Bismillah Ar-rahmaan Ar-rahiim. Sebhg org membid’ahkan panggilan Sayyidinaa atau Maulana didpn nama Muhammad Rasulullah saw, dgn alasan bahawa Rasulullah saw sendiri yg menganjurkan kpd kita tanpa mengagung2kan dimuka nama beliau saw. Mmg golongan ini mudah sekali membid’ahkan sesuatu amalan tanpa melihat motif makna yg dimaksud Bid’ah itu apa. Mari kita rujuk ayat-ayat Ilahi dan hadis-hadis Rasulullah saw yg berkaitan dgn kata2 sayyid. Syeikh Muhammad Sulaiman Faraj dlm risalahnya yg berjudul pjg iaitu Dala’ilul-Mahabbah Wa Ta’dzimul-Maqam Fis-Solati Was-Salam ‘An Sayyidil-Anam dgn tegas mengatakan: Menyebut nama Rasulullah saw dgn tambahan kata Sayyidina (junjungan kita) didpnnya merupakan suatu keharusan bagi setiap muslim yg mencintai beliau saw Sbb kata tersebut menunjukkan kemuliaan martabat dan ketinggian kedudukan beliau.
Allah swt memerintahkan umat Islam supaya menjunjung tinggi martabat Rasulullah saw, menghormati dan memuliakan beliau, bahkan melarang kita mmggil atau menyebut nama beliau dgn cara sbgmn kita menyebut nama org diantara sesama kita. Larangan tersebut tidak bererti lain kecuali utk menjaga kehormatan dan kemuliaan Rasulullah saw, Allah swt berfirman: “Jgnlah kalian mmggil Rasul (Muhammad) spt kalian mmggil sesama org diantara kalian”. (QS.An-Nur : 63).
Dlm tafsirnya mengenai ayat diatas ini Ash-Shawi mengatakan: Makna ayat itu ialah jgn lah kalian mmggil atau menyebut nama Rasulullah saw cukup dgn nama beliau saja, spt Hai Muhammad atau cukup dgn nama julukannya saja Hai Abul Qasim. Hendaklah kalian menyebut namanya atau mmggilnya dgn penuh hormat, dgn menyebut kemuliaan dan keagungannya. Demikianlah yg dimaksud oleh ayat tersebut diatas. Jadi, tidak patut bagi kita menyebut nama beliau saw tanpa menunjukkan penghormatan dan pemuliaan kita kpd beliau saw, baik dikala beliau masih hidup didunia maupun stlh beliau kembali keribaan Allah swt yg sudah jelas ialah bahawa org yg tidak mengendah kan ayat tersebut bererti tidak mengindahkan larangan Allah dlm Al-Quran.
Sikap demikian bukanlah sikap org beriman. Menurut Ibnu Jarir rah, dlm menafsirkan ayat tersebut, Qatadah mengatakan: Dgn ayat itu (An-Nur:63) Allah memerintahkan umat Islam supaya memuliakan dan mengagungkan Rasulullah saw. Dlm kitab Al-Iklil Fi Istinbathit-Tanzil Imam Suyuthi mengatakan: Dgn turunnya ayat tersebut, Allah melarang umat Islam menyebut beliau saw atau mmggil beliau hanya dgn namanya, ttp harus menyebut atau mmggil beliau dgn Ya Rasulullah atau Ya Nabiyullah. Menurut kenyataan sebutan atau panggilan demikian itu ttp berlaku, sekalipun baginda telah wafat.
Dlm kitab Fathul-Bari syarh Sahihil Bukhori juga terdpt penegasan spt tersebut diatas, dgn tambahan keterangan sebuah riwayat berasal dari Ibnu ‘Abbas ra. yg diriwayatkan oleh Ad-Dhahhak, bahawa seblm ayat tersebut turun kaum Muslimin mmggil Rasulullah saw hanya dgn Hai Muhammad, Hai Ahmad, Hai Abul-Qasim dan lain sbgnya. Dgn menurunkan ayat itu Allah swt melarang mrk menyebut atau mmggil Rasulullah saw dgn ucapan2 tadi. Mrk kemudian mtidak mahutinya dgn kata2 : Ya Rasulallahdan Ya Nabiyallah. Hampir seluruh ulama Islam dan para ahli Fiqih berbagai mazhab mempunyai pendpt yg sama mengenai soal tersebut, iaitu bahawa mrk semuanya melarang org menggunakan sebutan atau panggilan sbgmn yg dilakukan org seblm ayat tersebut diatas turun.
