Menjadi ketentuan Allah dalam setiap zaman, akan dipilih beberapa orang untuk menjalankan kerja dakwah ke seluruh dunia. Untuk pilihan Allah ini, syarat utama ialah Taqwa. Berusahalah sedaya-upaya untuk mentaati perintahNya dengan sempurna dalam diri. Syarat utama Taqwa ialah ittiba' sunnah. Sunnah ibadat, sunnah adat dan sunnah dakwah. Sejauh mana kita ittiba' dlm ketiga-tiga sunnah ini, sejauh itulah Allah s.w.t akan memilih kita sebagai ahli di dalam kerja dakwah.
Sunnah dakwah ialah UMMUMIYAT, iaitu sejauh mana kita tidak "pilih bulu" atau mendahulukan golongan-golongan atau individu-individu tertentu. Dalam urusan dakwah ini, Nabi s.a.w sendiri "turun-padang" serta mendatangi setiap individu dari kalangan umat. Kebanyakan nusrah ghaibiah datang dari dakwah infradi. Tidak ada usaha yang lebih besar untuk menarik nusrah ghaib ALLAH s.w.t melainkan melalui jalan dakwah infradi.
Langkah pertama, Nabi s.a.w akan menyediakan orang yang didakwah itu untuk menjadi seorang daie. Setiap individu daripada kalangan sahabat nabi (r.anhum) adalah seorang daie. Pernah nabi s.a.w memilih berhijrah dengan mengikut jalan yang ada perompak dilaluannya, bertujuan mendakwahkan perompak kepada Islam. Nabi s.a.w menganggap setiap individu itu penting dan layak didakwahkan walaupun mereka adalah dari kalangan perompak yang jahat.
Seluruh para anbia' membuat usaha dakwah dengan pandangan basirah (yaqin). Penyelesaian kepada segala jenis rintangan serta pancaroba ialah dengan jalan dakwah. Misalnya Nabi Yusuf a.s. Baginda berkeadaan ditimpa ujian yang hebat, difitnah dengan fitnah yang berat, dituduh dengan macam-macam tuduhan namun semasa disumbatkan ke dalam penjara, baginda masih meneruskan amal dakwah dengan gigih atas satu keyakinan bahawa penyelesaian masalah ialah di dalam urusan dakwah. Jika dakwah ditinggalkan, alamatnya akan datanglah 1001 macam masalah serta musibah dalam hidup.
Dalam kehidupan para sahabat nabi s.a.w, tiada bukti di dalam sejarah, yang mereka melemahkan diri atau mengurangi kegigihan mereka dalam dakwah. Pernah satu ketika, diperingatkan oleh Abu Talib kepada rasulullah s.a.w, dengan kata-kata "wahai muhammad, tolong dengar cakap aku, tolonglah tinggalkan dakwah". Maka nabi s.a.w jawab, meskipun mereka mampu meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku maka untuk tinggalkan dakwah ini, tidak sekali-kali". Nabi s.a.w tidak pernah mengurangi dakwah dalam apa pun keadaan. Begitu juga seluruh para anbia' tidak pernah mengurangi dakwah, dalam apa keadaan mereka istiqomah dalam jalan dakwah.
فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ
Fastaqim kama umirta. (diberikan ayat2 perintah untuk laksanakan perintah dakwah). semua para Nabi laksanakan dakwah dengan istiqomah. Maulana Ilyas melafazkan, "Para sahabat Nabi SAW tidak tinggalkan dakwah”.
ALLAH SWT pasti akan menurunkan ujian-ujian yang berat kepada para daie. Nabi Ibrahim a.s diuji untuk menilai sifat taat. Kisah ini boleh dijadikan iktibar untuk kita. Apabila kita tinggalkan sifat taat maka ia juga akan menjadi asbab penyingkiran. Ketika Adam dicipta oleh ALLAH SWT, ujian sifat taat sudah pun bermula. Ujian untuk iblis pula dengan sombong berkata bahawa dia lebih bagus dan ada lebih kelayakan, ia lupa kepada perintah ALLAH SWT dan tidak taat lagi kepada perintahNya. Apa yang berlaku? ALLAH s.w.t singkirkannya dari syurga.
ALLAH SWT juga menguji sejauh mana ketaatan kita kepada AMIR. Diberikan 2 contoh. Bila seseorang itu tidak taat, ALLAH SWT akan gunakan solahiyah dia sendiri untuk melanggar perintah ALLAH SWT sepertimana Iblis yang mana kemampuannya yang ada, diberikan oleh ALLAH SWT sebelumnya, pada akhirnya hanya digunakan untuk menghalang manusia kepada hidayat. Contoh ke 2, Ikrimah r.hu apabila ia bertaubat, ia mula taat Allah, gunakan solahiyah dan kemampuannya untuk dekatkan manusia kepada ALLAH SWT.
