Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya”. Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada Hari Kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu dpd rambut2 matanya berkata, “Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad saw telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah swt, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu”.
Akhirnya Allah swt mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah swt. Malaikat Jibril a.s mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut. Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada Hari Kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dgn mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yg sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah swt berfirman yang bermaksud, “Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut”. (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan. (Surah al-Jatsiyah ayat 28). Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan.

Pada waktu itu, akan berkata setiap org hingga Nabi-Nabi dengan ucapan, “Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang Nabi sahaja yang akan berkata, Umatku, umatku. Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad saw”. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung2, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dgn berkata, "Wahai api! Demi hak org2 yg solat, demi hak org2 yg ahli sedekah, demi hak org2 yg khusyuk, demi hak org2 yg berpuasa, supaya engkau kembali”. Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, “Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad saw”.
Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril a.s “Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya”. Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah saw pun bertanya kepada Jibril a.s. “Wahai Jibril, Apakah air itu?” Maka Jibril berkata, “Itulah air mata org derhaka di kalangan umatmu yg menangis kerana takut kpd Allah swt. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu”. Maka padamlah api itu dengan izin Allah swt. Telah bersabda Rasulullah saw, “Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepadaMu, sebelum tidak ditemunya air mata”...“Tatkala mata telah mengalami kekeringan disebabkan tidak pernah menangis kerana takut kepada Allah, maka ketahuilah bahwa sesungguhnya keringnya mata itu adalah bersumber dari kerasnya hati.
Hati yang paling jauh dari Allah adalah hati yang keras.” (Ibnul Qoyyim Al Jauziah, Bada’i al-Fawa’id). “Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah!!! ia adalah hati” (Riwayat Muslim). Hadis riwayat Aisyah ra. isteri Nabi saw.: Rasulullah saw. bersabda: “Wahai Aisyah! Sesungguh nya Allah itu Maha Lembut yang menyukai kelembutan. Allah akan memberikan kepada orang yang bersikap lembut sesuatu yang tidak diberikan kepada org yg bersikap keras dan kepada yang lainnya”.

Renungan seketika… Derita sakit baru keluar air mata..? Sakit itu kifarah dosa buat hambanya. Ada mesej yang ingin disampaikan melalui sakit itu. Sakit itu akan mengajar erti kesihatan. Sakit akan menyebabkan kita menghargai nikmat kesihatan. Sakit mengajar kita supaya bersifat qanaah (memadai apa yg kita ada). Sakit menginsafkan kita sebagai seorang hamba Allah. Moga terus tabah menghadapinya.. Ya Allah.. terlalu berat ujian Mu ini.. Namun aku yakin tentu ada hikmahnya.. Walaupun tak terdaya aku memikul nya.. Tapi aku yakin bahawa Kau tidak akan menzalimi hambamu.. Ujian ujian yg Kau berikan mampu digalas hamba hambaMu.. Namun Ya Allah.. Aku lemah tak berdaya.. Bantulah hambamu ini Ya Allah..
Andai perjalanan hidupku begini liku likunya.. Kau tabahkanlah hatiku menempuhinya.. Andai pengajianku tamat disini.. Kau redhakanlah aku menerimanya.. Berikanlah aku kekuatan menghadapi segalanya.. Andai kehidupan ini perlu aku lalui sendirian tanpa sesiapa disisi ku.. Kau berikan aku semangat menghadapinya.. Andai dia masih lagi untuk ku.. Kau permudahkan urusan kami Ya Allah.. Andai dia bukan lagi milikku.. Kau redhakanlah hatiku.. Ketahuilah saat ini aku tidak mengharap cinta manusia lagi.. Aku hanya mengharap cintamu Allah.. Ya Allah...andai ini kafarah atas dosa dosa ku.. Aku terima Ya Allah.. Namun aku hanya insan biasa..berikanlah aku kekuatan.. Tabahkan hatiku.. Lapangkan fikiranku.. Tenangkan jiwaku.. Ya Allah andai ini takdir ku.. Aku pasrah dan aku redha.. Aku terima segala ketentuanmu Ya Allah.. Hanya pada Mu aku berserah..Ya Allah.. Kuatkan imanku Ya Allah.. Menghadapi segalanya.. Permudahkanlah segalanya.. Amin Ya Rabb!
No comments:
Post a Comment