Thursday, January 21, 2016

ADAB-ADAB SALIK TERHADAP DIRI SENDIRI

Berhubung dengan adab-adab salik terhadap diri sendiri, Shaikh Muhammad Amin al-Kurdi menghuraikannya sebanyak 24 perkara. (Muhammad Amin Al-Kurdi, Tanwir al-Qulub, 531-534). Di sini kita ringkaskan beberapa perkara yang difikirkan penting. Antaranya ialah seperti berikut:

PERTAMA, salik mestilah mengekalkan zikrullah dan muraqabahnya.

KEDUA, salik tidak boleh bersahabat dengan orang-orang yang jahat.

KETIGA, hendaklah beramal zikrullah di tempat yang tidak dapat dilihat oleh orang yang bukan ahli zikir, seperti anak isteri dan sebagainya.

KEEMPAT, hendaklah meninggalkan kebiasaan berlebih-lebih dalam kehidupannya.

KELIMA, hendaklah membuang sifat cintakan dunia dan perhatiannya mestilah ke akhirat sahaja.

KEENAM, janganlah tidur dalam hadas besar dan hendaklah ia sentiasa suci dari najis dan hadas.

KETUJUH, salik janganlah ada cita-cita atau kehendak mahukan sesuatu yang ada pada tangan manusia. Dan tidak boleh memandang manusia, baik mereka membenci atau mencintai dirinya.

KELAPAN, tidak boleh mengeluh jika menghadapi kesukaran, seperti kesempitan rezeki atau sebagainya.

KESEMBILAN, hendaklah sentiasa menghisab dirinya sendiri dan sentiasa menggalakkan dirinya sendiri untuk terus giat bermujahadah.

KESEPULUH, hendaklah mengurangi tidur, terutama waktu hampir subuh, kerana waktu tersebut merupakan waktu yang paling mudah doa dikabulkan oleh Allah.

KESEBELAS, hendaklah mengurangkan makan dan makan makanan yang halal sahaja.

KEDUA BELAS, hendaklah sentiasa menjaga lidah dan hati, lidah dari bemkap perkara yang maksiat dan sia-sia, hati dari semua lintasan jahat, kerana sikap ini akan mudah terbukanya hijab.

KETIGA BELAS, tidak boleh bergurau senda atau bergelak ketawa kerana perbuatan ini akan menggelapkan mata hati.

KELIMA BELAS, hendaklah mendampingi sahabat dan saudara-saudaranya ketika berasa susah hati atau menghadapi masalah.

KETUJUH BELAS, hendaklah membuang sifat cintakan kebesaran dan pangkat, krn sifat ini akan memutuskan perjalanannya kepada Allah.

KESEMBILAN BELAS, hendaklah bersifat sentiasa takutkan Allah dan mengharapkan keampunan-Nya. Di samping itu janganlah merasai dirinya itu telah membuat amal soleh, tetapi anggaplah semua amal solehnya yang tidak ada apa-apa maknanya.

KEDUA PULUH, hendaklah merahsiakan apa juga rahsia ghaib yang telah dikurniakan oleh Allah.

(Buku “Shaikh Dalam Ilmu Tarekat”, oleh Shaikh Dr Hj Jahid Sidek Al-Khalidi).

No comments:

Post a Comment