Ya Allah… Jika hari ini ada di antara kami yang sedang sakit, mohon angkatlah penyakitnya ya Allah. Berikanlah kesembuhan untuknya kerana hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan.
Ya Allah… Jika hari ini ada di antara kami yang kesulitan rezki, Mohon mudahkanlah dan bukalah jalan rezekinya ya Allah kerana hanya Engkau Maha Pemberi Rezeki.
Ya Allah… Jika hari ini ada di antara kami yang hatinya sedang susah dan bersedih, menerima dan menghadapi ujian-Mu, Mohon Kuatkanlah ia untuk mampu bertahan dan bersabar..Dan hiburlah ia dengan penuh kurnia-Mu kerana janji-Mu yang tak pernah Kau ingkari, Setelah kesusahan ada kesenangan dan kemudahan.
Ya Allah… Jika hari ini ada di antara kami yang sedang ada benih-benih sakit hati di hatinya sombong, iri hati, dengki dan dusta. Mohon bersihkan dan sucikanlah ya Allah.
Ya Allah… Mohon ampunilah segala dosa dan khilaf kami. Pun jika sampai hari ini ada di antara kami, yang merasa disakiti dan dizalimi kerana kesalahan kami yang disengaja atau pun yang tidak disengajakan. Bukakanlah pintu hatinya agar memaafkan kami.
Ya Allah… ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru-guru kami, dosa rakan-rakan kami, dosa jiran-jiran kami dan dosa kaum Muslimin dan muslimat. Sesungguhnya Kau lah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani.
Aamiiin Ya Rabbal Alamiin.
2). Jangan menilai orang dari rupanya. Karena Rasulullah saw melihat seorang yang bertubuh pendek tak menawan iaitu sahabat beliau Sayyidina Julaybib r.a dikejar - kejar oleh para bidadari syurga. Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. Karena seseorang yang hampir membunuh Rasul pun kini terbaring disebelah makam beliau iaitu Sayyidina Umar Bin Khattab. Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah pun akhirnya menjadi pedang-nya Allah(saifullah) iaitu Sayyidina Khalid Ibnu Walid. Jangan memandang orang dari status dan hartanya. Karena sepatu emas fir'aun pun berada di neraka, sedangkan sandal lusuh Sayyidina Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di syurga. Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya, agar di setiap ilmu yang kita miliki, dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat lagi kepada Allah Ta'ala.
3). HIKMAH SALIK HANYA TAWAJJUH
“Permintaanmu kepada-Nya bererti suatu tuduhan (kurang percaya) terhadap-Nya”. (Sheikh Ibn Athaillah As Sakandari, Kitab Hikam). Kita juga wajib percaya kepada janji-Nya, bahawa Dia telah menentukan segala sesuatu pada masa “azali”, dan seluruh apa yang ditentukan oleh-Nya. Dialah yang mentakdirkannya, pada hari dan masa tertentu, sebab kehendak Allahlah yang tetap akan terlaksana dan sama sekali bukan kehendak kita. Kerana itu orang tasawuf yang muwahhid dan hampir kepada Allah s.w.t. tidak suka meminta-minta kepada Allah terutama dalam hal duniawi... tetapi sibuk dengan Allah dan hati tawajuh musyahadah. (Susunan: Tn. Hj. Ir Alias Hashim Asy-Syattari).
4). KENAPA DIBACA “NUSSINA” BUKAN “NASINA”
Syeikh Nuruddin ketika meriwayatkan hadis ke 13 kitab
"لا تحقرن من المعروف شيئا"
mengingatkan tentang besarnya dosa terhadap mereka yang menghafal ayat-ayat Al-Quran tetapi melupakan ayat tersebut. Syeikh juga menyebut tentang kalimah "Nasina" yang bermakna "Kami lupa”. Ketika kita berdoa selepas membaca Al-Quran…
اللهم ارحمنا بالقرآن...
واجعله لنا إماما ونورا وهدى ورحمة...
اللهم ذكرنا منه نسينا...
Biasa kita akan baca dengan baris "nasina" sepatutnya dibaca dengan "nussina"
"Nasina" bermakna: Kami telah melupakan. "Nussina" bererti: Kami telah dilupakan. Kenapa tidak boleh dibaca dengan "nasina"?
1. Hadis daripada Abdullah bin Mas'ud berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:
بئس ما لأحدهم أن يقول نَسيتُ آية كيت وكيت بل نُسِّيَ. { متفق عليه }
“Yang terburuk seseorang di antara mereka adalah orang yang mengatakN: …Aku lupa ayat ini …ayat ini... Tetapi dia telah dibuat lupa. Hadis ini menyebut secara jelas dengan perkataan نسي yang beerti telah dibuat lupa atau telah dilupakan.
2. Syeikh menekankan tentang adab kita bersama Al-Quran. Sekiranya kita menggunakan perkataan "nasina" seolah-olah kita sengaja melupakan Al-Quran yang kita hafal akibat kelalaian kita menjaga ayat yg telah kita hafal. Imam al-Qurtubi berkata: “Malas menyebabkan terjadinya lupa kerana dia lalai dalam memelihara dan menjaga hafazannya”. Apabila kita menggunakan perkataan "nussina" kita lebih beradab dengan Al-Quran. Seolah-olah kita tidak sengaja melupakan ayat-ayat Allah yang telah kita hafal. Wallahualam. (Via: Ustaz Ahmad Faisal Osman alhafiz)
5). LALUAN SALIK DARI SATU MAQAM KE MAQAM SETERUSNYA
Tidak sempurna keluar dari sesuatu melainkn masuk nya kita dlm sesuatu yg lain. Keluar alam rahim, masuk alam dunia, keluar alam dunia, masuk alam barzakh. Qias lah dlm apa jua dlm kehidupan. Keluar sek rendah. Masuk sek menengah. Keluar menengah masuk U. Keluar U. Masuk alam kerja. Keluar alam bujang. Masuk alam kahwin. Keluar alam berdua. Masuk alam beranak pinak. Begitulah dlm perjalanan menuju Allah. Setiap manusia itu bermula dan berakhir tetapi sbnarnya pengakhiran itu juga permulaan. Keluar itu sbnarnya masuk ke tingkat/maqam yg lain. Yg tinggi hemah nya akan terus berjalan hingga akhir dan masuk lagi ke maqam yg lebih tinggi. Dan syaikh itu tugasnya membawa kita berjalan dari satu destinasi ke satu destinasi..maqam ke maqam. Yg berbangga dgn ijazah/ilmu itu tertipu, yg berbangga dgn amal itu tertipu. Yg berbangga dgn syaikhnya yg masyhur itu tertipu. Kerana yg disangka itu smua pengakhiran cita2 sedangkn itu smua baru saja permulaan.
6). SEORANG AYAH JUGA BOLEH DERHAKA
Sayyidina Umar berkata: “Seorang ayah akan menjadi derhaka pada anaknya kerana tiga perkara. Pertama, jika dia memilih isteri yang tidak solehah untuk meletakkan beinhnya ke dalam rahim wanita tersebut. Kedua, jika dia menamakan anaknya dengan nama yang tidak elok. Ketiga, jika dia tidak mengajarkan pada anaknya membaca Al-Quran.” Lalu anak itu pun berkata: “ Jika yang demikian, ayah ku telah menepati ketiga-tiga criteria tersebut. Ayahku telah memilih seorang wanita yang jahat (dengan erti kata lain, ibunya bukanlah wanita yang baik), dia telah memberi nama ku yang bermaksud kelawar, dan dia tidak pernah mengajarkan kepada ku untuk membaca Al-Quran.”
No comments:
Post a Comment