Pedang Milik Salahuddin Al-Ayubi. Bagi saya pedang ni lebih tajam dari katana. Kalau kain sutera jatuh ke mata Pedang Damsyik, maka akan terputus dualah kain tersebut dek kerana ketajaman pedang tersebut.
Ketajaman Pedang Damsyik ini sangat digeruni tentera-tentera salib pimpinan Richard the Lionheart. Mereka mengetahui ketajaman pedang tersebut yang mampu menembusi segala perisai dan baju zirah milik mereka. Bahkan, pedang ini juga berkemampuan mematahkan pedang panjang mereka dengan sekali hayunan. Ketajaman Pedang Damsyik merupakan salah satu sebab kemenangan besar ISLAM dalam siri-siri peperangan Salib pada abad pertengahan pimpinan Panglima Salahuddin Al-Ayubi.
Dalam perabadan ISLAM, pedang Salahuddin Al-Ayyubi adalah pedang yang paling tajam di dunia mengalahkan katana, pedang Raja Arthur dan lain-lainnya. Sewaktu Perang Salib, pasukan tentera Eropah dikejutkan oleh pedang yang dimiliki oleh pasukan Arab dan Persia. Dimana Ketajamannya mampu menembusi dan membelah baju zirah crusader, memotong dua bilah pedang lawan sekali hayun, membelah perisai besi dan batu tanpa mengalami kerosakan pada mata bilahnya. Pedang Damsyik sangat diakui yang paling tajam di dunia oleh pakar besi seluruh dunia. Kehebatan pedang buatan Damsyik yang terkenal dengan sebutan Pedang Persia atau Sword of Damascus ini telah mengatasi kehebatan segala pedang yang ada di dunia.
Pedang ini diperbuat daripada besi “damascus”. Teknik pembuatan pedang ini begitu rahasia dan misteri sehingga hanya beberapa keluarga pandai besi di Damascus saja yang menguasainya, ini juga sebabnya teknik pembuatan besi Damascus akhirnya pupus pada abad 18. Pedang ini mampu membelah sutera yang dijatuhkan ke atasnya, juga mampu membelah pedang lain atau batu tanpa mengalami kerosakan pada mata bilah pedang.
Sebuah penelitian microscopic menemukan bahawa pedang ini ternyata memiliki semacam lapisan kaca dipermukaannya. Boleh dikatakan ahli ilmuwan ISLAM di timur tengah telah mencapai teknologi nano sejak seribu tahun yang lalu.
Setelah sekian lama pedang ini menjadi rahsia akan kehebatannya, akhirnya pengkaji barat telah berjaya membongkar rahsia kehebatan pedang ini. Kehebatan Pedang Salahuddin Al-Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman. Prof tersebut menjumpai CNT di dalam pedang tersebut bersama senjata-senjata yang digunakan oleh tentera-tentera ISLAM pada ketika itu sewaktu perang Salib. CNT ini yang menjadikan pedang tentera ISLAM ini sangat tajam tetapi mudah lentur. Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman mengakui kehebatan pedang ini , Hasil kajian yang dilakukan pasukan Eropah, menyatakan pedang tersebut disaluti oleh CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR.
Seni pembuatan pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat dan kajian besi moden sehingga hari ini, Tiada siapa yang berkeupayaan untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban ISLAM pada kurun ke-12 ini. Rod “Damascus” bersaiz Nano didalam pedang Salahuddin Al-Ayyubi Rupa-rupanya didalam pedang ini terdapat sebatang tiub rod “Damascus” yang bersaiz nano yang mudah lentur,tidak mudah patah dan sentiasa tajam sehinggakan mampu membelah apa saja. Beberapa ahli metallurgy modern mengaku berhasil membuat besi yang sangat mirip dengan besi Damascus , namun tetap belum berjaya meniru 100% pedang Salahuddin Al-Ayubi /Pedang Damsyik.
Apa itu CNT? CNT merupakan suatu rantaian atom karbon yang terikat di antara satu sama lain secara hexagonal berbentuk silinder yang mempunyai diameter sekecil 1-2 nanometer. Silinder CNT ini boleh mencapai panjang sehingga berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya.Pencirian yang dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT mempunyai kekuatan paling tinggi berbanding bahan lain. Ia juga mempunyai sifat conduction elektrik melebihi kuprum dan logam. Keunikan tiub karbon nano yang lain ialah mempunyai ketahanan terhadap suhu tinggi serta mempunyai jisim yang lebih ringan dari aluminium.
Teknologi NANO ini menggunakan besi baja “damascus” yang juga dipanggil wootz. Bijih besi ini mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon. Selain besi dan karbon, unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga ditambah bagi menambahkan lagi kekuatan, ketajaman dan kelenturannya. Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga tukang besi di Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun ke-18, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus. Apa yang tertinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau yang kini tersebar di pelbagai Museum di seluruh dunia.
Sehingga hari ini Pembuatan Pedang Damsyik yang digunakan Salahuddin Al-Ayubi masih misteri dan rahsia. Tiada siapa pakar besi barat, eropah mahupun seluruh dunia dapat menghasilkan pedang yang dibuat pandai besi damsyik. Hebat sungguh teknologi orang ISLAM. Walaupun dah 820 tahun berlalu, seluruh dunia masih tidak tahu dan tidak dapat menghasilkan pedang sedemikian.
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment