Kata Syaidina Ali bin Abi Thalib r.a: “Wanita itu boleh sembunyikan (menahan) cintanya selama 40 tahun (kpd yang disukainya) dan tidak mampu menyembunyikan kebencianya (terhadap sesuatu) walaupun sesaat, manakala orang lelaki tidak mampu menahan cintanya pada wanita, jika diberikan harta sebanyak mana pun dia dia tetap mahu mencari wanita untuknya (wanita adalah kelemahan dan menjadi fitnah bagi lelaki)”.
Allah berfirman: “Dijadikan indah dalam pandangan manusia kecintaan terhadap apa yang mereka inginkan, berupa perempuan-perempuan…” (QS. Ali-Imran: 14). Rasulullah saw sabda: “Tidak aku telah tinggalkan selepas kewafatanku akan fitnah yang lebih mudharatkeatas lelaki lelaki daripada wanita (fitnah wanita)”. Maka wanita bantulah lelaki untuk kuatkan iman mereka bukan melemahkan, jika kasihmu padanya janganlah kamu rosakkan akhiratnya. Dan lelaki lebih banyak berfikir dalam satu tindakan yang akan dibuatnya
Di dalam ilmu bahasa arab lelaki di panggil muzakkar dan wanita dipanggil mua'anas, objek atau isim yang tidak bernyawa, tidak berakal atau tidak bercakap di panggil muan'as demikian menunjukkn wanita itu ada kelemahan dari berfikir berbanding lelaki, namun ianya bukanlah mengatakan wanita itu tidak berakal, adalah salah tanggapan begitu, cuma ianya adalah soal umum dan gholibnya lelaki yang menjadi pemimpin dan lebih panjang fikiranya
Manakala wanita sememangnya mereka itu mempunyai hati yang kuat dan mampu menahan dari menyukai dan mencintai lelaki. Akan tetapi mereka diberikan kelemahan juga iaitu didalam pengawalan perasaan, kesabaran didalam kemarahannya, kebencianya dan pemikiranya. Oleh itu kaum adam dan hawa saling memerlukan dalam menyempurnakan diri mereka. Saling sempurnakan, saling bantu membantu untuk mendapat redho Allah. Setiap manusia Allah ciptakan kelebihan dan kekurangan.
Dan Agama tidak mengajar kita untuk jadi sempurna baru kita memperbetulkan yang lainnya akan tetapi agama mengajar. Baikilah dirimu dan (waktu yg sama) serulah (kebaikan) kepada selain dirimu (orang lain). Paling kita perlukan adalah menjadi tawaduk, kerana itu merupakan sifat utama bagi hamba. Tawaduk juga merupakan sifat utama bagi para Nabi, dan ia juga menjadi langkah pertama untuk menjadi seorang wali. (Maulana Shaykh Muhammad Nazim Al Haqqani).
2). KEDUDUKAN KITA DI AKHIR ZAMAN
Ketika Ulama Qiraat merdu bertarannum Al-Quran, para pemuda yang salah tajwidnya berdebat tentang tafsiran al-Quran. Ketika Ulama Hadis menyendiri mengamalkan sunnah, para pemuda yang jahil nahunya sibuk berdebat tentang kesahihan hadis. Ketika Ulama Tauhid mencapai kesaksian makrifat, para pemuda yang tinggalkan dakwah sibuk berdebat tentang kekufuran umat. Ketika Ulama Feqah tekun memperbanyakkan ibadah, Para pemuda yang malas talaqqi sibuk berdebat tentang dalil ijtihad. Ketika Ulama Tasawwuf mujahadah menyelami hikmah, para pemuda yang rosak akhlaknya sibuk berdebat tentang amalan soleh. Ketika Ulama Tasawuf sedang menikmati zikrullah, Para pemuda menikmati hidangan dunia yang melalaikan. (Ustaz Yusaini Matin).
No comments:
Post a Comment