Syurga akan masuk Syurga dengan tubuh dan wajah yang tidak berbulu dan bercelak, mereka berumur 30 tahun atau 33 tahun.” (Shahiihul Jaami no.7928).

Dari Abu Hurairah ra ia berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda, “Akan masuk Syurga sekelompok kaum yang hati mereka seperti burung (yaitu dari isi kelembutan, ketakutan dan kehormatan)”. (Shahiihul Jaami no.7924).

Dari Anas bin Malik, dari Nabi saw bersabda, “Orang mukmin di Syurga akan diberi kekuatan sekian dan sekian dalam urusan jima (bersetubuh). Ada sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah dia mampu untuk itu?” Nabi menjawab, “Dia akan diberi seratus kekuatan.” (Shahiihul Jamii no.7962).

Dari Abu Hurairah ra ia berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda, “Siapa yang masuk Syurga akan hidup senang dan tidak akan mengalami kesussahan, pakaiannya tidak akan lusuh dan masa mudanya tidak akan sirna.” (HR Muslim dan Ahmad).

7). Wanita-Wanita Penduduk Syurga.

Dari Anas bin Malik ra berkata, bahawa Nabi saw bersabda, “Berangkat pagi-pagi atau siang hari di jalan Allah lebih baik daripada dunia dan seisinya. Sungguh tempat satu hasta kalian di Syurga lebih baik daripada dunia dan seisinya. Kalaulah seorang wanita penduduk Syurga menampakkan dirinya kepada penduduk dunia, niscaya dia akan menerangi antara keduanya dan bumi akan penuh dengan wewangian. Sungguh, penutup kepalanya lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (HR Al-Bukhari).

Dari Abdullah bin Umar ra, Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya para isteri penghuni Syurga bernyanyi untuk suami-suami mereka dengan suara yang sangat merdu, yang tidak pernah di dengar oleh siapapun. Diantara bait yang mereka dendangkan, 

Kami adalah wanita-wanita yang cantik jelita
Kami para isteri kaum yang mulia
Kami melihat dengan mata yang indah

Demikian juga di antara bait yang mereka dendangkan adalah:

Kami adalah wanita-wanita abadi yang tidak akan mati
Kami adalah wanita-wanita yang merasa aman tidak merasa takut
Kami adalah wanita-wanita yang menetap tidak akan berpindah.”

(Shahiihul Jaami no.1557)

8). Makanan dan Minuman Penghuni Syurga.

Dari Jabir ra berkata, Rasulullah saw bersabda, “Para penduduk Syurga akan makan dan minum di dalamnya, mereka tidak buang air besar, tidak beringus dan tidak buang air kecil. Akan tetapi makanan mereka menghasilkan sendawa yang wanginya sewangi minyak kesturi. Mereka diberikan gerakan naluri untuk bertasbih dan bertahmid seperti kalian diberi naluri untuk bernafas.” (HR. Muslim dan Ahmad).

Dari Muawiyah bin Haidah ia berkata, Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya di Syurga ada lautan air, lautan madu, lautan susu, lautan khamar, kemudian darinya sungai-sungai mengalir” (Shahiihul Jaami).

Dari Anas ia berkata, Rasulullah bersabda, “Apakah kalian tahu apa al-Kautsar itu? Al-Kutsar adalah sungai yang diberikan kepadaku dari Rabbku di Syurga. Dia memiliki banyak kebaikan, ummatku akan mendatanginya pada hari kiamat, jumlah bejananya sebanyak jumlah bintang di langit. Ada seorang hamba yang dicegah bergabung dengan mereka, maka akupun memprotes, “Wahai Rabbku, dia adalah bahagian dari ummatku” lalu aka dijawab, “Engkau tidak tahu apa yang mereka lakukan setelah engkau meninggal.” (Shahiihul Jaami no.6904).

9). Pemandangan di Syurga.

Di Syurga ada kenikmatan yang abadi, kebaikan yang merata dan Rahmat dari Allah ar-Rahman dan ar-Rahim (Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang). Di sana ada dipan-dipan tinggi yang terlihat bersih dan suci, ada gelas-gelas yang tertata rapi yang disediakan untuk minum, tidak perlu diminta dan dipersiapkan. Ada bantal-bantal dan tilam-tilam untuk beralaskan di waktu santai. Di sana terhampar karpet-karpet dan sajadah-sajadah untuk perhiasan dan bersuka ria.

