Saturday, January 4, 2014

KEUTAMAAN MALAM NISFU SYAABAN

Setiap mlm nisfu Sya’ban, kaum Muslimin di Indonesia meramaikannya dgn beragam tradisi, spt selamatan bersama, yg disebut dgn istilah ruwahan, menunaikan solat sunat baik secara berjamaah maupun sendirian, membaca surah Yasin dan diakhiri dgn doa. Adakah hadis sahih yg dpt dijadikan hujjah dlm menghidupkan mlm Nishfu Sya’ban dgn aneka ragam amal shaleh? Mengingat kaum Salafi-Wahabi membid’ahkan menghidupkan mlm Nishfu Sya’ban dgn aneka ragam ibadah.

Jawab: Bln Syaaban termasuk salah satu bln yg agung dlm pandangan syara’. Rasulullah saw memuliakan bln Syaaban dgn menambah aktifitas ibadah. Sehingga menambah ibadah pada bln Syaaban sgt dianjurkan sbgmn diterangkan dlm hadis sahih. Apb pada hari2 bln Syaaban dianjurkan meningkatkan ibadah dan kebajikan, maka pada mlm nishfu Syaaban lebih dianjurkan lagi krn terdpt bnyk hadis yg diriwayatkan dari Nabi saw ttag keutamaan mlm nisfu Syaaban melebihi hari2yg lain pada bln yg sama. Hadis2 tersebut diriwayatkan dari Abdullah bin Amr, Mu’az bin Jabal, Abu Hurairah, Abu Tsa’labah, Auf bin Malik, Abu Bakar al-Shiddiq, Abu Musa dan Aisyah r.hum.

Hadis Pertama:

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ رَسُوْلِ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : يَطَّلِعُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلىَ خَلْقِهِ لَيْلَةَ 

النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِعِبَادِهِ إِلاَّ لاِثْنَيْنِ مُشَاحِنٍ وَقَاتِلِ نَفْسٍ . أخرجه أحمد

“Dari Abdullah bin Amr, dari Rasulullah saw bersabda: “Allah swt melihat kpd makhluk-Nya pada mlm Nishfu Sya’ban, lalu memberikan ampunan kpd hamba-hamba-Nya kecuali dua org yg tidak diampuninya, iaitu org yg bermusuhan dan pembunuh org.” (HR Ahmad).

Hadis Kedua:

عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : يَطَّلِعُ اللهُ إِلَى خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ 

لِجَمِيْعِ خَلْقِهِ إِلاَّ لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ . أخرجه ابن حبان في صحيحه والطبراني، وأبو نعيم في الحلية.

“Dari Muaz bin Jabal, dari Rasulullah saw bersabda: “Allah swt melihat kpd makhluk-Nya pada mlm Nishfu Sya’ban, lalu memberikan ampunan kpd seluruh makhluk-Nya kecuali kpd org yg menyekutukan Allah atau org yg bermusuhan” (HR Ibn Hibban, Tabarani dan Abu Nuaim). Hadis tersebut diriwayatkan oleh Tabrani dlm alMu’jam al-Kabir dan alMu’jam al-Ausathdan para perawinya dpt dipercaya”. Malik bin Yukhamir seorg perawi tsiqah dan mukhadhram (generasi tabi’in yg mengikuti masa Jahiliyah), sdgkan Makhul pernah menjumpainya, sehingga hadis ini tidak mengalami keterputusan (inqitha’), sbgmn asumsi sebhg kalangan. Kesimpulannya, Ibnu Hibban sgt tepat dlm menilai sahih hadis tersebut. Hadis di atas juga diriwayatkan dari 3) jalur Abu Hurairah oleh al-Bazzar dlm Musnad-nya [2/436], 4) jalur Abu Tsa’labah al-Khusyani oleh al-Thabarani [Majma’ al-Zawaid 8/65] dan Ibnu Abi Ashim dlm al-Sunat [1/223], 5) jalur Auf bin Malik oleh al-Bazzar [2/463], 6) jalur Abu Bakar al-Shiddiq oleh Ibnu Khuzaimah dlm al-Tauhid [no. 90] dan Ibnu Abi Ashim [no. 509], 7) jalur Abu Musa oleh Ibnu Majah [1/446] dan al-Lalaka’i [no. 763] dan 8) jalur Aisyah oleh Ahmad [6/238], al-Tirmizi [3/107] dan Ibnu Majah [1/445]. Kesimpulan dari riwayat-riwayat tersebut adalah menetapkan keutamaan mlm Nishfu Sya’ban secara khususdan salah satu dari riwayat di atas telah disahihkan oleh Ibnu Hibban. Dlm Sahih Sunan Ibn Majah [1/233] dan dlm ta’liq terhadap kitab al-Sunat karya Ibnu Abi Ashim [no. 509, 510, 511 dan 512). Riwayat yg sahih ini, sekaligus menaikkan riwayat2 lainnya yg dianggap dha’if menjadi hasan lighairihi sbgmn telah menjadi kettpan dlm ilmu hadis. Oleh krn keutamaan mlm Nishfu Sya’ban memiliki dasar yg sgt kuat, umat Islam sejak generasi salaf bnyk yg menghidupkannya dgn aneka ragam ibadah spt solat, doa dan lain-lain. Syaikh Ibnu Taimiyah, berkata dlm fatwanya:

وَقَدْ سُئِلَ ابْنُ تَيْمِيَّةَ رَحِمَهُ اللهُ تَعَالَى عَنْ صَلاَةِ لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَأَجَابَ : إِذَا صَلَّى اْلإِنْسَانُ 

