Salikin adalah orang2 yang menelurusi jalan Makrifat Ketuhanan menurut adab dan syarat2nya di bawah bimbingan seorang Shaikh /Mursyid yang telah menerima ijazah dari Gurunya yang mempunyai Silsilah Nabi (susur galur penerimaan Ilmu dari guru kepada guru tanpa putus). Si salik (murid yang berjalan di jalan Makrifat Ketuhanan) di bimbing melalui beberapa peringkat zikir, muraqabah (merenung Hakikat Ketuhanan) dan mushahadah (melihat Hakikat Ketuhanan) berperingkat-peringkat sehingga datang pembukaan Allah Ta'ala ke dalam hati mereka kepada pintu2 Makrifat ( di baca pintu2 Tauhid).
Pada peringkat Tauhid ini, si salik tidak lagi bergantung kepada hujjah dan dalil kerana dia sudah melihat kepada Ketuhanan di dalam batinnya. Mereka semata2 memandang kepada Hakikat Af'al Allah, Asma'Nya dan Sifat Nya yang Maha Tinggi tanpa kaifiyyat (cara) dan tanpa sandaran! Apa yang kita maksudkan adalah : Allah Ta'ala memasukkan cahaya Rabbaniyyah (Ketuhanan) ke dalam hati2 mereka sehingga mereka mentauhidkan Allah dengan jiwa raga mereka.
Dengan Rahmat Allah, mata hati mereka melihat sekalian yang di jadikan oleh Allah, Asma (Nama2Nya) dan SifatNya Yang Maha Agung. Bukan semata2 percaya wujudNya, tetapi Yaqin akan WujudNya melalui ainul basirah (pandangan matahati) yang nyata. Si salik yang sampai kepada Tingkatan Af'al Allah melihat sekalian perbuatan Allah ke atas dirinya dan sekalian makhluk ciptaanNya. Dia melihat dengan ainul basirah (matahati) nya setiap ibadah nya sebagai Kurnia Allah Ta'ala dan semata2 Kurnia Nya tanpa sekutu dengan suatu apa pun.

Ketika dia mengangkat takbiratul ihram untuk solat, dia melihat Anugerah Allah kepada untuk melakukan solat! Ketika dia ruku, dia melihat anugerah Allah kepada nya untuk ruku' kepada Allah. Ketika sujud dia melihat anugerah Allah kepadanya untuk sujud di hadapan Rabbul Jalil, Tuhan Yang Maha Perkasa Yang Tiada Tuhan Melainkan Dia! Kehebatan dan Keperkasaan Allah mengusai si salik ini sehingga dirinya karam di dalam kehebatan tersebut. Kata Guru2 kita Ahli Makrifat, inilah Tingkatan ikhlas permulaan bagi salikin, iaitu ikhlas pada peringkat mentauhidkan sekalian Af'al Allah.
Pada peringkat ini suci lah hatinya daripada sekalian aghyar (selain Allah), bersih hatinya daripada sifat2 keji, dan bebas daripada syirik khafi. Ketika hamba Allah melihat dirinya tiada daya upaya melakukan sesuatu melainkan Allah dengan KemurahanNya, dan tiada lagi cita2 lain selain Allah ketika melakukan Ibadahnya, maka inilah permulaan ikhlas yang benar, tanpa sedikit pun mempersekutukan Allah di dalam niatnya! Sebagai suatu perbandingan. Jika anda melihat sebelum ini, orang2 pada tingkatan awam tidak terlepas daripada mempersekutukan Allah di dalam niatnya, samada mempersekutukan kerana menuntut syurga atau kerana melihat dirinya mempunyai daya upaya.
Di sini, pada diri orang yang telah di sucikan hatinya sehingga terbit Tauhid yang benar, tiada lagi cita2 selain Allah, tiada lagi melihat dirinya mempunyai daya upaya melainkan hanya Allah Yang Berkuasa di atas setiap sesuatu. Dia melihat dirinya tidak mampu untuk berdiri melainkan dengan Anugerah Allah. Ini maqam permulaan kesucian hati, kesucian Tauhid dan kemurnian niat yang ikhlas! Pada saat anda di kurniakan oleh Allah cahaya Tauhid yang murni di dalam hati, anda tidak lagi memandang wujud upaya diri anda untuk melakukan ibadah.
Anda lemah daripada mengakui wujud kemampuan diri untuk melakukan Ibadah. Seluruh jiwa dan perasaan anda karam di dalam melihat anugerah Allah kepada anda untuk melakukan ibadah - untuk melakukan takbiratul irham, ruku' dan sujud! Lalu anda berkata : Tiada ada daya upaya melainkan Allah! Apabila suasana kesucian ini menyelubungi hati, anda akan merasai ketenangan di dalam ibadah. Suatu ketetangan yang tidak anda merasai sebelumnya. Maka inilah permulaan ikhlas, tiada lagi penyekutuan di dalam niat mengerjakan amal ibadah….! (Tn Syeikh Haji Alias asy-Syattari).

No comments:
Post a Comment