Saturday, June 4, 2016

WAHDANIATULLAH - MENGENAL SIFAT

Firman Allah: Al-Waqiah:58. “Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan? Dia ciptakan dari air yang terpancar. Dari setetes mani , Allah menciptakannya lalu menentukannya”. Adapun istilah bagi SIFAT Tuhan itu adalah umpama setetes air mani yang bergelar AINUL SABITAH ataupun NOKHTAH. Ini adalah Muhammad Yang Akhir yang menjadi RASUL kepada manusia. AWAL itu adalah ZAT dan AKHIR itu pula SIFAT BAGI ZAT. Maka marilah diambil contoh . Fikirkan baik baik kerana SIFAT ini dapat diterima akal walau bodoh macam mana pun manusia itu.

CONTOH AGAR FAHAM – SEBIJI BENIH LADA & SEPOKOK LADA. Kalau aku ambil SEBUTIR BENIH ciliapi, maka aku katakan bahawa biji benih itu bukanlah SEBUTIR BENIH tetapi ianya adalah SEBATANG POKOK CILIAPI yang lengkap. Ada akar, ada batang, ada ranting, ada daun, ada bunga , ada buah malah ada biji biji benih sekali. TENTU kamu akan mengatakan aku gila sebab yang kamu nampak ditanganku ialah SATU BIJI BENIH. Maka siapakah yang gila ? Aku atau kamu ?. Pada zahirnya aku akan ditomah gila oleh manusia, kerana yang zahir dan nampak pada mata kasar manusia itu HANYA sebutir biji benih cili api. Kalau benih tetap ianya benih bukan sebatang pokok.  TIDAK GILA kata Tuhan. Tuhan kata tidak gila kerana aku TIDAK MEMANDANG BENIH ITU SAHAJA. 

BASARULLAH menampakkan padaku apa yang ada didalam biji benih itu. Untuk membuktikannya maka aku tanam biji benih itu kedalam tanah yang subur dan dalam masa 1-2 bulan sahaja maka YANG TADINYA HANYA SEBIJI BENIH telah menjadi sebatang pokok cili api yang lengkap seperti apa yang aku jelaskan dan tunjukkan kepada kamu 1-2 bulan yang lalu Dan barulah orang percaya bahawa aku tidak gila tetapi manusia yang BENAR kerana buktinya ada didepan mata. Rupanya matalah yang membuat keputusan dan bukannya otak atau hati nurani manusia itu.

Firman Allah : Surah Ali Imran : “Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang kami hendak mengujinya, kerana itu kami jadikan dia MENDENGAR & MELIHAT”. Sesungguhnya SEBUTIR BENIH CILI API itu adalah sama jua dengan istilah SETETES MANI bagi manusia. Umpama sebiji benih cili api tadi telah ada disediakan Allah sepokok lada api yang lengkap , maka didalam setetes air mani tadi juga telah lengkap seorang manusia yang lengkap segala-galanya…ya lengkap segala-galanya.

Nota Sifakir : Penulis kitab ini ada membuat NUKILAN berupakan dua bulatan. Pertama ialah satu bulatan yang kosong. Kedua merupakan bulatan yang ada titik ditengahnya. Ini (bulatan yang kosong) adalah SIFAT bagi DIRI ZAT (Fakir = walaupun bulatan itu pada mata kasar dilihat sebagai bulatan yang kosong sebenarnya ia adalah bulatan yang penuh – penuh diliputi oleh Zat umpama cawan yang kosong pun penuh iaitu dipenuhi oksigen / udara yang ghaib = ada tapi tidak dapat dilihat). Manakala SETETES AIR MANI itu ialah SIFAT ZAT bagi diri manusia. (Bulatan yang ada titik ditengahnya = fakir)

Didalam setetes air mani itu telah lengkap badannya dengan segala anggotanya luar dan dalam, Qada’ & Qadarnya, Rasulnya, Malaikat atau Nyawanya, semua telah diadakan Allah Cuma mata kasar tidak nampak.  Kalaulah nampak maka bukanlah RAHSIA ALLAH namanya. Firman Allah : Al-Hadid : 22 “Tiada suatu bencana pun yang menimpa dibumi dan pada dirimu sendiri melainkan telah TERTULIS didalam KITAB sebelum Kami Menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah”.  Maka jika dikaji Firman diatas, nyatalah pada diri manusia bahawa jatuhnya SETETES MANI dan sebelum menjadi DARAH & DAGING telah siap segala-galanya- ya segala-galanya sama ada ianya hidup lama ataupun pendek, kaya atau miskin, berpangkat atau tidak, baik atau jahat.. SEMUANYA telah siap.. disiapkan. Inilah yang dikatakan LOH MAHFUDZ atau SURATAN AMAL ataupun AL-KITAB yang sebenarnya yakni AL-QURAN.

Firman Allah : “Dan segala urusan yang kecil mahupun yang besar adalah TERTULIS Dan tiap tiap perkara yang mereka lakukan adalah TERTULIS didalam Kitab Suratan Amal”. Dari itu wahai orang orang Islam Yang Beriman! Ketahuilah secara mendalam tentang Pancaran Air Mani yang zahir oleh pandangan matamu. SETITIK MANI yang membawa RAHSIA DIRI ALLAH akan merasakan betapa Lazatnya Rasa Penerimaan ZAT. Kalau anda tidak tahu bahawa mani itu datang dari Zat Allah maka anda sebenarnya mengikut hawa nafsu anda.

Firman Allah : An-Nisa : 140 “Dan sesungguhnya Allah menurunkan kamu didalam Al-Quran”. Ayat ini sangat pelik dan tahukah anda apa maksudanya? Al-Quran disini maksudanya ialah MANI SETITIK dan dari mani itulah zahirnya manusia melalui pertemuan bapa disampaikan kedalam Rahim ibu. Firman Allah : Ath – Thaariq : 2-10: “Tahukah kamu apakah yang datang pada malam hari itu? Bintang yang CAHAYANYA MENEMBUS. Tiada suatu jiwa pun melainkan ada PENJAGANYA. Maka hendaklah manusia memperhatikan dari apakah dia diciptakan”.

Dia diciptakan dari air yang terpancar, yang keluar dari antara TULANG SOLBI laki laki dan TULANG DADA perempuan. Sesungguhnya Allah benar benar Berkuasa untuk mengembalikannya. Pada hari ini DINAMPAKKAN SEGALA RAHASIA. Maka sekali-kali TIADA BAGI MANUSIA itu kekuatan pun dan tidak ada penolong. Maka terjawablah segala RAHASIA TUHAN, apabila aku salinkan Ayat Ayat diatas. Zahirnya manusia itu melalui air mani yang Allah Ciptakan yang lengkap dengan jasad yang mati yang menjadi hidup bila ada nyawa. Nyawa inilah ULUL AMRI yang bernama RUHUL QUDDUS atau RUH AL-QUDSI yang menjaganya.  Kuatnya jasad / manusia kerana kuatnya Nyawa.  Kuatnya nyawa kerana ianya ialah MALIKKIL QUDDUS yakni ZAT ALLAH yang SEDIA ADA didalam DIRI manusia itu. Jasad itu bergerak kerana KUDRAT ALLAH dan tiada sebiji zahrah sekalipun kuasa manusia itu melainkan KUDRAT ALLAH semata-mata.  Kenapakah manusia itu tidak mahu percaya?

No comments:

Post a Comment