Sunday, July 17, 2016

PERTANYAAN ALLAH SWT DI HARI AKHIRAT

Allah swt akan bertanya kepada setiap orang di Hari Akhirat nanti: “Apa yang kamu bawa hari ini wahai hamba-Ku? Apakah kamu membawa Qalb-us-Saliim, hati yang murni, hati emas yang mulia?” Allah swt meminta setiap org agar mempunyai hati yang bersih. Anda hanya boleh mendapatkannya melalui Tarekat Tasawwuf Ahlus Sufi. Mereka yang tidak menjalani Tarekat Tasawwuf Ahlus Sufi hanya memenuhi hidupnya dengan kehidupan luar, meninggalkan hatinya. Ada 41 aliran Tarekat Tasawuf Ahlus Sufi, 40 di antaranya diturunkan melalui hati Sayyidina Ali r.a dan satu lagi Tarekat Naqsyabandiyah diturunkan melalui hati Abu Bakar ash-Shiddiq r.a. 

Rasulullah saw mempunyai 124,000 Sahabat. Siapa Sahabat terdekatnya? Beliau adalah Abu Bakar ash-Shiddiq r.a. Rasulullah saw bersabda: “Seluruh hal yg Allah swt percayakan kpdku di malam Isra, telah kutanamkan ke dlm hati Abu Bakar ash-Shiddiq r.a.” Syaidina Ali r.a dihubungkan dgn Abu Bakar ash-Shiddiq r.a sedemikian rupa sehingga Syaidina Ali r.a mendapat gelar Gedung Pengetahuan. Hal ini dikenal sangat baik di antara para Syeikh pemegang Tarekat Tasawuf Ahlus Sufi yg sebenarnya. Mereka semua menghormati Tarekat Naqsyabandiyah sebagai yg pertama.

Syekh sejati, bukan mereka yang menyebut dirinya sendiri Syeikh, seluruh Syeikh yg termahsyur, seperti: Jilani Q.S, Rumi Q.S, Darqawi Q.S, Rifa'i Q.S mereka semua mengetahui kedudukan sebenarnya dari Tarekat Naqsyabandiyah. Sekarang jika seseorang berada dalam satu aliran Tarekat Tasawwuf Ahlus Sufi, mereka boleh saja mengambil Tarekat Naqsyabandiyah dan tetap bebas menjalankan amalan2 seperti biasanya atau menjalankan amalan Tarekat Naqsybandiyah. Jika hanya melakukan amalan Tarekat Naqsybandiyah sahaja itu sudah cukup. Tidak menjadi masalah apabila anda berasal dari aliran Tarekat Tasawwuf Ahlus Sufi yang lain, kemudian mengikuti Tarekat Naqsybandiyah. 

Ramai orang merasa takut kalau Syeikhnya mendengar bahawa dia telah menganut Tarekat Tasawuf Ahlus Sufi yg kedua lalu dia akan marah. Jika dia adalah Syeikh sebenar, bagaimana mungkin dia boleh marah? Seorg Syeikh sejati harus mengetahui apakah muridnya bersama dia di Hari Perjanjian (pada awal penciptaan) atau tidak. Seorang penggembala mengetahui keadaan biri-birinya, satu dalam seribu, bahkan jika mereka semuanya berwarna putih. Dia mempunyai cahaya di matanya dan mengenal mereka tanpa membuat kesalahan. Dalam Tarekat Tasawuf Ahlus Sufi tidak ada kepiluan apabila seorg murid pergi kpd Syeikh yg lain. Kami berterima kasih kpd Syekh pertama yg telah melatihnya sampai dia bertemu Syekh yg sesungguhnya.

Abu Yazid Al Busthami Q.S berkata: “Selama melakukan pencarian, aku bertemu 99 Syeikh sebelum Aku bertemu Grandsyeikh Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar ash-Shiddiq r.a. “Anda boleh bertemu dengan banyak Syeikh dan melakukan suatu amalan, tetapi tidak akan mencari kepuasan hingga akhirnya anda menemui seorang Saidi Syekh, Pemimpin Para Syeikh dan Wali Quthub Penghulu sekalian Wali seperti sungai yang bertemu lautan. Begitu banyak Syeikh yang hanya menjadi pelatih, menunggu hingga akhirnya Saidi Syeikh memanggil. Bukan melalui surat tapi dari hati ke hati, di sana banyak sekali jalan. Jika seorang Syeikh Naqsyabandiyah memberi Tarekat Tasawuf Ahlus Sufi, beliau harus memberitahu muridnya siapa Saidi Syeikh di Tarekat Naqsybandiyah saat itu dan beliau harus mengarahkan kpdnya. Imam Mahdi a.s dan ketujuh Wazir (panglima) besarnya, 40 khalifah, 99 termasuk 40 orang yang berada di sisi Wazir dan 313 Mursyid Besar semua berada di Tarekat Naqsybandiyah. Di masa ini tidak ada kekuatan bagi Tarekat Tasawwuf Ahlus Sufi yg lain utk membawa seluruh org mencapai tujuan akhirnya.