ALLAH SWT uji malaikat dan anbia' juga diuji. ALLAH SWT ingin melihat adakah mereka undur kebelakang atau sebaliknya. Nabi Ibrahim a.s telah lulus ujian. Melalui ujian pertama, seluruh ujian adalah bercanggah dgn nafsu, satu perintah untuk menyembelih anak. Tidak ada ayah yang tidak sayangkan anak. Nabi Ibrahim a.s, pada pagi esoknya, telah bertanya kepada Nabi Ismail a.s, bukan niat untuk melambatkan perintah Allah, sebaliknya bertujuan untuk bermesyuarat (walaupun pada ketika itu Nabi Ismail masih seorang budak yang kecil). Nabi Ismail pun faham atas perintah itu, malahan kanak-kanak itu (nabi ismail a.s jika tidak sedia pun maka dia akan disembelih juga).
Daripada pertanyaan Nabi Ibrahim a.s kepada anaknya, baginda ingin beritahu kepada nabi ismail a.s bahawa itulah sebenarnya perintah ALLAH SWT. Maka Nabi Ismail menjawab "laksanakanlah dan engkau akan lihat aku dari kalangan orang-orang yang sabar". Perlu difahamkan di sini bahawa, tidak kira siapa walaupun anak nabi, jika tidak ada sifat taat, maka dia juga akan gagal.
ALLAH s.w.t juga turunkan ujian kepada para sahabat r.anhum, iaitu ujian ketaatan sahabat kepada nabi s.a.w. Melalui sifat taat maka akan datangnya IJTIMA'IYAT, walaupun dalam keadaan tak suka, bertentangan dengan keinginan sendiri, taat tetap taat. Ada ketika nabi berkata "kalau kamu semua sayangkan aku, kamu pancunglah kepala bapa-bapa kamu dan bawalah kepadaku.
Satu ketika semasa sedang bersolat, perintah untuk ubah arah kiblat diturunkan. Semasa itu berlaku pada waktu zuhur, Para Sahabat tidak sedikit pun bertindak menggunakan logik akal mereka. Kalau digunakan logik akal, sepatutnya biarlah dihabiskan dahulu 2 rokaat lagi, baru hadap ke qiblat yang baru. Setelah 2 rakaat sudah habis, (tanpa menunggu 2 rakaat baki) tanpa banyak soal mereka terus menghadap ke Mekah kiblat baru mereka. Ini contoh ujian kepada para sahabat. Di sini ALLAH SWT ingin menguji, siapakah yang taat dan siapakah yang tidak taat.
Dalam quran, untuk ubah arah qiblat adalah rumit melainkan dengan jalan petunjuk dari Nabi SAW. Orang yahudi berkata kamu menghadap ke baitulmaqdis itu sia2. ALLAH SWT menjawab tidak sia2 kamu hadapkan kiblat, apabila kamu mendapat hidayat mudah bagi kamu.
Untuk sempurnakan sifat taat, maka kita kena korbankan perasaan. Semasa zaman saidina Umar Al-Khattab, dia telah melihat seorang wanita berpenyakit, dia sentiasa mengganggu org lain. Maka Umar Al-Khattab beritahu "Kamu tidak perlulah tawaf". Apabila zaman sesudah Umar Al-Khattab wafat, orang sekitar menyuruh wanita tadi untuk tawaf semula. Maka wanita tersebut menjawab "mana mungkin aku hanya taat kepada amirulmukminin pada masa dia hidup saja, apabila dia mati maka aku tidak taat? Ini tidak mungkin!”
Banyak kisah di dalam kitab hayatussshabah tentang mereka mengorbankan jazbah mereka. "Kami tak diutus melainkan untuk taat". Dengan sifat taat akan datangnya ijtimaiyyat. Apabila kita tinggalkan ketaatan kepada amir maka akan hilanglah kesatuan maka nusrah ALLAH juga terangkat. Dalam Quran, Allah ajar 4 usul:
1). Lemah lembut. Semua Anbiya' santuni umat dgn kasih sayang.
2). Maafkan kesalahan manusia lain.
3). Istighfar untuk mereka sembunyi-sembunyi (tanpa pengetahuan mereka).
4). Bermesyuarat dgn cara terbuka. Bukan mesyuarat cara tersembunyi.
Nasihat kepada zumidar. Perlu ada sifat tawaduk, kena rendahkan diri kita pada umat. Sesungguhnya manusia ini adalah himpunan dari kesalahan dan himpunan lupa. Nabi Adam juga lupa dan buat kesalahan. Kesalahan paling besar ialah, "setiap orang dakwah bebas dari kesalahan". Ini tak mungkin. Kita tetap akan buat kesalahan. Kita lupa islah diri kita sendiri. Kita kena sibuk cari kesilapan diri sendiri. Nabi SAW ajar, depan majma', Nabi puji kelebihan sahabat supaya kita tidak berpandangan merendahkan seseorang yang lain.
No comments:
Post a Comment