Didlm Al-Quran bnyk terdpt ayat2 yg mengisyaratkan makna tersebut diatas. Antara lain firman Allah Subhanahu wa ta’aala dlm surah Al-A’raf : 157 ; Al-Fath : 8-9, Al-Insyirah:4 dan lain sbgnya. Dlm ayat2 ini Allah swt memuji kaum muslimin yg bersikap hormat dan memuliakan Rasulullah saw, bahkan menyebut mrk sbg org2 yg beruntung. Juga firman Allah swt mengajarkan kpd kita tatakrama yg mana dlm firman-Nya tidak pernah mmggil atau menyebut Rasul-Nya dgn kalimat Hai Muhammad, ttp mmggil beliau dgn kalimat Hai Rasul atau Hai Nabi. Firman2 Allah swt tersebut cukup jelas membuktikan bahawa Allah swt mengangkat dan menjunjung Rasul-Nya sedemikian tinggi, hingga layak disebut sayyidina atau junjungan kita Muhammad Rasulullah saw Menyebut nama baginda saw tanpa diawali dgn kata yg menunjukkan penghormatan, spt sayyidina tidak sesuai dgn pengagungan yg selayaknya kpd kedudukan dan martabat beliau.
Dlm surah Aali-‘Imran:39 Allah swt menyebut Nabi Yahya a.s dgn predikat sayyid: “…Allah memberi khabar gembira kpdmu (Hai Zakariya) akan kelahiran seorg puteramu, Yahya, yg membenarkan kalimat (yg dtg dari) Allah, seorg sayyid (terkemuka, panutan), (sanggup) menahan diri (dari hawa nafsu) dan Nabi dari keturunan org2 soleh”. Para penghuni neraka pun menyebut org2 yg menjerumuskan mrk dgn istilah saadat (jamak dari kata sayyid), yg bererti para pemimpin. Penyesalan mrk dilukiskan Allah swt dlm firman-Nya: “Dan mrk (penghuni neraka) berkata : ‘Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati para pemimpin (sadatanaa) dan para pembesar kami, lalu mrk menyesatkan kami dari jln yg benar”. (QS. Al-Ahzab:67). Juga seorg suami dpt disebut dgn kata sayyid, sbgmn yg terdpt dlm firman Allah swt dlm surah Yusuf: 25: “Wanita itu menarik qamis (baju) Yusuf dari blkg hingga koyak, kemudian kedua-duanya memergoki sayyid (suami) wanita itu didpn pintu”. Dlm kisah ini yg dimaksud suami ialah raja Mesir.
Demikian juga kata Maula yg bererti pengasuh, penguasa, penolong dan lain sbgnya. Bnyk terdpt didlm Al-Quranul-Karim kata2 ini, antara lain dlm surah Ad-Dukhan: 41 Allah berfirman : “…Hari (kiamat) dimana seorg maula (pelindung) tidak dpt memberi manfaat apa pun kpd maula (yg dilindunginya) dan mrk tidak akan tertolong”. Juga dlm firman Allah swt dlm Al-Maidah : 55 disebutkan juga kalimat Maula utk Allah swt, Rasul dan org yg beriman. Jadi kalau kata sayyid itu dpt digunakan utk menyebut Nabi Yahya putera Zakariya, dpt digunakan utk menyebut raja Mesir, bahkan dpt juga digunakan utk menyebut pemimpin yg semuanya itu menunjuk kan kedudukan seseorg alasan apa yg dpt digunakan utk menolak sebutan sayyid bagi junjungan kita Nabi Muhammad saw.
Demikian pula soal penggunaan kata maula. Apakah bid’ah jika seorg menyebut nama seorg Nabi yg diimani dan dicintainya dgn awalan sayyidina atau maulana? Mengapa org yg menyebut nama seorg pejabat tinggi pemerintahan, kpd para presiden, para raja atau menteriatau kpd diri seseorg dgn awalan ‘Yg Mulia’ atau ‘Yg Terhormat’ tidak dituduh berbuat bid’ah? Tidak salah kalau ada org yg mengatakan, bahawa sikap menolak penggunaan kata sayyid atau maula utk mengawali penyebutan nama Rasulullah saw itu sesungguhnya dari pikiran meremehkan kedudukan dan martabat baginda saw atau sekurang2 hendak menyamakan kedudukan dan martabat beliau saw dgn manusia awam/biasa.