Pertanyaannya, siapakah yang akan memimpin ummat ini untuk mempertanggung jawabkan segala amal perbuatannya di hadapan Allah swt? Siapa yang akan menjadi Imam jika 124,000 Sahabat dibawa? Siapa yg akan menjadi Imam? Jawapannya Abu Bakar ash-Shiddiq r.a. Selepas Abu Bakar ash-Shiddiq r.a, yg kemudian menjadi Imam adalah para penerusnya yg disenaraikan dalam silsilah Tareqat Naqsyabandiyah, tentu saja pengangkatannya bukan kerana garis keturunan, bukan pula atas persetujuan orang ramai akan tetapi telah di takdir oleh Allah swt sejak 1400 tahun silam, “Kun Fayakun” maka tersusunlah silsilah yang lengkap dari sejak Imam Pertama sampai akhir zaman kelak dan syukur alhamdulillah sekarang kita telah berada dalam silsilah terakhir yang membawa kita kepada kemenangan dunia akhirat. Di setiap zaman hanya hidup satu org Imam yg bergelar Wali Quthub (Pemimpin Para Wali) dan setiap manusia dimuka bumi ini harus ikut kpdnya. Setiap manusia harus datang berbai'at kepadanya walaupun harus merangkak di atas salji dan perlu menyeberangi tujuh lautan. 

Tahukah anda apa maksud hadis Rasulullah saw: “Tuntut lah Ilmu walau ke negeri China?” Kerana Rasulullah saw mengetahui kelak di negeri China akan lahir seorang kekasih Allah, seorang Wali Quthub dlm Silsilah Naqsyabandiyah, beliau tentu Syeikh Muhammad Baba Samasi Q.S yang merupakan Guru dari Syekh Amir Kulal Q.S guru langsung dari Syekh Bahauddin Naqsyabandi Q.S. Andai anda telah bertemu dengan Wali Quthub di zaman ini, maka anda tidak perlu sibuk lagi menunggu Imam Mahdi datang atau menunggu Nabi Isa turun kerana ibarat biji betik semuanya sudah ada di sana. Secara logik, kalau dengan Allah saja anda boleh dijumpakan oleh Beliau, apa sukarnya Beliau kenalkan anda kepada Imam Mahdi? Imam Mahdi bukanlah seseorang yang telah ghaib dan muncul kemudian di akhir zaman, bukan pula orang yang keluar dari tempat persembunyian kerana selama ini takut dicari-cari musuh. Pemahaman keliru itu harus anda luruskan agar anda benar2 boleh berjumpa dengan Imam Mahdi yang anda tunggu2 sebab kalau pemikiran anda belum lurus nanti kalau pun berjumpa dengan Imam Mahdi yang sesunguhnya, anda juga tidak akan terbuka hijab.

Jangan anda menunggu Imam Mahdi di pinggir laut atau bertapa di dasar telaga kerana sudah pasti anda akan disesatkan syaitan yg sangat halus dan boleh menyerupai wajah apa saja. Imam Mahdi merupakan pangkat rohani yang disandang oleh orang pilihan Allah untuk meluruskan Iman manusia dan tentu saja Imam Mahdi tidak akan turun kecuali melalui Silsilah Tarekat Naqsyabandiyah yang merupakan aliran Tarekat Tasawwuf Ahlus Sufi yang utama sebagaimana yang pernah disampaikan oleh Syeikh Bahauddin Naqsyabandi: “Akhir seluruh Tarekat adalah awal dari Tarekat ini (Tarekat Naqsyabandiyah)”. Sungguh luar biasa rasa syukur yang tidak terhingga atas kurnia Allah swt dengan diperkenalkannya kita dengan kekasih-Nya, seorang Wali Quthub Arif Billah yang sangat dicari oleh orang diseluruh muka bumi kerana melalui Beliau lah pintu langsung untuk berhubungan dengan Allah swt. (Sumber: Istilah Hati).

No comments:

Post a Comment