Tuesday, July 12, 2016

ZAMAN KEMATIAN HATI

Diriwayatkan bahawa Imam Sufyan al-Tsauri rah. (wafat 161 Hijrah) pernah berkata:

يأتي على الناس زمان تموت فيه القلوب ، وتحيا الأبدان

“Akan dtg kpd manusia suatu zaman yg ketika itu hati2 manusia menjadi mati sementara badan2 mereka masih hidup” (Hilyah al-Awliya', Abu Nuaym). Inilah zamannya, apb manusia mungkin berbicara dgn fasih akan pelbagai ilmu dan hujah, namun jiwanya jauh dpd Allah dan kosong dpd nikmat ukhuwah dan taqwa.

Benarlah kata seorang dari salaf,

ان اقواما موتى تحيا القلوب بذكرهم وان أقواماً أحياء تعمى الأبصار بالنظر إليهم

“Betapa ramai org yg telah mati (iaitu mereka yang soleh) dapat menghidupkan hati dengan mengingati mereka dan sungguh betapa pula ada orang yang masih hidup namun dapat membutakan mata hati kita dengan hanya melihat kepada mereka” (Sifatus Sofwah, Ibn Jauzi).

No comments:

Post a Comment