Sbgmn kita ketahui, dewasa ini masih bnyk org yg menyebut nama Rasulullah saw tanpa diawali dgn kata sayyidina dan tanpa dilanjutkan dgn kalimat sholawat (saw). Menyebut nama Rasulullah dgn cara demikian menunjukkan sikap tak kenal hormat pada diri org yg bersangkutan. Cara demikian itu lazim dilakukan oleh org2 di luar Islam, spt kaum orientalis barat dan lain sbgnya. Sikap kaum orientalis ini tidak boleh kita tiru. Bnyk hadis2 shohih yg menggunakan kata sayyid, beberapa diantaranya ialah: “Setiap anak Adam adalah sayyid. Seorg suami adalah sayyid bagi isterinya dan seorg isteri adalah sayyidah bagi keluarganya (rumah tangga nya)”. (HR Bukhori dan Az-Dzahabi).
Jadi kalau setiap anak Adam saja dpt disebut sayyid, apakah anak Adam yg paling tinggi martabatnya dan paling mulia kedudukannya disisi Allah iaitu junjungan kita Nabi Muhammad saw tidak boleh disebut sayyid ? Didlm shohih Muslim terdpt sebuah hadis, bahawa Rasulullah saw memberitahu para sahabatnya, bahawa pada hari kiamat kelak Allah swt akan menggugat hamba2Nya : “Bukankah engkau telah KuMuliakan dan Ku-jadikan sayyid?” (alam ukrimuka wa usawwiduka?) Makna hadis itu ialah, bahawa Allah swt telah memberikan kemuliaan dan kedudukan tinggi kpd setiap manusia. Kalau setiap manusia dikurnia kemuliaan dan kedudukan tinggi, apakah manusia pilihan Allah yg diutus sbg Nabi dan Rasul tidak jauh lebih mulia dan lebih tinggi kedudukan dan martabatnya dpd manusia lainnya? Kalau manusia2 biasa saja dpt disebut sayyid , mengapa Rasulullah saw tidak boleh disebut sayyid atau maula?
Dalil-dalil org yg membantah dan jawabannya
Ada s'mtara org terkelabui oleh pengarang hadis palsu yg berbunyi: “Laa tusayyiduunii fis-shalah” ertinya “Jgn menyebutku (Nabi Muhammad saw) sayyid di dlm solat”. Tampaknya pengarang hadis palsu yg mengatas namakan Rasulullah saw utk mempertahankan pendiriannya itu lupa atau mmg tidak mengerti bahawa di dlm bahasa Arab tidak pernah terdpt kata kerja tusayyidu. Tiada kemungkinan sama sekali Rasulullah saw mengucapkan kata2 dgn bahasa Arab gadungan spt yg dilukiskan oleh pengarang hadis palsu tersebut. Dilihat dari segi bahasanya saja, hadis itu tampak jelas kepalsuannya. Namun utk lebih kuat membuktikan kepalsuan hadis tersebut baiklah kami kemukakan beberapa pendpt yg dinyatakan oleh para ulama. Dlm kitab Al-Hawi , atas pertanyaan mengenai hadis tersebut Imam Jalaluddin As-Suyuthi menjawab tegas : “Tidak pernah ada (hadis tersebut), itu bathil!”. Imam Al-Hafidz As-Sakhawi dlm kitab Al-MaqashAidil-Al-Hasanah menegaskan: “Hadis itu tidak karuan sumbernya!” Imam Jalaluddin AlMuhli, Imam As-Syamsur-Ramli, Imam Ibnu Hajar Al-Haitsami, Imam Al-Qari, para ahli Fiqih mazhab Sayfie dan mazhab Maliki dan lain-lainnya, semuanya mengatakan : “Hadis itu sama sekali tidak benar”.
