BismillahirRahmanirRahim. Hak akan menang, dan kebatilan akan hancur bersamaan dengan datangnya waktu. Insha'Allah kita adalah Hakkanis. Seperkara lagi yang harus saya katakan, bahawa sesungguhnya kita adalah Osmanli Naksibendi. Sheykh Mevlana sendiri yang berkata kepada saya "buka cawangan ini, perjalanan ini. Saya tidak memberikannya kepada sesiapa pun, saya berikan hanya kepadamu.” Beliau memberikan saya panji-panji ini. Beliau berkata "ini adalah panji-panji kamu. Kibarkan dan pacakkan di merata dunia ". Kami tidak menghebohkan perkara ini. Kami tidak membuat publisiti.
Ini berlaku apabila di dalam kolam kami Allah menulis nama-Nya Allah, Muhammad, dan nama-nama para Sahabat. Kami mengambil gambar dan menunjukkan kepada Sheykh Mawlana, dan beliau melihatnya. Pada waktu itu saya sedang berdepan dengan serangan fitnah yang bertubi-tubi. Dan hati ini benar-benar patah dan remuk. Saya sedang duduk bersendirian di kawasan saya di sana, hanya cuba untuk melakukan beberapa khalwat di kala serangan dan dakwaan berunsur fitnah yang dilakukan tanpa henti dilontarkan pada diri ini. Saya berdoa, Ya Rabbi, aku tidak melakukan apa-apa, apakah sebabnya maka aku diserang sebegini rupa?
Adalah amat sukar untuk membuktikan kepada orang akan kebenaran yang sedang dilakukan ini kerana pihak-pihak yang menyerang merupakan selebriti besar. Saya benar-benar terganggu dengan kejadian ini. Di kala itu, saya mendengar seseorang memanggil dan berkata "kelihatan tulisan di kolam". Kami tidak membuat terlalu banyak publisiti tentang perkara ini juga. Ia berada di sana. Bertahun-tahun lamanya. Allah mengukir nama-Nya di sana. Apakah ertinya? Allah meletakkan cap-Nya dan berkata "ya, berdirinya tempat ini adalah atas izin Allah dan Nabi-Nya." Menyusuli nama Allah dan Rasul-Nya adalah nama Abu Bakar Siddiq dan Omar dan Ali (ra). Beberapa perkara mula berubah dengan sendirinya. Saya berkata "Alhamdulillah, Subhanallah, Alhamdulillah”.
Sejurus selepas berlakunya kejadian itu, saya mendapat sebuah mimpi dan sewaktu berada di Cyprus, saya menceritakan mimpi itu kepada Sheykh Maulana. Tujuan saya ke Cyprus bukan hanya untuk itu. Saya menunjukkan gambar-gambar yang diambil di kolam kami kepada Shaykh Mawlana dan menceritakan kepada beliau apa yang telah berlaku. Beliau melakukan sedikit Rabita dan setelah itu, dengan penuh kegembiraan beliau berkata kepada saya, “Nabi (asws) sangat gembira dengan tugas yang kamu lakukan. Dan baginda (asws) memberikan Panji-Panji ini kepada mu. Inilah perjalanannya untuk kamu.’
Dan beliau memberikan saya satu lagi Panji-Panji yang belum saya letakkan lagi, sambil mengarahkan saya untuk membuka sebuah laman web untuk mengumpul dan menyebarkan beberapa perkara-perkara yang lain. Saya belum melakukannya lagi. Ia akan berlaku tidak lama lagi. Inilah yang dikatakan Sheykh Maulana kepada saya beberapa tahun yang lalu. Dan beliau mengatakan bahawa ini adalah tanda-tanda kedatangan Mahdi (AS), “kamu akan lakukan satu tugas besar untuk itu.” Saya tidak menghebohkan perkara ini kepada orang ramai. Tetapi beliau juga tidak berkata kepada saya "ini adalah rahsia" kerana terdapat beberapa orang yang hadir dan menyaksikan pertemuan kami pada waktu itu.
Sheykh Maulana sendiri yang telah mereka lambang Panji-Panji, dan memberi arahan kepada saya tentang bagaimana harus kami bentukan bulan sabit dan warna-warna apa yang harus digunakan. Beliau menegaskan, "ini adalah warna kamu dan orang-orang kamu harus menggunakan warna-warna ini juga.” Itulah sebabnya kamu melihat hijau dan merah di merata kawasan kami. " Ini adalah warna yang diberikan kepadamu," dan beliau meneruskan lagi, "kamu akan memegang Panji-Panji ini di hari kiamat kelak". Itulah yang dikatakan Sheykh Mawlana kepada saya. (SahibulSaif Sheykh Abdul Kerim Effendi Hz).
No comments:
Post a Comment