Sufi selangkah tirai kasihmu ku buka…
Engkau serahkan cinta hingga dirimu tiada…
Kasih sufi kau rela pilih derita di dunia…
Biar rebah dihina kau tak berubah…
Kau menguasai selautan…
Yang tersembunyi di genggaman…
Nafi dan Isbat kau sandingkan…
Sebagai tali pegangan…
Sufi kau hilang di pandangan…
Ada di dalam kenikmatan...
Engkau dan Dia pasti tidak akan terpisah…
Andai tertutup tirai sufi…
Yang terang tidak nampak terang...
Inilah siksa menyakitkan sepanjang jalan…
Inginku tempuh titianmu...
Dari kekasih ke kekasih...
Pengabdianku bersamamu kasih…
Biar rebah dihina kau tak berubah…
Ni lirik daripada syair Sheikh Umar al Faridhi… Maksud yang tersirat disebalik yang tersurat pada lirik tersebut:
1). Lirik: (Sufi selangkah tirai kasihmu ku buka… Engkau serahkan cinta hingga dirimu tiada… Kasih sufi kau rela pilih derita di dunia… Biar rebah dihina kau tak berubah…)
Maksudnya: (Sufi diertikan sebagai seorang hamba Tuhan yang mencari Cinta Tuhan-Nya dan sudah mencapai maqam makrifat dan mengenal sifat2 Tuhan dan mengESAkan hak2 Allah dalam setiap martabat wujud... pada dirinya dan alam jagat ini, seorang yg warak, dan wali Allah. Lagu ini menceritakan tentang seorang hamba yang telah bertemu dengan cinta Allah, yang telah dibuka hijab oleh Allah dan dibalas Cinta Allah kepada dirinya yg dgn anugerah itu dia mendapat menikmati rasa Cinta/Mahabah yang tulus dan murni dari takluq Al Wadud... sehingga serahan pemilik Cinta itu mengakibatkan sang hamba terlalu asyik dgn tajalli Sifat Al Wadud Allah (Maha Pencinta).
Kerana asyik itulah dia tengelam dlm lautan cinta hingga tidak lagi memandang dan merasai dirinya... fana dia... hingga dia rela diuji walau apapun syaratnya dari cinta hatinya... Tuhannya... sehingga dia sanggup meninggalkan kemewahan dunia semata-mata kasihkan Allah, sanggup mengorban jiwanya, hartanya, tidur lenanya dimalam yg sejuk, lapar dahaganya, dan apapun syarat Sang Kekasih terhadapnya. Biarpun dihina... biarpun dicemuh... dimaki... dikeji... ditimpa musibah sekalipun... dia pasti tidak akan berubah dari Cinta Tulusnya kepada Kekasih hatinya.
2). Lirik: Kau menguasai selautan… Yang tersembunyi di genggaman… Nafi dan isbat kau sandingkan… Sebagai tali pegangan…
Maksudnya: Mereka yang telah tenggelam dan asyik dengan cinta Allah pastinya telah menguasai hakikat keluasan sifat2 Jalal dan Jamal Tuhannya yg seluas lautan sifat dan ilmunya tak pernah habis dan selesai sampai bilapun... letih menghurai dan meneliti... yang mana rahsia ketuhanan itu tersembunyi di dalam dirimu dan alam jagat ini. Mengenali Yang Maha Tersembunyi (Allah). Firman Allah : “Aku adalah Yang Terpendam dan Tertutup. Aku ingin dikenali dan ditemukan. Ku ciptakan makhluk agar mereka mengenal-KU”.
3). Nafi dan Isbat… itulah kalimah agung LAAILAHAILLAllah yang bermaksud “tiada Tuhan (nafi dan menafi akan yg selain Allah itu memiliki zat dan sifat dan Asma dan Afaalnya ) melainkan Allah (Isbat dan mengitsbat hanya keESAan milik Allah semata)... itulah Akidah yg terpendam didalam jiwa Sufi hingga layak dia dicintai Allah.