Selain hadis palsu diatas tersebut, masih ada hadis palsu lainnya yg semakna, iaitu yg berbunyi : “La tu’azdzimuunii fil-masjid” ertinya ; “Jgn mengagungkan aku (Nabi Muhammad saw) di masjid”. Dlm kitab Kasyful Khufa Imam Al-Hafidz Al-‘Ajluni dgn tegas mengata- kan: “Itu bathil !”. Demikian pula Imam As-Sakhawi dlm kitab Maulid-nya yg berjudul Kanzul-‘Ifah menyatakan ttg hadis ini: “Kebohongan yg diada-adakan”. Mmg masuk akal kalau ada org yg berkata spt itu yakni jgn mengagungkan aku di masjid kpd para hadirin didlm masjid, sbb ucapannya itu merupakan tawadhuk (rendah hati). Akan ttp kalau dikatakan bahawa perkataan tersebut diucapkan oleh Rasulullah saw atau sbg hadis baginda saw, jelas hal itu suatu pemalsuan yg terlampau berani. Mari kita lanjutkan ttg hadis2 yg menggunakan kata sayyid berikut ini.
Hadis yg diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dlm Sahihnya bahawa Rasulullah saw bersabda: “Aku sayyid anak Adam…” . Jelaslah bahawa kata sayyid dlm hal ini bererti pemimpin umat, org yg paling terhormat dan paling mulia dan paling sempurna dlm segala hal sehingga dpt menjadi panutan serta teladan bagi umat yg dipimpinnya. Ibnu ‘Abbas ra mengata kan, bahawa makna sayyid dlm hadis tersebut ialah org yg paling mulia disisi Allah. Qatadah ra. mengatakan, bahawa Rasulullah saw adalah seorg sayyid yg tidak pernah dpt dikalahkan oleh amarahnya. Dlm hadis yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal, Ibnu Majah dan At-Turmudzi, Rasulullah saw bersabda: “Aku adalah sayyid anak Adam pada hari kiamat”. Sumber riwayat lain yg diketengahkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Bukhori dan Imam Muslim, mengatakan bahawa Rasulullah saw bersabda: “Aku sayyid semua manusia pada hari kiamat”.
Hadis tersebut diberi makna oleh Rasulullah saw sendiri dgn penjelasannya: ‘Pada hari kiamat, Adam dan para Nabi keturunannya berada dibwh panjiku”. Sumber riwayat lain mengatakan lebih tegas lagi, iaitu bahawa Rasulullah saw bersabda : “Aku sayyid dua alam”. Riwayat yg berasal dari Abu Nu’aim sbgmn tercantum didlm kitab Dala’ilun-Nubuwwah mengatakan bahawa Rasulullah saw bersabda : “Aku sayyid kaum Mu’minin pada saat mrk dibangkitkan kembali (pada hari kiamat)”. Hadis lain yg diriwayatkan oleh Al-Khatib mengatakan, bahawa Rasulullah saw bersabda: “Aku Imam kaum muslimin dan sayyid kaum yg bertaqwa”. Sebuah hadis yg dgn terang mengisyaratkan keharusan menyebut nama Rasulullah saw diawali dgn kata sayyidina diketengahkan oleh Al-Hakim dlm AlMustadrak. Hadis yg mempunyai isnad shohih ini berasal dari Jabir bin ‘Abdullah ra. yg mengatakan sbg berikut: “Pada suatu hari kulihat Rasulullah saw naik keatas mimbar. Stlh memanjatkan puji syukur kehadrat Allah swt beliau bertanya : ‘Siapakah aku ini?’ Kami menyahut: Rasulullah ! Beliau bertanya lagi: ‘Ya, benar, ttp siapakah aku ini?’. Kami menjawab: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘AbdulMutthalib bin Hasyim bin ‘Abdi Manaf ! Beliau kemudian menyatakan: ‘Aku sayyid anak Adam….’.”
