Tuesday, July 12, 2016

ZAMAN YANG BURUK

Berkata seorang tabien yang bernama Imam Abu Hazim Al-Asyja'iy rah. (wafat 100 hijrah):

إذا كنت في زمان ترضى فيه من العلم بالقول، ومن العمل بالعلم، فأنت في شرّ زمان وشر أناس

Apabila kamu berada dalam zaman yang mana manusia menerima bahawa ilmu itu cukup dgn sekadar ucapan dan memiliki ilmu itu pula dianggap sudah cukup sebagai beramal. Maka sesungguhnya kamu berada dlm zaman yg paling buruk bersama dgn manusia yang paling teruk. (Tarikh Dimasyq, Ibn Asakir)

1. ترضى فيه من العلم بالقول 

Menerima dan meredhai bahawa ilmu itu cukup dengan sekadar ucapan, maksudnya orang menganggap bahawa menjadi seorang yang berilmu bermaksud dia boleh bercakap tentang agama. Sedangkan para salaf dahulu, menganggap seseorang yg berilmu ialah mereka yg sudah mengamalkan ilmunya, bukan sekadar pada ucapan ttpi ilmu ialah apb kamu takut pada Allah dan beramal dgn apa yg kamu tahu. Inilah yg disebut oleh salaf spt yg diriwayatkan dpd Imam Fudhail bin Iyadh rah yg menyebutkan bahawa;

لا يزال العالم جاهلاً بما علم حتى يعمل به, فإذا عمل به كان عالما

“Seorg alim itu masih dianggap jahil (bodoh) apb dia belum beramal dgn ilmunya. Apb dia sudah mengamalkan ilmunya maka barulah dia menjadi seorang yg benar2 alim” (Iqtidha’ al-'ilm al-'Amal, Khatib al-Baghdadi)

2. ومن العمل بالعلم 

Menerima dan menganggap bahawa amal itu sudah cukupi dgn sekadar memiliki ilmu. Maka kita akan mendapati bahawa org sudah berpuas hati dgn mengetahui sesuatu perkara ttpi tidak mengamalkannya. Mereka menganggap bahawa memiliki ilmu itu sudah merupakan amalan dan mencukupi. Sedang hadith yg sahih menyebut bahawa tidaklah akan berganjak kedua kaki anak adam pada hari kiamat sehinggalah dia ditanya tentang empat perkara dan salah satunya ialah:

وعن عِلمِهِ ماذا عَمِلَ فيهِ

“Dan tentang ilmunya, apakah yang sudah dia amalkan?” (Riwayat al-Tirmidzi dan Ibn Hibban)

Kita sedang berada dlm zaman yg disebutkan oleh Imam Abu Hazim rah. ini! Ada org yg merasa sombong kerana perasan dia berilmu atau hebat dakwahnya. Dia ada maklumat tetapi dia sebenarnya bukan alim. Alim ialah mereka yg bukan sekadar memiliki maklumat tapi yg mempunyai hakikat ilmu dan takut kpd Allah s.w.t. Sebagai seorg pendakwah, tugas yg paling susah ialah utk menyedarkan diri kita sendiri bahawa kita tidak lebih baik dari orang yang kita dakwah! Lidah kita 'mudah' mengatakan sesuatu pada org lain tetapi telinga kita tidak pula 'mudah' menerima apa yg dikatakan org lain!...Itulah lidah! Jangan hanya fokus kotornya baju saja tapi lihatlah juga kesan noda dan kotoran yg terkena di hati kita semua.

No comments:

Post a Comment