4). Lirik: Sufi kau hilang di pandangan… Ada di dalam kenikmatan… Engkau dan dia pasti tidak akan terpisah… Andai tertutup tirai sufi… Yang terang tidak nampak terang… Inilah siksa menyakitkan sepanjang jalan…
Maksudnya: Nikmat yang hakiki adalah apabila seseorang hamba itu berada dalam fanalillah sehingga tercapainya maksud “Aku adalah engkau… dan engkau adalah aku”. Hal itu bukanlah bermaksud sang hamba sudah menjadi Tuhan..mana mungkin itu terjadi. Hal itu bermaksud kerana keasyikan dgn Cinta Tuhan... sang hamba telah dapat menyaksikan lambang Cinta Tuhan dan KeESAan hak2 Tuhan pada setiap zarah diri jasadnya dan Rohnya... hingga tiada satupun dia memandang datang dari hak dan milik dan tadbir dirinya... hilang dirinya dan keESAan milik kesemua dirinya dan alam jagat ini hanya yg layak memilikinya yakni Allah swt... Cinta hatinya... maka hilang dia dari pandangan... asyik dengan Cintanya... dan menikmatinya... lebih drp nikmat malam pertamanya.
Keadaan itu hanya berlaku apabila hijab sufi tersingkap. Hilanglah diri insan… tajalli pula Allah yakni insan itu lenyap bersama Allah…tenggelam dalam kenikmatan dan keredhaan. Para sufi menganggapnya sebagai kesempurnaan seorang insan yang luhur… Kadangkala hijab sufi akan kembali berlabuh tirainya. Kita tidak dapat merasai dan menikmati rasa Ada/Wujud Allah kerana hijab diri kita... hingga kedekatan keberadaan Allah yg jelas dan terang terhijab dari pandangan hati dan indera matamu. Kerana tiada Cinta dihatimu... kerana Dunia Cintamu... cintai selain Dia. Tiada apa yang dapat dilihat melainkan dunia. Itulah siksa yang menyakitkan. Siksa apabila tidak bertemu dengan Kekasih hati… Siksa Neraka kejauhan kerana dijauhkan drp merasai Ada Wujud Allah disisimu. Hatta dlm solatmu pun tidak bersama denganNya... Dia amat cemburu... kalau ada cinta pada selain Dia... maka tiadalah Dia disisimu... itulah Neraka didunia... ketika tidak merasa Wujud DiriNya... dalam kedekatan dirimu.
5). Lirik yg Last: Inginku tempuh titianmu… Dari kekasih ke kekasih… Pengabdianku bersamamu kasih… Biar rebah dihina kau tak berubah…
Maksudnya: Apabila telah berada dalam maqam ma’arifatullah… yakni mengenali hak2 ketuhanan dan keESAanNya... pastinya keadaan itu bagaikan menggamit kerinduan. Dari kekasih ke kekasih memberi makna tentang DIRI rohani dan Allah. Roh manusia adalah yg telah berjanji awal dulu dialam arwah dulu untuk tetap setia... sebagai kekasih awal dan akhir... kekasih zahir dan batin... tetapi ketika diuji kedalam al zhulumat jasad dan alam... kesetiaannya pudar. Ketika diuji oleh kekasihnya... yg kelihatan hanya selain Allah..dlm tajalli shurah yg berbeza dan berbilangan... dia tidak mengenali rupa sifat2 yg datang dlm pelbagai mazhar dan shurah bentuk yg berbeza itu. Asyik pula dgn godaan yg disangka selain kekasih awalnya... Allah... Allah... Allah... tertipu dia dgn shurah itu...
Tapi bagi yg makrifat dan yg mengenali... dia tetap kenal kekasihnya walaupun dlm tajalli berbeza dan berbilang... kerana Cinta yg tak pernah pudar itulah dia tetap mengenali kekasihnya... tetap bersama kekasihnya dalam rupa kepelbagaian martabat wujud yg datang padanya... isterinya... sahabatnya... musuhnya... iblis... jin... malaikat... aku tetap mengenaliMu... kerana Engkau kekasihku... walaupun kelihatan rupa yg berubah dan kepelbagaian... aku tahu itu Engkau… Biarpun dihina oleh golongan yang cintakan dunia, namun pengabdian suci itu tetap kekal dan utuh. Tidak akan goyah duduknya. Umpama karang di dasar laut… kasihku takkan berubah (Tn Syeikh Haji Alias asy-Syattariyah).
No comments:
Post a Comment