Riwayat hadis ini menjelaskan kpd kita bahawa Rasulullah saw lebih suka kalau para sahabatnya menyebut nama beliau dgn kata sayyid. Dgn kata sayyid itu menunjukkan perbezaan kedudukan beliau dari kedudukan para Nabi dan Rasul terdahulu, bahkan dari semua manusia sejagat. Semua hadis tersebut diatas menunjukkan dgn jelas, bahawa Rasulullah saw adalah sayyid anak Adam, sayyid kaum muslimin, sayyid dua alam (al-‘alamain), sayyid kaum yg bertakwa. Tidak diragukan lagi bahawa menggunakan kata sayyidina utk mengawali penyebutan nama Rasulullah saw merupakan suatu yg dianjurkan bagi setiap muslim yg mencintai beliau saw. Demikian pula soal kata Maula, Imam Ahmad bin Hanbal di dlm Musnad nya, Imam Turmduzi, An-Nasai dan Ibnu Majah mengetengahkan sebuah hadis, bahawa Rasulullah saw bersabda: “Man kuntu maulahu fa ‘aliyyun maulahu” ertinya : “Brgsiapa aku menjadi maula-nya (pemimpinnya). ‘Ali (bin Abi Thalib) adalah maula-nya…”
Dari hadis semuanya diatas tersebut kita pun mengetahui dgn jelas bahawa Rasulullah saw adalah sayyidina dan maulana (pemimpin kita). Demikian juga para ahlu-baitnya (keluarganya), semua adalah sayyidina. Al-Bukhori meriwayatkan bahawa Rasulullah saw pernah berkata kpd puteri beliau, Siti Fathimah ra : “Yaa Fathimah amaa tardhiina an takuunii sayyidata nisaail mu’minin au sayyidata nisaai hazihil umati” ertinya : “Hai Fathimah, apakah engkau tidak puas menjadi sayyidah kaum mu’minin (kaum org2 yg beriman) atau sayyidah kaum wanita umat ini?” Dlm shohih Muslim hadis tersebut berbunyi: “Yaa Fathimah ammaa tardhiina an takuunii sayyidata nisaa’il mu’mininat au sayyidata nisaa’i hazihil umati” ertinya : “Hai Fathimah, apakah engkau tidak puas menjadi sayyidah mu’mininat (kaum wanitanya org2 yg beriman) atau sayyidah kaum wanita umat ini ?”
Dlm hadis yg diriwayatkan oleh Ibnu Sa’ad, Rasulullah saw berkata kpd puterinya (Siti Fathimah ra): “Amaa tardhiina an takuunii sayyidata sayyidata nisaa hazihil umati au nisaail ‘Alamina” ertinya : “…Apakah engkau tidak puas menjadi sayyidah kaum wanita umat iniatau sayyidah kaum wanita sedunia?” Demikianlah pula halnya terhadap dua org cucu Rasulullah saw. Al-Hasan dan Al-Husain r.a. Imam Bukhari dan Tirmizi meriwayatkan sebuah hadis ya berisnad sahih bahawa pada suatu hari Rasulullah saw bersabda : “Al-Hasanu wal Husainu sayyida asybaabi ahlil jannati” ertinya : “Al-Hasan dan Al-Husain dua org sayyid pemuda ahli syurga”. Berdasarkan hadis2 diatas itu kita menyebut puteri Rasulullah saw Siti Fathimah Az-Zahra dgn kata awalan sayyidatuna. Demikianlah pula terhadap dua org cucu Rasulullah saw Al-Hasan dan Al-Husain r.a.
Ketika Saad bin Mu’az r.a diangkat oleh Rasulullah saw sbg penguasa kaum Yahudi Bani Quraidah (stlh mrk tunduk kpd kekuasaan kaum muslimin), Rasulullah saw mengutus seorg mmggil Sa’ad supaya dtg menghadap beliau. Saad dtg berkendraan keledai, saat itu Rasulullah saw berkata kpd org2 yg hadir: “Quumuu ilaa sayyidikum au ilaa khoirikum” ertinya : “Berdirilah menghormati sayyid (pemimpin) kalianatau org terbaik diantara kalian”. Rasulullah saw menyuruh mrk berdiri bukan krn Sa’ad dlm keadaan sakit s'mtara beberapa pihak menafsirkan mrk disuruh berdiri utk menolong Sa’ad turun dari keledainya, krn dlm keadaan sakit sbb jika Sa’ad dlm keadaan sakit, tentu Rasulullah saw tidak menyuruh mrk semua menghormat kedatgn Sa’ad, melainkan menyuruh beberapa org saja utk berdiri menolong Sa’ad.