Semua nikmat yang disebutkan dalam Kitabullah atau Sunnah Nabi-Nya, namanya sama dengan yang dilihat di dunia. Tetapi, ketika benda-benda ini disebut namanya, hanyalah sebagai penamaan saja agar boleh dipahami penduduk dunia. Adapun yang sebenarnya dan hakekat kesenangan-kesenangan tersebut diserahkan kepada Allah yang Mahaagung, Mahabijaksana, lagu Yang menegakkan seluruh langit dan bumi. Adapun karakter kenikmatan Syurga diserahkan kepada cita rasa kenikmatan di sana, sesuai dengan cita rasa orang-orang yang Allah berikan cita rasa tersebut kepada mereka.

Kehidupan penduduk Syurga di sana semua berisi kesejahteraan, diliputi dan diliputi kemakmuran. Para Malaikat mengucapkan salam sejahtera kepada penduduk Syurga dalam keadaan yang sentosa, mereka saling mengucapkan salam satu dengan yang lainnya dan mereka dikirimi salam oleh ar-Rahman. Suasananya seluruhnya mencerminkan kedamaian. (lihat Al-Yaumul Akhir fii Zhilaalil Qurqn, hal.321-323 dengan ringkas).

a). Kamar-Kamar di Syurga.

Dari Abu Said al-Kuhudri ra, Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya para penduduk Syurga berusaha untuk melihat penhuni-penghuni kamar yang ada di atas mereka, sebagaimana kalian berusaha melihat bintang yang bergemerlapan cahanya di langit sebelah timur atau barat kerana perbedaan keutamaan di antara mereka. Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah itu kedudukan para Nabi yang tidak mungkin dapat dicapai oleh selain mereka?” Beliau menjawab, “Tentu, demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, mereka adalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan membenarkan para Rasul.” (HR Bukhari dan Muslim).

Dari Abu Malik al-Asyari, bahawa Nabi bersabda, “Di Syurga ada kamar-kamar yang bahagian luarnya boleh dilihat dari dalam dan sebahagian dalamnya boleh dilihat dari luar. Itu disediakan Allah bagi orang yang memberikan makanan, melembutkan ucapan, selalu berpuasa dan solat di waktu malam ketika manusia sedang terlelap tidur.” (Shahiihul Jaami no.2119). 

b). Kemah-Kemah, Taman-Taman dan Tanah Syurga.

Dari Abu Musa al-Asyari ra, Rasulullah saw bersabda, “Bagi orang mukmin di Syurga ada sebuah kemah dari mutiara yang berlubang. Panjangnya enam puluh mil, di dalamnya orang-orang mukmin diberi isteri-isteri yang apabila ia menggilir mereka, masing-masing tidak melihat yang lainnya”. (Muttafaq alaih).

c). Pohon di Syurga.

Dari Abu Said al-Kuhudri ra, Rasulullah saw bersabda, “Di Syurga ada dua pohon yang apabila orang melintasinya dengan naik kuda yang terlatih dan cepat selama seratus tahun, niscaya tidak akan selesai melewatinya.” (Muttafaq alaih).

Dari Abu Hurairah ra ia berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda:

ﻣﺎ ﻓﻲﺍﻟْﺠﻨﺔِ ﺷﺠﺮَﺓٌ ﺇﻻَّ ﻮَﺳﺎ ﻗﻬﺎ ﻣﻦْ ﺬَﮪﺏ

“Tidak ada sebuah pohon pun di Syurga, melainkan batangnya terbuat dari emas”. (Shahiihul Jaami no.5523).

d). Pasar di Syurga.

Dari Anas bin Malik ra berkata, bahawa Nabi saw bersabda, “Di Syurga ada sebuah pasar yang diadakan hanya pada hari Jumaat. Maka ketika itu angin berhembus dari utara kemudian menerpa wajah-wajah mereka hingga menjadikannya semakin indah, merekapun kembali kepada isteri-isteri mereka dalam keadaan yang semakin bagus dan tampan, maka isteri-isteri mereka berkata, “Demi Allah, kalian semakin bagus dan tampan setelah meninggalkan kami.” Mereka juga berkata, “Kalian juga semakin bagus dan cantik setekah kami tinggalkan.” (HR Muslim).

e). Istana-Istananya.

