1). Syahadat Adam a.s: Rasul yang pertama adalah Nabi Adam a.s, Bunyi syahadatnya begini: “ASHADU ALA ILAHA ILLALLAH WA ASHADU ANNA ADAM KHALIFATULAH”. Perintah Allah: Hai Adam, kamu adalah untusanKu. Kamu jangan mempunyai keinginan makrifat kepadaKu. “WALLAHU BATINUL INSAN AL INSANNU DOHIRULLAH”. Artinya: ketahuilah wujud kamu, kenallah diri kamu, wujud kamu adalah keadaan wujud Aku. Hai Adam, setelah kamu memahami dan mengerti wujud kamu adalah wujud Aku, sekarang kamu harus solat dua rakaat maka solatlah adalah agar kamu menerima kebaikkan.
3). Syahadat Ibrahim a.s: Rasul yang ketiga adalah Nabi Ibrahim a.s dan syahadatnya adalah begini: “ASHADU ALLA ILAHA ILLALLAH WA ASHADU ANNA IBRAHIM KHALIFATTULLAH”. Perintah Allah: Hai Ibrahim, kamu adalah utusan Kami, kamu jangan berkeinginan makrifat kepada Kami. Dalilnya (Basyar dan Basiron) Ketahuilah pengelihatan kamu. Pengelihatan kamu adalah kenyataan pengelihatan kami. Kamu harus solat asar empat rakaat dan kamu harus menerima diberikan dua mata, dua tangan. Begitulah solat asar wajib kepada umat-umatnya.
4). Syahadat Isa a.s: Rasul keempat adalah Nabi Isa a.s dan syahadatnya adalah begini: “ASHADU ALLA ILAHA ILALLAH WA ASHADU ANNA ISA ROKHULLAH”. Perintah Allah: Hai Isa ketahuilah bahawa nafas kamu adalah kenyataan hidup Aku dan kamu harus solat tiga rakaat di waktu maghrib dan kamu harus mengerti bahawa kamu telah diberikan dua lubang hidung dan nafasnya. Begitulah sebabnya fardu solat maghrib tiga rakaat.
5). Syahadat Musa a.s: Rasul yang kelima adalah Nabi Musa a.s dan syahadatnya begini: (KATA HIDUP KITA KEPADA SUARANYA). “ASHADU ALLA ILAHA ILLALLAH WA ASHADU ANNA MUSA KALAMMULLAH”. Perintah Allah: Hai Musa, kamu adalah utusan Kami, kamu jangan berkeinginan makrifat kepada Kami. Kenalilah ucapan kamu dan ucapan kamu adalah kenyataan ucapanKu. Dalilnya Kalam-Mutakaliman tapi kamu sekarang harus solat empat rakaat waktu isyak dan kamu harus menerima diberikan depan, belakang, kanan, kiri. Begitulah sebabnya fardu solat Isyak empat rakaat.
6). Syahadat Muhammmad s.a.w: Rasul yang keenam adalah Nabi Muhammad s.a.w. Syahadatnya adalah begini: “ASHADU ALLA ILAHA ILALLAH WA ASHADU ANNA MUHAMMADDARASULLULLAH”. Perintah Allah: Hai Muhammad, kamu adalah utusan kami, sekarang kamu hatus Tajali, kamu harus makrifat kepada kami sebab kamu adalah yang paling dekat kepada kami. Dalilnya: “AL INSANNU SIRRI WA ANNA SIRRUHU”. Artinya: Muhammad! Rasa kamu adalah rasa Kami maka pangkat mu Rasulullah. Rasa kamu-rasa Kami. Sekarang kamu adalah kekasih Kami. Ini Kami memberi cara untuk mendekatkan diri kepada Kami. Turunlah kamu kepada anak cucu para wali dan umat-umat mu sampai ke akhir zaman. Begitulah perjanjian kepada Rasul.
No comments:
Post a Comment