Fana itu ada 4 (empat):
1). Fana pada afaal.
2). Fana pada asma.
3). Fana pada sifat.
4). Fana pada zat.
1. FANA AFAAL (PERBUATAN)
“Allah mencipta kamu dan apa-apa yang kamu perbuat (QS As-Saffat:96). Allah juga berfirman ketika (perang badar): “Bukan engkau yang melempar wahai Muhammad, tetapi Allah yang melempar”. Allah juga berfirman: “Tidak ada daya upaya melainkan dengan izinNYA”, mengESAkan Allah pada segala perbuatan maksudnya pandang lah dengan syuhud hati dan iktiqad yang putus dan dengan haqqul yaqin bahawa segala perbuatan dan gerakan dialam ini baik yang datang dari diri kita sendiri atau dari semua makhluk dialam ini baik yang diredhai oleh syarak mau pun tidak diredhai, ia adalah afaal Allah.
Pandang lah apa yang dilihat didepan mata, dedaun bergorang , burung-burung berterbangan, awan berarak, gelombang mengganas, kemalangan jalan raya, perederan cekerawala dan apa sahaja yang bergerak dialam ini adalah AFAAL ALLAH (tiada daya upaya, melainkan dengan izinNYA). Apabila kita mengekalkan syuhud bahawa perbuatan itu terbit dari Allah engan membiasakan sedikit demi sedikit hingga mesra didalam hati , apabila sudah mesra pandangan dengan keadaan deminkian maka jadi lah kamu “MUSYAHADAH”.
Musyahadah itu maknanya pandangan itu tidak bercampur antara pandangan yang zahir dengan yang bathin, maka baru lah kita sampai kemaqam (wahdatul afaal). Namun walau pun perbuatan itu terbit dari Allah tetapi jangan lah kamu bersikap melampau pada syariat, jangan sekali-kali beriqtiqad gugur taklif syarak kerana sudah digariskan oleh kitab penuh hikmah ia itu Al-Quran. Berhati-hati lah, hendaklah terasa takut agar tidak lupa memandang wahdatul afaal yang dapat menyampaikan kita kepada keindahan wajibul ujud. Takut lah daripada mengatakan diri kita berkemampuan , mengatakan kita sendiri lakukan (berkuasa berbuat).
Jika kita sakit dan kemudian kita berkata: “wah nasib baik ada ubat ini, maka sembuh penyakit aku”, maka berhati - hatilah dengan ucapan itu jika tidak beriqtiqad ubat itu tidak berkuasa menyembuhkan melainkan Allah. Selami sifat 7 (sifat maani) yang ada pada diri, qudrat iradat ilmu hayat bashar sama dan qalam semua itu milik Allah dan ada pada kita berkehendaknya engkau berhajat sesuatu kerana ada nya IRADAT Allah. Tanpa iradat Allah hidup menjadi “hampa” tanpa keinginan (berbuat sesuatu).
No comments:
Post a Comment