Dari Jabir bin Abdullah ra, Nabi saw bersabda, “Aku masuk Syurga, ternyata di sana ada sebuah istana dari emas, maka aku bertanya, “Milik siapa istana ini?” Mereka berkata, “Milik seorang pria Quraish.” Aku mengira orang itu adalah diriku, maka aku bertanya, “Siapa dia?” mereka menjawab, “Umar bin al-Khattab.” Ketika itu tidak ada yang menghalangiku untuk memasukinya, melainkan aku tahu rasa cemburumu. Umar berkata, “Apakah pantas aku cemburu kepadamu, wahai Rasulullah?” (Muttafaq alaih).

f). Sungai-Sungainya.

Dari Anas bin Malik ra berkata, bahawa Nabi saw bersabda, “Aku masuk ke Syurga, ternyata di sana ada sungai yang di pinggirnya ada kemah-kemah yang terbuat dari mutiara. Maka aku memukulkan tanganku ke air yang mengalir itu, ternyata airnya adalah minyak kesturi yang sangat harum, lalu akau bertanya, “Apa ini, Wahai Jibril?” Jibril menjawab, “Ini adalh kautsar yang diberikan Allah kepadamu.” (Shahiihul Jaami no.3260).

10). Kenikmatan Penghuni Syurga Yang Paling Agung.

Dari Shuhaib bin Sinan ia berkata, bahawa Rasulullah bersabda, “Bila penduduk Syurga telah masuk Syurga dan penduduk Neraka telah masuk Neraka, maka ada yang berseru, “Wahai penduduk Syurga, sesungguhnya kalian memiliki janji di sisi Allah yang ingin Dia tunaikan kepada kalian”, maka mereka bertanya, “Apakah itu? Bukankah Allah telah memberatkan timbangan amal kebaikan kami, memasukkan kami ke Syurga dan menyelamatkan kami dari Neraka?” Maka disingkaplah tirai, merekapun melihat kepada Allah. Demi Allah, Allah tidak pernah memberikan sesuatu yang paling mereka cintai dan yang paling menyejukkan pandangan mereka daripada melihat-Nya.” (Shahiihul Jaami no.535_lihat juga Syarhul Aqidah ath-Thahaawiyyah, hal.144 dan Mawaariduzh-Zham-aan “IV/131-136″).

11). Penduduk Syurga yang Paling Rendah Dan Paling Tinggi Darjatnya.

Dari al-Mughirah bin Syubah ia berkata, bahawa Rasulullah bersabda, “Musa bertanya kepada Rabbnya, “Siapa penduduk Syurga yang paling rendah tingkatannya?” Allah menjawab, “Seseorang yang datang setelah seluruh penduduk Syurga masuk ke Syurga.” Maka dikatakan kepadanya, “Masuklah ke dalam Syurga.” Orang itu berkata, “Bagaimana caranya,Wahai Rabbku? Semuanya telah menempati tempatnya dan mengambil bahagiannya maka dikatakan kepadanya, “Apakah kamu rela bila memiliki kerajaan seperti milik seorang raja di dunia?” Orang itu menjawab: “Tentu aku rela wahai Rabbku.”

Allah berkata kepadanya, “Inilah bahagianmu dan yang semisalnya, semisalnya dan semisalnya lagi. Pada yang kelima kalinya dia berkata, “Tentu aku rela wahai Rabbku.” Selanjutnya Allah berkata, “Ini adalh bahagianmu dan sepuluh kali lipatnya. Bagimu pula segala apa yang diingini oleh jiwamu dan yang menyenangkan pandanganmu.” Maka dia berkata, “Aku rela wahai Rabbku, siapa yang paling tinggi darjatnya?” Mereka orang-orang yang aku pilih. Aku menanam kemuliaan mereka dengan tangan-Ku sendiri dan Aku tutup dengannya. Kenikmatan itu tidak pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam hati manusia.” (HR. Muslim).

Mudah-mudahan dari keterangan singkat di atas akan menambah ketaatan kita kepada Allah dan mengamalkan Sunnah-Sunnah Rasulullah. Allahu alam.

Sumber: Kitab dengan judul asli: “Al-Jannatu Naiimuha wat Thariiqu Ilaiha Jahannamu Ahwaaluhaa wa Ahluhaa. Judul dalam bahasa indonesia: Syurga NERAKA dan Calon Penguninya Menurut Al-Quran dan as-Sunnah.” (Penulis: Syeikh Ali Hasan bin Ali al-Halabi al-Atsari). 

No comments:

Post a Comment