Thursday, January 9, 2014

MERAIH KENIKMATAN SOLAT KHUSYUK

Solat adalah sebuah kewajiban yang mutlak bagi seorang Muslim. Mengapa demikian? Kerana seluruh amal ibadah lainya seperti sedekah, puasa, zakat dan lain-lain, tidak akan berguna jika kita tidak melaksanakan solat. 

Rasulullah s.a.w bersabda, “Amal yang pertama-tama ditanyai Allah s.w.t pada hambaNya di hari kiamat nanti ialah amalan solat. Bila solatnya dapat diterima, maka akan diterima seluruh amalnya, dan bila solatnya ditolak akan tertolak pula seluruh amalnya.” (HR Ahmad, Abu Dawud)

Seperti sabda Rasulullah s.a.w diatas. Bila solat kita ditolak akan tertolak juga seluruh amalan lainnya. Jadi, apa yang mesti kita lakukan agar ibadah kita tidak sia-sia. Tentunya kita perbaiki dulu solat kita, apakah sudah baik atau belum. Berikut beberapa sebab solat kita tidak khusyuk.

Pertama, tumpuan fikiran kita terpecah. Ada begitu banyak pikiran menumpuk di kepala tentang beban pekerjaan, masalah kewangan keluarga, tentang acara hujung minggu, tentang rencana mesyuarat, dan tentang beragam soal lainnya. Kita solat, kita rukuk, dan kita sujud, sementara di kepala kita terus berputar-putar beraneka masalah itu. Secara fisik kita solat tapi jiwa dan pikiran kita melayang ke mana-mana.

Kedua, kita ingin cepat-cepat menyelesaikan solat kerana ada banyak “persoalan lebih penting” yang segera menunggu kita. Solat yang hanya lima minit itu rasanya begitu lama. (padahal tersekat di kesesakan lalulintas di jalanan sejam lebih itu sudah biasa). Kerana terburu-buru, kita jadi terlalu cepat membaca surah dan bacaan solat. Tidak tersisa lagi waktu untuk meresapi makna yang terkandung di dalamnya. Tiada lagi tersisa ruang untuk perenungan jiwa.

Ketiga, cenderung enggan melakukan solat. Ada sebahagian orang yang masih menganggap solat sebagai beban belaka. Menganggap solat sebagai ritual yang hanya jadi beban. Kerananya mereka malas dan tidak bersemangat untuk melakukan solat. Apalagi solat dengan khusyuk. Bagi mereka, gambaran solat sebagai media untuk membangun percakapan yang intim dengan Sang Ilahi, adalah sesuatu yang terasa begitu asing. Terasa begitu jauh.

Setelah kita memahami penyebab solat kita menjadi tidak khusyuk, berikut beberapa kiat agar solat kita menjadi lebih baik.

Pertama, tumpukan pikiran dan konsentrasi kita pada satu titik sentral keagungan dan kemuliaan Sang Ilahi. Cara yang relatif mudah untuk membangun kepasrahan kita pada Sang Ilahi adalah dengan membayangkan begitu banyak kenikmatan yang telah Dia berikan pada kita, pada udara yang kita hirup, pada keluarga yang menaungi kita, pada rezeki yang telah kita perolehi, pada kesihatan tubuh kita, pada limpahan air yang terus mengalir dan jutaan kenikmatan lainnya. Merasakan begitu banyak kenikmatan hidup itu mestinya membuat kita mengucap syukur dan rasa terima kasih yang tiada terhingga kepada Yang Maha Memberi.

Ya, rasa syukur yang terus mengalir itu harus selalu dilantunkan kepada begitu banyak nikmat yang telah kita rasakan. Dan solat, adalah media yang paling ampuh untuk Mengatur Ya, rasa syukur yang terus mengalir itu harus selalu dilantunkan kepada begitu banyak nikmat yang telah kita rasakan. Dan solat, adalah media yang paling ampuh untuk mengaturkan rasa syukur itu kepada Sang Ilahi.

Menjadikan solat sebagai ritual untuk mengantarkan rasa syukur kepada Sang Ilahi atas begitu banyak kurnia yang telah Dia limpahkan, akan membuat solat kita menjadi lebih khusyuk dan syahdu. Membayangkan limpahan kurnia Ilahi yang terus mengalir pada kita, akan menumbuhkan rasa syukur dan cinta yang mendalam pada Sang Ilahi. Kita malu dan “tidak sedap hati” jika limpahan kurnia itu tidak pernah kita sedari, tidak pernah kita pedulikan dan tiada pernah kita balas dengan rasa terima kasih yang tiada terhingga, sekali lagi, melalui solat kita langsung “berbicara” dengan Sang Ilahi, untuk mengucap rasa untuk mengucap rasa terima kasih dan syukur atas segala limpahan kurniaNya dalam kehidupan kita.

Kedua, fahami arti dan makna bacaan solat. Innas solaati, wanusuki, wamahiyaya, wama maati lillahi rabbil alamiin. Laa syariikalahuu wabidzaalika umirtu wa ana minal muslimin. Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya bagi Allah Tuhan sekalian alam, tiada sekutu bagiNya, dengan demikianlah aku diperintahkan, dan aku adalah orang yang berserah diri (muslim).

Ketika membaca Bismillahirrohmanirahiim. Bayangkan dan rasakan betapa besar rasa kasih sayang Allah s.w.t pada kita semua. Ketika membaca Alhamdulillahir robbil alamiin…. bayangkan keagungan Allah s.w.t sang pencipta alam semesta. Ketika membaca Arrahmaanirrohiim bayangkan sifat kasih sayang Allah s.w.t yang meliputi alam semesta.

Kiat ketiga agar kita dapat solat dengan khusyuk adalah dengan cara solat berjamaah di masjid dengan tepat waktu. Suasana masjid yang sakral dan selalu dalam limpahan rahmat dari Allah s.w.t akan membantu kita untuk boleh solat dengan khusyuk. Imam solat berjamaah di masjid juga melakukan solat dengan khusyuk dan bacaan yang tartil. Itu juga akan mendorong kita untuk melakukan solat dengan khusyuk dan khidmat.

No comments:

Post a Comment