Thursday, April 14, 2016

PECAHAN KAFIR

(Kafir Harbi, Kafir Zimmi, Kafir Muahhad & Kafir Musta’man). Betul ke Kafir Harbi boleh dibunuh dan dirampas hartanya? Sedikit bacaan pagi yang berkat ini, semoga hamba dan muslimin sekelian sentiasa dalam rahmat Allah. Kafir ada beberapa pecahan.

1. Kafir harbi yang berhimpun kita sertanya dalam tempat peperangan.

2. Kafir Zimmi iaitu mereka yang memberikan jizyah/cukai bagi pemerintah pada tiap2 tahun.

3. Kafir Muahhad iaitu mereka yang ada ia antara Muslim dan kafir satu perjanjian bagi masa yang tertentu.

4. Kafir Musta’man iaitu yang diberikan keamanan daripada Muslim.

Adapun kafir harbi iaitu kafir yang tidak ada penghormatan baginya. Adapun selainnya daripada Zimmi dan Muahhad dan Musta’man maka diberikan atasnya penjagaan yakni tidak boleh dibunuh dan hartanya tidak boleh dirampas dan umpamanya. Pengharusan bunuh dan rampas harta kafir harbi tidak boleh berlaku melainkan ketika syariat jihad/perang  di keluarkan. Dengan makna sekiranya perang antara muslim dan kafir harbi maka ketika itu harus dibunuh dan hartanya harus dirampas.

Manakala bukan situasi perang/jihad maka tidak ada pengharusan bunuh dan rampas seperti mana fahaman kebanyakan orang yang kurang faham tentang hokum tersebut. Inilah yang saya fahami dalam ibarat kitab2 feqh Shafie dan lainnya. Jika saya salah faham dengannya maka saya minta maaf atas kekurangan saya. Oleh itu mana2 kenyataan yang keluar dari sesaorang yang mengatakan apabila di isytihar sesaorang itu kafir harbi maka boleh dibunuh dan dirampas hartanya pada bukan waktu perang/jihad atau bila-bila masa maka itu bukan dan tidak ada disebut dalam mana2 kitab feqh.

Begitu juga dalam mana2 kita syarah hadits dan tafsir atau saya salah faham dengan ibarat2 kitab tersebut. Firman Allah taala:

وَإِنْ أَحَدٌ مِنَ الْمُشْرِكِينَ اسْتَجَارَكَ فَأَجِرْهُ حَتَّى يَسْمَعَ كَلَامَ اللَّهِ ثُمَّ أَبْلِغْهُ مَأْمَنَهُ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَعْلَمُونَ (6)

Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami Islam), maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam).

كَيْفَ يَكُونُ لِلْمُشْرِكِينَ عَهْدٌ عِنْدَ اللَّهِ وَعِنْدَ رَسُولِهِ إِلَّا الَّذِينَ عَاهَدْتُمْ عِنْدَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ فَمَا اسْتَقَامُوا لَكُمْ فَاسْتَقِيمُوا لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَّقِينَ (7)

Bagaimanakah dapat diakui adanya perjanjian (keamanan) di sisi Allah dan RasulNya bagi orang-orang musyrik (sedang mereka mencabulinya)? Kecuali orang-orang (musyrik) yang kamu telah mengikat perjanjian setia dengan mereka dekat Masjid Al-Haraam. Maka selagi mereka berlaku lurus terhadap kamu, hendaklah kamu berlaku lurus pula terhadap mereka; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa.

كَيْفَ وَإِنْ يَظْهَرُوا عَلَيْكُمْ لَا يَرْقُبُوا فِيكُمْ إِلًّا وَلَا ذِمَّةً يُرْضُونَكُمْ بِأَفْوَاهِهِمْ وَتَأْبَى قُلُوبُهُمْ وَأَكْثَرُهُمْ فَاسِقُونَ (8)

Bagaimana (boleh dikekalkan perjanjian kaum kafir musyrik itu) padahal kalau mereka dapat mengalahkan kamu, mereka tidak akan menghormati perhubungan kerabat terhadap kamu, dan tidak akan menghormati perjanjian setianya. Mereka menjadikan kamu bersenang hati hanya dengan mulut mereka, sedang hati mereka menolaknya; dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.

اشْتَرَوْا بِآيَاتِ اللَّهِ ثَمَنًا قَلِيلًا فَصَدُّوا عَنْ سَبِيلِهِ إِنَّهُمْ سَاءَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (9)

Mereka menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit (dari faedah-faedah dunia), lalu mereka menghalangi (dirinya dan orang-orang lain) dari ugama Allah; sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah kerjakan. Surah at Taubah ayat 6-9. Wallahuaalam.

No comments:

Post a Comment