لَيْلَةَ النِّصْفِ وَحْدَهُ أَوْ فِيْ جَمَاعَةٍ خَاصَّةٍ كَمَا كَانَ يَفْعَلُ طَوَائِفُ مِنَ السَّلَفِ فَهُوَ حَسَنٌ. وَقَالَ فِيْ 

مَوْضِعٍ آخَرَ : وَأَمَّا لَيْلَةُ النِّصْفِ فَقَدْ رُوِيَ فِيْ فَضْلِهَا أَحَادِيْثُ وَآَثاَرٌ وَنُقِلَ عَنْ طَائِفَةٍ مِنَ السَّلَفِ أَنَّهُمْ 

كَانُوْا يُصَلُّوْنَ فِيْهَا فَصَلاَةُ الرَّجُلِ فِيْهَا وَحْدَهُ قَدْ تَقَدَّمَهُ فِيْهِ سَلَفٌ وَلَهُ فِيْهِ حُجَّةٌ فَلَا يُنْكَرُ مِثْلُ هَذَا.

“Ibnu Taimiyah ditanya ttg solat mlm Nishfu Sya’ban, maka ia menjawab: “Apb seseorg menunaikan solat pada mlm Nishfu Sya’ban, sendirian atau bersama jamaah tertentu sbgmn dikerjakan oleh bnyk kelompok kaum salaf, maka hal itu baik.” Di tmpt lain, Ibnu Taimiyah juga berkata: “Adapun mlm Nishfu Sya’ban, telah diriwayatkan bnyk hadis dan atsar ttg keutamaannya dan telah dikutip dari sekelompok kaum salaf bahawa mrk menunaikan solat pada mlm itu. Jadi solat yg dilakukan oleh seseorg sendirinya pada mlm tersebut, telah dilakukan seblmnya oleh kaum salaf dan ia mempunya hujjah, oleh krn itu hal spt ini tidak boleh diingkari.” (Majma’ Fatawa Ibni Taimiyah). Al-Hafiz Ibnu Rajab al-Hanbali, salah seorg murid Ibnu Taimiyah, juga berkata dlm kitabnya Lathaif al-Ma’arif sbg berikut:

وَلَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ كَانَ التَّابِعُوْنَ مِنْ أَهْلِ الشَّامِ يُعَظِّمُوْنَهَا وَيَجْتَهِدُوْنَ فِيْهَا فِي الْعِبَادَةِ، وَكَانَ 

خَالِدُ بْنِ مَعْدَانَ وَلُقْمَانُ بْنِ عَامِرٍ وَغَيْرُهُمَا مِنْ تَابِعِي الشَّامِ يَقُوْمُوْنَ فِي الْمَسْجِدِ لَيْلَةَ النِّصْفِ، 

وَوَافَقَهُمُ اْلإِمَامُ إِسْحَاقُ ابْنُ رَاَهَوْيه عَلىَ ذَلِكَ، وَقَالَ فِيْ قِيَامِهَا فِي الْمَسَاجِدِ جَمَاعَةً : لَيْسَ ذَلِكَ بِبِدْعَةٍ 

. انتهى باختصار وتصرف .

“Mlm Nishfu Sya’ban, kaum Tabi’in dari penduduk Syam mengagungkannya dan bersungguh2 menunai kan ibadah pada mlm tersebut. Khalid bin Ma’dan, Luqman bin Amir dan lain-lain dari kalangan tabi’in Syam mendirikan solat di dlm Masjid pada mlm Nishfu Sya’ban. Perbuatan mrk disetujui oleh al-Imam Ishaq Ibnu Rahawaih. Ibnu Rahawaih berkata mengenai solat sunat pada mlm Nishfu Sya’ban di Masjid-masjid secara berjamaah: “Hal tersebut tidak termasuk bid’ah.” (al-Hafiz Ibnu Rajab al-Hanbali, Lathaif al-Ma’arif [h. 263] dgn disederhanakan). Wal-hasil, keutamaan mlm Nishfu Sya’ban memiliki dasar hadis-hadis yg sahih. Menghidupkan mlm tersebut dgn aneka ragam ibadah sunat telah dianjurkan oleh bnyk ulama salaf, utk mengharapkan rahmat Allah yg turun pada mlm utama tersebut. Lebih-lebih mlm Nishfu Sya’ban termasuk salah satu mlm yg dipermudah terkabulnya doa. Al-Imam al-Syafie berkata dlm kitab al-Umm sbg berikut:

( قال الشَّافِعِيُّ ) وَبَلَغَنَا أَنَّهُ كان يُقَالُ إنَّ الدُّعَاءَ يُسْتَجَابُ في خَمْسِ لَيَالٍ في لَيْلَةِ الْجُمُعَةِ وَلَيْلَةِ 

الْأَضْحَى وَلَيْلَةِ الْفِطْرِ وَأَوَّلِ لَيْلَةٍ من رَجَبٍ وَلَيْلَةِ النِّصْفِ من شَعْبَانَ

Al-Syafie berkata: “Telah smpi kpd kami bahawa selalu dikatakan bahawa permohonan akan dikabulkan dlm lima mlm, iaitu mlm Jum’at, mlm hari raya Aidil adha, mlm hari raya Aidil fitri, awal mlm di bln Rajab dan mlm Nishfu Sya’ban.” (Al-Imam al-Syafie, al-Umm [1/231]). Berdasarkan keterangan di atas, kita jumpai kaum Muslimin sejak masa-masa yg silam menghidupkan mlm Nishfu Sya’ban dgn aneka ragam ibadah dan kebajikan spt bersedekah, mengerjakan solat sunat secara berjamaah, membaca surah Yasin dan diakhiri dgn doa kpd Allah swt. Wallahu a’lam.

No comments:

Post a Comment