Saturday, January 4, 2014

KISAH PENCURI DAN MAYAT YANG BERBICARA

1). Seorang ahli berkata, “Aku berdoa kepada Allah, agar diperlihatkan keadaan penghuni-penghuni kubur kepadaku. Pada suatu malam aku bermimpi bahawa hari kiamat sudah terjadi dan manusia mulai keluar dari kuburnya masing-masing. Sebahagian mereka berbaring diatas sutera yang sangat istimewa. Sebahagian lainnya bersandar diatas kusen sutra, Sebahagian lagi bersandar diatas tahta-tahta yang tinggi. 

Sebahagian lain di atas bunga-bunga. Sebahagian lagi sedang tertawa dan sebahagian lagi sedang menangis. Aku berkata, “Ya Allah, alangkah baiknya jika mereka semua dalam keadaan yang sama.” Salah seorang berkata, “Perbedaan ini disebabkan amalan mereka. Yang berbaring diatas sutera adalah yang bertabiat baik. Yang bersandar di atas kusen-kusen sutera adalah orang-orang syahid. Yang berada diatas bunga-bunga adalah mereka yang telah banyak berpuasa. Yang tertawa adalah mereka yang bertaubat. Yang menangis adalah mereka yang berdosa. Yang berada pada martabat yang tinggi (mungkin yang berada di atas tahta-tahta yang tinggi) adalah mereka yang telah berkasih-sayang antara satu sama lain kerana Allah.” (Rawdh)

2). Seorang pencuri yang suka menggali kubur, lalu mencuri kain kafan dari mayat didalamnya. Suatu ketika, dia menggali sebuah kubur dan melihat penghuni kubur itu sedang menduduki satu tahta yang tinggi. Di hadapannya ada Al-Quran terbuka yang sedang ia baca. Di bawah tahtanya mengalir sebuah sungai. Ketika melihat pemandangan ini, pencuri kain kafan itu sangat terkejut, sehingga ia jatuh pingsan. Orang-orang pun mengeluarkannya dari kubur. Setelah tiga hari, baru dia sadar. Ketika ditanya, Mengapa? Maka dia menerangkan semua peristiwa aneh dalam kuburan tersebut. Mereka semua ingin melihat kuburan tersebut. Pencuri itu ingin menunjukkannya tetapi dalam mimpinya, ia melihat penghuni kubur itu berkata, “Jika kamu menunjukkan kuburku kepada siapapun, maka kamu terperangkap ke dalam suatu musibah yang besar.” Maka dia tidak jadi menunjukkannya. (Rawdh).

3). Syeikh Abu Yaqub Sunusi rah.a. berkata, “Seorang murid saya datang menemui saya, lalu berkata, saya akan mati esok pada waktu zuhur. Esok harinya, ia datang ke Mesjidil Haram dan mengerjakan solat zuhur, lalu bertawaf di Baitullah, kemudian menjauh dari Masjidil Haram dan meninggal dunia. Syeikh Abu Yaqub rah berkata, “Ketika saya meletakkan mayatnya dikubur, ia membuka matanya”. Syeikh berkata kepadanya, “Hidup setelah mati.” Dia menjawab, “Saya hidup. Setiap orang yang mencintai Allah akan terus hidup.” (Rawdh).


4). Seorang ahli wara berkata, “Ketika saya memandikan mayat salah seorang murid saya. Tiba-tiba ia (mayat) memegang jari saya. Saya berkata kepadanya, “Lepaskan jariku. Saya tahu kamu belum mati, hanya berpindah dari satu kehidupan ke kehidupan lainnya.” Dia pun melepaskan jari saya.

5). Syeikh Ibnu Jalaa rah seorang ahli wara yang masyhur berkata, “Bapak saya meninggal dunia. Ketika mayatnya diletakkan diatas papan unutk dimandikan, dia tertawa. Orang-orang yang akan memandikannya lari dari situ. Tiada siapapun yang berani memandikannya. Akhirnya salah seorang ahli wara lainnya, yaitu kawan akrab bapak saya datang dan beliaulah yang memandikannya.” (Rawdh)

Singkatnya , masih banyak peristiwa kematian mereka para pencinta Allah, dimana keadaan setelah mati adalah senang tertawa, gembira dan sebagainya. Hal ini dinukilkan oleh pengarang kitab Rawdh. Sebahagian peristiwa juga menceritakan bagaimana setelah mati, hal itu telah dinukilkan di dalam kitab Istiab oleh Hafizh Abdul Barr rah. Beliau menulis juga mengenai Zaid bin Khoijah (tanpa riwayat yang bertentangan) bahawa ia berbicara setelah mati. Dan beliau juga menukilkan mengenai beberapa orang sahabat ra Yang mereka dapat berbicara setelah wafatnya.

(Muzakarah Maut - Syeikhul Hadits Maulana Zakariya rah).

No comments:

Post a Comment