Sekalipun –misalnya– Rasulullah saw melarang para sahabatnya berdiri menghormati beliau saw, ttp beliau sendiri malah memerintahkan mrk supaya berdiri menghormati Sa’ad bin Mu’az, apakah ertinya? Itulah tatakrama Islam. Kita harus dpt memahami apa yg dikehendaki oleh Rasulullah saw dgn larangan dan perintahnya mengenai soal yg sama itu. Tiada ayah, ibu , kakak dan guru yg secara terang2an minta dihormati oleh anak, adik dan murid, akan ttp si anak, si adik dan si murid harus merasa dirinya wajib menghormati ayahnya, ibunya, kakaknya dan gurunya. Demikian juga Rasulullah saw sekalipun beliau menyadari kedudukan dan martabatnya yg sedemikian tinggi disisi Allah swt, beliau tidak menuntut supaya umatnya memuliakan dan mengagung2kan beliau. Akan ttp kita, umat Rasulullah saw, harus merasa wajib menghormati, memuliakan dan mengagungkan baginda saw. Allah swt berfirman dlm Al-Ahzab: 6 : “Bagi org2 yg beriman, Nabi (Muhammad saw) lebih utama pd diri mrk sendiridan para isterinya adalah ibu-ibu mrk”. Ibnu Abbas r.a menyatakan: Beliau adalah ayah mrk’ yakni ayah semua org beiman! Ayat suci diatas ini jelas maknanya, tidak memerlukan penjelasan apa pun juga, bahawa Rasulullah saw lebih utama dari semua org beriman dan para isteri beliau wajib dipandang sbg ibu-ibu seluruh umat Islam ! Apakah stlh keterangan semua diatas ini org yg menyebut nama beliau dgn tambahan kata awalan sayyidina atau maulana pantas dituduh berbuat bid’ah? Semoga Allah swt memberi hidayah kpd kita semua. Amin.
Ibnu Mas’ud r.a mengatakan kpd org2 yg menuntut ilmu kpdnya: “Apb kalian mengucapkan selawat Nabi hendaklah kalian mengucapkan selawat dgn sebaik-baiknya. Kalian tidak tahu bahawa sholawat itu akan dismpikan kpd baginda saw, krn itu ucapkanlah : ‘Ya Allah, limpahkanlah selawatMu, rahmatMu dan berkatMu kpd SayyAidilMursalin (pemimpin para Nabi dan Rasulullah) dan ImamulMuttaqin (Panutan org2 bertakwa)”. Para sahabat Nabi juga menggunakan kata sayyid utk saling menyebut nama masing-masing, sbg tanda saling hormat-menghormati dan harga-menghargai. Didlm AlMustadrak Al-Hakim mengetengahkan sebuah hadis dgn isnad shohih, bahawa “Abu Hurairah r.a dlm menjawab ucapan salam Al-Hasan bin Ali r.a selalu mengatakan “Alaikassalam ya sayyidi”. Atas pertanyaan seorg sahabat ia menjawab: ‘Aku mendgr sendiri Rasulullah saw menyebutnya (Al-Hasan r.a) sayyid’ “.
Ibnu Athaillah dlm bukunya Miftahul-Falah mengenai pembicaraannya soal sholawat Nabi mewanti-wanti pembacanya sbg berikut: “Hendak- nya anda berhati-hati jgn smpi meninggalkan lafaz sayyidina dlm bersholawat, krn didlm lafaz itu terdpt rahsia yg tampak jelas bagi org yg selalu mengamalkannya”. Dan masih bnyk lagi wejgn para ulama pakar cara sebaik2nya membaca selawat pada Rasulullah saw yg tidak tercantum disini. Nah, kiranya cukuplah sudah uraian diatas mengenai penggunaan kata sayyidina atau maulana utk mengawali penyebutan nama Rasulullah saw. Stlh org mengetahui bnyk hadis Nabi yg menerangkan persoalan itu yakni menggunakan kata awalan sayyid, apakah masih ada yg bersikeras tidak mau menggunakan kata sayyidina dlm menyebut nama beliau saw? dan apanya yg salah dlm hal ini? Apakah org yg demikian itu hendak mengingkari martabat Rasulullah saw sbg SayyAidilMursalin (penghulu para Rasulullah) dan Habibu Rabbil-‘alamin (Kesygan Allah Rabbul ‘alamin)? Bgmn tercelanya org yg berani membid’ahkan penyebutan sayyidina atau maulana dimuka nama beliau saw? Yg lebih aneh lagi skrg bnyk diantara golongan pengingkar ini sendiri yg mmggil nama satu sama lain diawali dgn sayyid atau minta juga agar mrk dipanggil sayyid dimuka nama mrk.
No comments:
Post a Comment